Apa Itu Mindful Eater

Makan adalah aktiviti ataupun rutin harian kita yang semestinya kita lakukan pada setiap hari, sarapan, minum pagi, makan tengah hari,minum petang dan makan malam.

Seringkali kali kita sedar apa yang kita makan dan berapa banyak kita makan ketika kita melakukan pelbagai kerja.

Keadaan ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang kita tidak sedari

Apa itu Mindful Eater atau makan secara sedar?
Kita perlu tahu bahawa makan merupakan sesuatu yang kompleks yang melibatkan fikiran dan organ pencernaan.
Dan kebiasaannya akan mengambil masa 20minit selepas makan untuk kita berasa kenyang,jika makan terlalu cepat ianya akan melambatkan rasa kenyang kita dan itu akan menyebabkan kita makan secara berlebihan

Oleh kerana itulah kita perlu makan secara sedar atau Mindfull Eater iaitu kita perlu makan secara sedar untuk kita menikmati dan memerhatikan apa yang kita makan,berapa banyak amaun makanan yang kita ambil.

Jika kita makan secara sedar kita mampu untuk mengenali dan mengatasi emosi dan sensasi seperti lapar atau kenyang.

Jom kita lihat antara langkah-langkah bagaimana untuk kita menjadi mindful eater atau makan secara sedar itu





1.MAKAN SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN DALAM MENU DIET
  • Amalkan pemakanan sihat dengan menambah menu syuran dan buah-buahan supaya badan kita mendapat khasiat yang sepatutnya.




2. HARGAI MAKANAN YANG DIHIDANGKAN
  • Mulakan dengan bacaan doa supaya segala apa yang dimakan diberkati dan membari manfaat kepada tubuh kita. Niatkan juga supaya tubuh menjadi sihat.



3. GUNAKAN 5 DERIA
  • Elakkan makn sambil menonton TV atau Handphone. Sebaiknya kita menggunakan 5 deria rasa untuk menikmati makanan yang dihidangkan. Ini salah satu cara utnuk kita menghargai makanan.



4. HIDANG SECARA SEDERHANA
  • Hidang makanan secara sederhana. Pilih bahagian yang lebih kecil bagi mengelakkan kita makan secara berlebihan. Ia juga membantu mengurangkan pembaziran apabila makanan tidak dihabiskan. Gunakan pinggan yang kecil, tidak lebih daripada 9 inci, dan hanya mengisi sekali shaja boelh membantu kita makan lebih sederhana.



5. MAKAN DENGAN PERLAHAN
  • Makan dengan perlahan membantu otak kita memberi seignal bahawa perut kita sudah "hampir penuh" supaya kita dapat berhenti makan terlalu banyak. Kita digalakkan berhenti makan sebelum kenyang supaya kita tidak terlebih makan.



6. MAKAN SEDIKIT DALAM SATU MASA
  • Memilih gigitan yang lebih kecil dan mengunyah dengan lebih kerap dapat membantu diri kita merasai apa yang kita makan. Ia juga boleh membantu meningkatkan pencernaan, kerana proses memcahkan makanan tadi bermula dengan enzim didalam mulut. Mengunyah dengan baik membolehkan lidah dan lelangit kita merasai makanan dengan lebih baik.



7. JANGAN SKIP MAKAN
  • Apabila kita skip makan, ia membuatkan otak kita sukar membuat pilihan yang bijak. Disaat kita rasa terlampau lapar, ia membuatkan otak kita untuk mengambil makanan secara berlebihan. Ini antara faktor kenapa kita terlebih makan




Bila kita mengamalkan mindful eating ini sebenarnya dapat membantu kita menurunkan berat badan,
Ubah cara kita fikir ketika makan dan makan secara sedar. Dengan cara ini kita akan dapat mengawal apa yang kita makan dan penurunan berat badan juga akan berkesan.

Sebelum makan fikir dahulu adakah kita betul-betul lapar atau sekadar teringin makan sesuatu atau melihat orang makan kita juga ingin makan walhal kita baru saja makan. Fikirkan sejenak.


Sekian perkongsian hari ini

Assalamualaikum

Post a Comment

0 Comments