Makanan turun temurun yang mudah dan tak susah untuk dibuat, hanya 3 bahan sahaja yang diperlukan
Bahan-bahannya
Tepung, sedikit garam untuk buat rasa lemak dan juga air
Campurkan semua hingga sebati dan cair.
Nak tau bila dah siap dia jadi lembut, korang ambil sesudu dan tuang, tengok bila tuang tu laju die turun, sedang elok la tu.
Ini sajalah bahan-bahan yang dari dulu mak saya ajar, takde penambahan tepung-tepung lain ye.
Tepung gandum je.
Tak percaya? Cuba buat, mudah je bahan dia
Nak masak dia guna minyak masak atau butter ikut suka orang, kalau saya suka guna butter sebab nak ada rasa berlemak dan bau wangi.
Buat makan untuk sarapan pagi atau minum petang.
Makan bersama gula, susu pekat atau sambal tumis. Ish ish ish
Terliur pulak bila menaip ni, teringat-ingat rasa dia makan dengan gula tu.
Selamat mencuba
2 Comments
kegemaran ayah ni. kekdg memalam pun dia buat lempeng.
ReplyDeletekan...sedapnye, tak jemu walaupun makan hari-hari
ReplyDeleteTerima kasih atas komen yang anda beri :)