Bagi wanita yang berkahwin, hamil adalah
impian mereka. Dan sememangnya sudah menjadi lumrah seorang isteri berperasaan
begitu.
Malah bukan sahaja sihat, malah mereka
juga mengharapkan bayi mereka cukup sifat dan sihat fizikal dan mental bayi.
Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin,
pengambilan makanan secara sihat dan seimbang sangat memainkan peranan untuk
memastikan ibu dan bayi yang dikandung sihat
Protein antara yang memainkan peranan
terhadap badan kita, bermula dari penghasilan sel ke perkembangan otot, kulit,
rambut dan juga kuku.
Dan tidak ramai yang cakna betapa
pentingnya protein kepada tubuh kita dan bayi akan tetapi masih ramai lagi
tidak mengambil sumber protein yang mencukupi
Disini mommy nak kongsi, siapakah yang
memerlukan sumber protein lebih dari biasa:
![]() |
Siapa Yang Perlukan Protein |
Siapa Yang Perlukan Protein | IBU MENGANDUNG
Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi.
Ambil lebih protein untuk:
1. Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
2. Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa
meningkatkan lemak.
Sewaktu mengandung, apa yang baik ibu
makan dan minum ianya juga baik kepada bayi yang dikandung.Pengambilan protein
yang mencukupi ianya untuk memastikan bayi mendapat protein dan nutrient supaya
ianya dapat berkembang dengan baik mengikut usia kandungan.
Protein juga adalah untuk menyokong
pertumbuhan sel yang sihat dan
Membantu bakal ibu meningkatkan otot
tanpa meningkatkan lemak yang mana .
Membantu wanita hamil kekal bertenaga dan
cergas sepanjang kehamilan
![]() |
Siapa Yang Perlukan Protein |
Siapa Yang Perlukan Protein | IBU MENYUSU
Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali
ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi.
Ambil protein untuk:
1. Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan
susu ibu
2. Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu.
3. Ibu yang menyusu memerlukan 2 kali ganda lebih protein daripada wanita tidak menyusu
Susu ibu mengandungi banyak jenis protein
yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi, juga mengaktifkan system
imun.
![]() |
Siapa Yang Perlukan Protein |
Siapa Yang Perlukan Protein | AHLI SENAMAN
Otot perlukan sokongan semasa anda melakukan
latihan
rintangan. Ambil lebih banyak protein untuk:
1. Membina semula dan memperbaiki otot.
2. Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan
lebih kuat, lebih cepat dan cergas
Untuk individu yang rajin bersenam mereka
memerlukan protein yang lebih untuk membina otot untuk kelihatan tegap.
Pengambilan protein penting untuk membina
dan juga merangsang otot.
Mengambil protein yang lebih dan
konsisten dalam diet harian selama 30hari boleh beri kesan terhadap kekuatan otot
Untuk kekalkan berat badan dan komposisi
badan yang sihat memerlukan protein yang lebih
![]() |
Siapa Yang Perlukan Protein |
Siapa Yang Perlukan Protein | JAGA BERAT BADAN
Seseorang yang mengalami kadar metabolisme
tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan orang yang
mempunyai kadar metabolisme yang rendah.
Ambil lebih banyak
protein untuk:
1. Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama.
2. Membantu mengawal pengambilan kalori2 untuk pengambilan makanan seterusnya.
3. Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak
otot anda, lebih tinggi
kadar metabolisme anda.
![]() |
Siapa Yang Perlukan Protein |
Siapa Yang Perlukan Protein | PENGGEMAR MANISAN
Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada
peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi fungsi
jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan.
Ambil lebih protein
untuk:
1. Menstabilkan paras gula dalam darah.
2. Membantu mengurangkan keradangan, paras
kolesterol dan kepekaan insulin.
![]() |
Siapa Yang Perlukan Protein |
Siapa Yang Perlukan Protein | PERTENGAHAN USIA
Apabila memasuki usia pertengahan, badan
mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot adalah antara
isu yang akan dialami.
Dan apabila kita semakin meningkat usia, otot semakin geleber dan tidak tegap seperti orang-orang muda lagi.
Jadi tubuh kita memerlukan protein untuk mengurangkan kesan-kesan penuaan yang kian ketara
Ambil lebih banyak protein untuk:
1. Melambatkan penuaan dengan menggabungkan
pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan
kecergasan.
2. Risiko yang lebih rendah terhadap masalah
kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.
![]() |
Siapa Yang Perlukan Protein |
0 Comments
Terima kasih atas komen yang anda beri :)