Sambal sardin
Lauk tradisi kegemaran rakyat malaysia
Masakan yang ringkas, dan sedap bila makan boleh bertambah
Bersama dengan lauk sampingan telur dadar dan sayur, kelazatan hingga menjilat jari
Tapi, ha ada tapi dia, tak boleh makan secara kerap makanan bertin ni
Melainkan korang buat home made sendiri sardin ni, dia jadi seakan-akan sardin dalam tin
Sekarang kan nak masak pun dihujung jari saja
Dengan menggunakan pressure cooker sudah menjadi sardin,
Tambahan lagi ada periuk baru sepertinThermomix..lagi la mudah...resepi dah ada di periuk thermomix tersebut
Masuk-masukkan semua bahan dan tinggal, tahu saja dah siap masak dan tinggal untuk hidang saja
Masha allah terdapat pelbagai kemudahan sekarang ni, hanya perlu sediakan duit sahaja
Penyediaan bahan-bahan masakan dia pun sangat ringkas
Hanya memerlukan;
- Sardin dalam tin
- Bawang merah,bawang putih, cili kering dan halia yang dikisar ( nak tumbuk pun boleh )
- Sedikit asam jawa
- Kentang ( nak goreng dulu pun boleh )
- Cili padi
- Tomato
Cara masak yang paling ringkas
- Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau dan minyak
- Dah masak tumisan sambal tadi masukkan air dan juga sedikit asam jawa
- Kemudian masukkan sardin , terpulang pada anda untuk masukkan sekali atau tidak kuah sardin yang dalam tin tadi
- Letakkan sedikit garam atau perasa mengikut selera masing-masing
- Akhir sekali masukkan kentang yang dah digoreng ( kalau tak nak goreng kentang tu korang masukkan masa masukkan air tadi ye, sebab dia ambil masa untuk lembut )
- Dah siap masukkan tomato dan cili
- Siap
Resepi Sambal Tumis Sardin
Ok selamat mencuba hidangan paling ringkas ni.
![]() |
Resepi Sambal Tumis Sardin |
0 Comments
Terima kasih atas komen yang anda beri :)