Restaurant Kari Kambing 40 Hari


Assalamualaikum,
Hai semua, lama mommy menyepikan diri. Jadi setelah lama menyepi mommy nak review sikit mengenai Restaurant Kari Kambing 40 hari.

Baru-baru ni mommy makan di Kari Kambing 40 hari ni, itu pun sebab husband mommy teringin sangat nak makan kat sana. Time mommy ngidam tak nak pulak die bawak, tapi boleh pula dia pegi time tekak die nak makan, nasib baik bawa mommy sekali, kalau tak memang sengaja lah kan.

Ok, dari highway memang akan nampak lah Restaurant ni, kalo dari arah utara nak masuk ikut Yong Peng pun boleh, masuk ikut Air Hitam pun boleh.

Oleh kerana hari tu mommy dari JB jadi mommy ikut Air Hitam. Jadi dari tol Air Hitam tu ke Restaurant Kari Kambing 40 hari ni, kira-kira 15km atau 10 minit macam tu. Korang waze je dapat la nanti. Sebab kiteorang pun waze je :)
Mana yang dah lama teringin nak bershopping kat Air Hitam tu boleh la singgah sekali di Pekan Air Hitam tu, orang kata menyelam sambil minum air lah kan.Banyak sangat bunga-bunga, pasu-pasu cantik mana yang nak beli cenderamata utnuk majlis kahwin ke, tunang ke, bolehla singgah :).

Ok sambung balik, sebaik saja mommy nampak  kedai ni, mak aih, giler ramai manusia, dia punya panjang bila beratur tak payah cakap lah kan, sepanjang-penjang kedai tu orang berbaris. Tapi kalau korang sanggup tunggu tak pe lah kan. Jadi tunggu jela, memang berbaloi tunggu dengan makanan die yang sedap tu.

Restaurant ni memang besar, nak makan duduk boleh ( tapi yang ni terhad, sebab tak besar pun ) yang meja punya banyak, tak cukup di dalam ada lagi kanopi di luar.

Parking pula, masha allah besar, ade 2 parking khas untuk kereta sebenarnya, tapi tak cukup jugak, sebab tu ramai yang parking di tepi jalan, dan ada RELA juga untuk kawal lalu lintas, sebab ini adalah laluan lori juga ye, jadi kalau parking di tepi jalan pastikan lepas untuk lori lalu tau. Kalau tak nanti kene hon pulak.

Ada 2 pilihan korang nak makan macam mana. Nak makan dalam pinggan pun boleh, nak makan dalam dulang pun boleh, untuk kami husband pilih untuk makan dalam dulang, macam tau-tau je husband mommy. Mommy lagi suka makan dalam dulang. Sebab kat kampung kalau kenduri selalu makan dalam dulang, rindu suasana macam tu.

Menu yang ada kambing dan juga ayam, mana yang tak suka makan kambing boleh la pilih menu ayam, nak campur kambing dan ayam pun boleh, tiada masalah. Untuk air minuman, jika kita pilih makan dalam dulang, kita akan dapat 1 jug air free. Puas makan, puas minum nak ke toilet pun dekat je.

Untuk sedulang makanan range harga dalam RM48 yang mana pada mommy berbaloi, murah dan sedap.
Untuk sepinggan dalam harga RM 18 itu untuk harga pada tahun 2018 ye, untuk tahun depan tak pasti ada kenaikan harga atau tidak.

Ok, itu bab makanan. Untuk korang membuang pulak toilet die besar dan bersih, juga selesa, itu toilet perempuan lah, toilet lelaki tak pasti.
Surau, untuk ruang solat pun juga selesa, luas dan tempat wudhuk juga bersih. Jadi tak perlu korang nak risau mana nak cari tempat untuk solat dan ke toilet, sebab pada mommy ianya sangat selesa.

Restaurant ini mula dibuka seawal 7.30 pagi hingga 3.30 petang .

Ok itu saja, mommy promote ni takde dapat pape tau, saje je nak share pengalaman, sebab ramai sangat orang makan kat situ, jadi mommy pun share lah dengan korang. Asyik lalu je, menyinggah nye tak. So hari kejadian kita bawa mak abah makan sekali, kalo tak kami laki bini dok berteka teki bila nak singgah, bila nak singgah, so dah singgah kite orang jadi wowww!! Ramai nye orang. 
Rasanya depa pun ada buat untuk katering juga, tapi mommy lupa nak amik fon number aritu.
Oklah bye. jumpa lagi


Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Parking motor 

Restaurant Kari Kambing 40 Hari

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Waktu berniaga jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Kena beratur tau, nak cuci tangan jangan risau, depa banyak provide sinki

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
2 lane orang beratur

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Makan dalam dulang, yang ni menu campur. Tak sempat snap ayam, dah kene cekau dulu:)

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Tempat wudhuk

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Surau

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Parking kete 1, yang ke 2 agak jauh sikit

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Ada 4 kanopi lagi di luar, penuh tau ni

Post a Comment

0 Comments