10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3

Omega - 3 sangat popular dikalangan kita yang mana terdapat banyak khasiat dan kelebihan2 bila kita mengamalkan omega-3 ini dalam diet harian kita.Sama ada kita mengambilnya dalam bentuk makanan betul atau makanan tambahan.

Omega-3 juga merupakan asid lemak yang penting yang diperlukan oleh tubuh badan kerana tubuh kita tidak mampu untuk menghasilkan omega-3 sendiri. Oleh kerana itu, kita perlu bergantung kepada makanan yang mengandungi omega-3 untuk mendapatkan khasiat omega 3 dalam diet harian kita.

Terdapat tiga jenis omega-3 iaitu

1.Alpha-linolenic Acid (ALA),
2.Docosahexaenoic Acid (DHA) dan
3.Eicosapentaenoic Acid (EPA).

Sumber yang lebih diperlukan ialah DHA dan EPA, yang terkandung dalam makanan laut seperti salmon dan sardin. ALA pula, terdapat dalam sesetengah makanan berasaskan tumbuhan seperti sesetengah jenis kekacang dan bijian, begitu juga dengan daging organik.Kebanyakan kita hanya mengetahui ikan salmon saja yang tinggi dengan omega dan juga telur. Tetapi pada entry ini , mommy akan tunjukkan apa lagi 10 makanan yang tinggi dengan Omega-3, tanpa kita sedar makanan ini merupakan makanan harian yang kita ambil hampir setiap hari

Jom kita lihat antara

10 MAKANAN TINGGI DENGAN OMEGA-3


10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3



1.IKAN MACKEREL : Mengandungi 4,107mg Omega-3 setiap hidangan (100 gram)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Ikan Mackerel (ikan kembung), adalah ikan kecil tetapi ianya sangat berlemak. Dan ianya sedap juga hanya memerlukan persediaan yang ringkas bila di masak.

Kandungan omega-3 ikan mackerel adalah 4107mg setiap hidangan (100gram)

2.IKAN SALMON: Ikan salmon mengandungi 4,023 setiap hidangan (200 hidangan)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Ikan Salmon sangat terkenal dikalangan kita,dan juga satu dunia tahu kelebihan ikan salmon ni, kerana ianya kaya dengan protin yang tinggi,terdapat pelbagai jenis nutrien didalamnya,juga mengandungi magnesium,potassium,selenium juga vitamin B. Kajian menunjukkan individu yang mengambil lemak ikan dengan kerap seperti ikan salmon ini, risiko untuk mendapat penyakit seperti sakit jantung, dementia dan juga depression adalah rendah.

Kandungan omega-3 ikan salmon adalah 4023mg setiap hidangan (200 gram)


3.IKAN HERRING : Mengandungi 4,023 setiap hidangan (200 gram)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Ikan hering ini merupakan ikan ternakan dan kebanyakannya tergolong dalam keluarga Clupeidae, dan biasanya ia bergerak dalam kawanan yang besar di sekitar tebing dan berhampiran pantai.

Ikan hering ini mudah dijumpai di perairan cetek dan bersuhu sederhana di Utara Pacifik dan Utara Atlantik. Ikan Hering ini menjadi ruji makanan sejak 3000SM lagi, dan ianya sangat tinggi dengan asid lemak Omega-3 EPA & DHA. 

Di negara Eropah ikan hering ini dekenali juga sebagai kipper.
Ikan hering ini mengandungi omega-3 4203mg setiap hidangan (200mg)


4.IKAN SARDIN: mengandungi 2,205 setiap hidangan (200gram)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Ikan sardin sangat kecil,berlemak dan sedap rasanya,tak sangka kan ikan sardin juga kaya dengan Omega-3, dan ianya sangat bernutrisi dan mengandungi hampir kesemua nutrient yang tubuh kita perlukan. 

Satu cawan ikan sardin yang ditapis mempunyai Vitamin b12, vitamin D dan juga selenium. Ikan sardin ini mengandungi 2205mg  omega -3 setiap hidangan (200gm)

5.KAVIAR : Mengandungi 1,086mg setiap hidangan (1 sudu besar)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Kaviar merupak sejenis telur ikan, juga dikenali sebagai roe. Kaviar di anggap makanan mewah dan di makan sebagai starter, untuk hiasan atau sebagai jem. Kebiasaannya ianya di hidangkan dalam kuantiti yang kecil saja

Kaviar Sturgeon Beluga adalah merupakan ikan yang paling mahal dan hampir pupus di Laut Caspia.

Kaviar mengandungi 1086mg setiap hidangan (sudu besar).



6. OYSTER: Mengandungi 565 mg setiap hidangan (6 ekor)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Oyster adalah makanan yang bernutrisi dan boleh dimakan begitu saja. Lagipun oyster mengandungi lebih zink berbanding makanan di atas muka bumi ini. Dan biasanya ianya di makan sebagai appetizer dan juga snek. Juga di hidangkan begitu saja tanpa memasaknya di kebanyakan negara.

Kandungan omega-3 oyster adalah 565mg setiap hidangan (6ekor)


7.FLAX SEED: Mengandungi 2,338 mg setiap hidangan (14 gram)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Falxseed merupakan biji-bijian yang berwarna coklat atau kuning, biasanya ia dikisar atau digunakan untuk membuat minyak.

Biji-bijian ini sumber makanan yang kaya dengan lemak omega-3 Alpha-Linolenic Acid. Oleh itu minyak flaxseed ini digunakan suplemen omega-3.

Flaxseed ini juga mengandungi serat yang tinggi, vitamin E, magnesium dan juga nutrient yang lain, ia mengandungi omega-6 yang besar nisbah kepada omega-3 berbanding dengan tumbuhan bijian yang lain.

Flaxseed mengandungi Omega-3 2388mg setiap hidangan (14gram)

8.CHIA SEED : Mengandungi 4,915 mg setiap hidangan
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Chia seed sangat bernutrisi kerana kaya dengan mangan, kalsium, phosphorus dan banyak lagi nutrisi lain. Satu hidangan 28gram chia seeds mengandungi 4 grams protin termasuk 8 asid amino penting.

Kandungan Omega-3 bagi chia seeds adalah 4915 mg setiap hidangan


9. KACANG WALNUT : Mengandungi 2,542 mg setiap hidangan (28 gram)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Kacang walnut ini bernutrisi dan kaya dengan serat didalamnya, ia juga mengandungi mangan, vitamin E dan sebatian penting didalam tumbuhan

Pastika tidak membuang kulitnya ( bukan kulit keras) kerana walnuts ini kaya dengan 'phenol antioxidant' yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Kandungan omega-3 bagi kacang walnut adalah 2542mg setiap hidangan (28gram)


10. KACANG SOYA : Mengandungi 2,542 mg setiap hidangan ( 86 gram)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Kacang soya adalah sumber yang baik yang mengandungi serat dan juga protin sayuran. Ia juga kaya dengan nutrien lain termasuk riboflavin, folat, vitamin K, magnesium dan juga potassium.

Kandungan omega-3 kacang soya adalah 2542mg setiap hidangan (86 gram)

Ok,hanya itu saja yang mampu sediakan untuk bacaan kamu semua, ada banyak sebenarnya makanan yang kaya dengan omega-3, kita sendiri pun tidak perasan makanan harian yang kita ambil juga kaya dengan omega-3. 

Sekiranya tidak mampu untuk mengamalkan semua yang diatas ini dengan kerap, boleh mengambil supplement untuk bantuan bagi meningkatkan omega-3 didalam tubuh. Terdapat banyak sekarang  inyak ikan yang berada di pasaran. 

Tetapi untuk Minyak Ikan Shaklee OMEGA GUARD

Baca juga Siapa Yang Memerlukan Minyak Ikan Shaklee
                 Kebaikan Minyak Ikan Shaklee Pada Otak
                 Testimoni Omega Guard Shaklee 3
                 Kebaikan Minyak Ikan Omega Guard Shaklee Untuk Jantung



                



Post a Comment

0 Comments