7 Keistimewaan Life Shake Matcha

 Matcha merupakan serbuk teh hijau yang bergred premium yang mana dalam bahasa Jepun " Ma" bermaksud kisar manakala "CHA" bermaksud teh.


Ia juga digelar sebagai penjana antioksidan hasil daripada kaedah pertanian dan penyediaan selepas dituai secara khusus.

Beberapa minggu sebelum dituai, rumpun pokok teh akan diteduhkan dengan fabrik atau kain buluh untuk melindungi teh daripada terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan.

Proses peneduhan ini akan merangsang peningkatan jumlah sebatian bioaktif seperti klorofil dan theanine yang memberikan warna hijau terang dan rasa umami kepada matcha.

Selain itu hanya daun-daun muda sahaja akan dipetik dan diproses. Seterusnya daun-daun ini akan dikukus dengan serta merta bagi menghentikan proses oksidasi selain bertujuan menyerlahkan lagi warna hijau daun teh yang diteduhkan tadi.

Keistimewaan Life Shake Matcha


7 MANFAAT LIFE SHAKE MATCHA

1. Meningkatkan Fungsi Kognitif Dan Kesihatan Otak
  • Meningkatkan kepekaan, ketajaman fikiran dan daya tumpuan
  • Mencegah penuaan otak dengan mencegah keradangan otak.
2. Perangsang Tenaga
  • Memberi tenaga tanpa ada rasa menggigil dan meningkatkan kepekaan.
3. Agen Antioksida dan Anti keradangan
  • Bertindak sebagai pemburu radikal bebas.
  • Menyekat penghasilan cytokin dan enzim-enzim yang berkaitan dengan keradangan.
4. Meningkatkan kesihatan jantung
  • Mencegah oksidasi LDL dengan mengurangkan tekanan oksidatif
  • Menguatkan dan meningkatkan keanjalan salur darah
5. Mengawal atur metabolisma lemak
  • Meningkatkan penggunaan tenaga badan yang mana lemak-lemak yang memasuki tubuh kita akan ditukarkan kepada tenaga, dan dengan itu secara tidak langsung membantu mencegah penyerapan lipid dan juga glukose
6. Kesan Antikarsinogenik
  • Mencegah pertumbuhan sel kanser dan mencetuskan apoptosis sel-sel kanser
7. Detoksifikasi
  • Bagi individu yang cuba unutk detoks tubuh boleh cuba Matcha life Shake ini kerana ia membantu membersih dan melancarkan aliran darah.

Post a Comment

0 Comments