Perjalanan Menyusukan badan


Perjalanan menyusukan ini bukan sesuatu yang mudah, nampak mudah tetapi ianya sangat meletihkan dan mengganggu emosi si ibu. Terutamanya bila anak yang bangun menyusu setiap jam atau setiap 2 jam, letih. Bila pergi kerja esoknya memang bermata pandalah setiap hari.

Jadi untuk menyusukan badan sepenuhnya kita perlu bersedia dari segi fizikal dan mental dan juga kerjasama dari orang sekeliling.

Dari segi pemakanan perlu dijaga , tersalah makan je nanti akan beri kesan pada anak. Contoh, mommy ada kawan ramai la sebenarnya, salah seorang dari mereka, yang mana anak dia mempunyai ekzema, gatal tau ekzema tu sian baby kalau teruk ekzema tu, boleh sampai berdarah kalau digaru. Ok berbalik cerita tadi, kawan mommy ni ekzema anak dia akan teruk bila dia makan sumber protin yang datangnya dari ayam. Telur ayam dan daging ayam tu dia tak boleh makan, bila makan menggaru tak sudah anak dia tu.

Jadi bila kami makan ayam kat tempat kerja tu, tak sampai hati nak pelawa dia, sikit pun tak boleh makan. Krik-krik jela.

Baik apa dia yang kita perlukan sepanjang perjalanan menyusu badan ni?

Antaranya, jika kita merancang untuk menyimpan susu ibu, peralatan kena ada seperti 
Breast pump - sekarang ada banyak pilihan dan jenama breastpump yang semurah-murahnya dan semahal-mahalnya, pilih jela nak yang mana satu. Mommy dulu guna Autumnz je, ok alhamdulillah dapatla fully breastfeed kedua-dua anak.
Breast pump yang handsfree pun banyak dah sekarang, tengok mudah je kawan-kawan sekarang, sambil bekerja, sambil pump.
Sebelum pergi kerja, periksa dulu peralatan pump yang nak dibawa ye, jangan main rasa-rasa je, nanti jadi kelaut, sebab dah pernah kena. 1 items breast pump tu tak ada, langsung tak boleh pump. Sakit tau nak menunggu sampai balik kerja. Nak urut guna teknik marmet tak berapa nak pandai. Merana jadinya

Perjalanan Menyusukan badan
Breast pump



Storage liner atau beg plastik untuk simpan susu perahan yang ni sama penting juga macam breastpump diperlukan untuk kita menyimpan susu yang kita perah tadi, tak kisahla korang nak guna jenis yang botol atau plastik ni. Plastik ni lebih mudah untuk dibawa dan ianya pakai buang.

Perjalanan Menyusukan badan
Storage liner
Cara penyimpanan susu kena dan perlu tahu, salah simpan atau salah teknik penyimpanan terus susu tu tak boleh digunakan nanti, jadi kena ingat betul-betul cara penyimpanan dia. Korang boleh tengok pada jadual dibawah ni. Untuk yang fresh milk macam mana nak handle, yang dah beku macam mana nak uruskan, dan juga baki susu yang anak minum tak habis pun ada cara dia macam mana. Jadi kena ingat betul-betul jadual ni

Perjalanan Menyusukan badan
Panduan Menyimpan Susu

Ice brick atau ice pack dan beg susu diperlukan untuk bawa balik dari office ke rumah, supaya nanti susu yang kita dah perah tadi tidak rosak.



Perjalanan Menyusukan badan
Ice pack Dan Beg Susu

Sterilizer pilihan korang nak beli atau tidak, kalau tiada sterilizer ini korang kena rebus betul-betul guna air menggelegak tu. Cuma yang mudahnya guna sterilizer ini korang just on plug je. Sterilizer ini boleh guna untuk semua benda, bukan hanya untuk botol susu saja.

Perjalanan Menyusukan badan
Sterilizer

Selain dari semua diatas, supplement juga perlu untuk diri sendiri dan juga anak.
Kerana ketika inilah anak mendapat nutrisi terbaik dari ibunya.
Set Penyusuan Shaklee membantu ibu membina asas kesihatan fizikal dan juga emosi yang lebih sihat kerana ibu yang bahagia akan melahirkan anak yang bahagia. Ha Gitewww

Betul, bila kita menyusukan badan kita perlu stress free. Bila emosi kita terganggu anak kita boleh merasainya. Jadi kita tidak mahu anak merasai emosi yang negatif tu, jadi kita kena tenang setenangnya dan juga gembira.

Perjalanan Menyusukan badan
Perjalanan Menyusukan badan

Baik yang dibawah ni adalah antara supplement yang korang boleh ambil sepanjang dalam pantang juga sepanjang proses penyusuan.
Tujuannya dalah untuk menambahbaik badan kita setelah berhempas pulas, hamil sepanjang 36minggu ke 40 minggu dan juga ketika kita bersalin.
Jadi untuk rasa sihat , rasa segar korang, stress free korang boleh ambil supplement seperti yang dicadangkan dibawah.
Tak dapat amalkan semua tidak mengapa, boleh ambil yang mampu milik dan mengikut kemampuan masing-masing.

KEKAL SIHAT SEPANJANG PERJALANAN PENYUSUAN BADAN ANDA
1.) ALFALFA
Selain menjadi penggalak susu semula jadi yang hebat, alfalfa juga menawarkan pelbagai manfaat seperti:
Memberi nutrisi kepada badan ibu untuk
Menggalakkan penghasilan susu ibu secara semula jadi.
Seratnya membantu mengawalatur pembuangan air besar, selepas bersalin.

2.) ASID LEMAK OMEGA-3
Asid lemak perlu ini, biasanya dikenali sebagai asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA)adalah penting untuk anda dan bayi kerana ia:
Membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi yang sihat.
menyokong penyembuhan yang cepat.
Boleh membantu merendahkan risiko ibu mengalami simptom gangguan emosi selepas bersalin.

3.) VITAMIN C
Sarat dengan antioksidan, vitamin C menyokong pembentukan tisu baharu dan pemulihan sel yang membantu untuk:
Menghalang jangkitan terutamanya di sekitar luka untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
Menguatkan perlindungan imun ibu dan bayi.

4.) PROTEIN

Sebagai blok binaan sel, protein menyokong proses penyembuhan luka anda.
Malah, ibu yang menyusukan bayi memerlukan protein dua kali lebih banyak berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Protein membantu untuk:
Memberikan tenaga berpanjangan.
Menyediakan badan anda untuk penghasilan dan pengekalan susu badan.

5.)VITAMIN B Complex
Oleh kerana ia tidak disimpan dalam badan anda, maka amat penting bagi anda mengambil vitamin B setiap hari untuk:
Merangsang penghasilan tenaga ibu dengan menukarkan makanan kepada tenaga.
Menyokong perkembangan sistem saraf bayi termasuk mata dan otak.
Menggalakkan perkembangan fungsi motor bayi yang sihat.

6.) KALSIUM
Ketika anda hamil, bayi telah mengambil kalsium daripada tulang anda untuk membina tulangnya. Pengambilan kalsium yang mencukupi penting untuk:
Mengembalikan kepadatan tulang ibu dan mengurangkan risiko osteoporosis apabila tua kelak.
Menyokong pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat.

7.) MULTIVITAMIN + ZAT BESI

Anda memerlukan lebih banyak vitamin dan mineral untuk menyokong kesihatan selepas bersalin dan penghasilan susu badan:
Menghasilkan susu badan yang bernutrisi untuk menyokongpertumbuhan bayi.
Mengisi jurang nutrisi ibu untuk penyembuhan dan kesihatan yang lebih baik.

Boleh baca juga


Baik, jika korang berkenan boleh hubungi mommy di nombor yang tertera atau klik saja butang whatsapp yang tertera tu

Ok semoga bermanfaat dan selamat mencuba guys
Assalamualaikum

 



Post a Comment

4 Comments

  1. patutla selalu bunyi pump motor kat office je ., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah, ade ke pam motor, itu mesin lame, mesin jaman la ni semua silent dah

      Delete
  2. Bukan mudah nak menyusu badan.. Bertuah ibu-ibu yang boleh buat penyusuan badan..

    ReplyDelete
  3. ye, lagi2 yang bekerja..penatnye Allah je yang tau

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang anda beri :)