Masih teringat-ingat lagi masa mengandung anak pertama dan anak kedua,semua ni mommy rasa tapi yang paling teruk sekali mabuk,uuiihhh lain macam die punya penangan,orang masak tak boleh bau,bau minyak wangi husband langsung tak boleh bau,terseksa die sebab tak boleh pakai minyak wangi,deodorant yang boleh pakai hanya deodorant pilihan mommy je kehkehkeh:)
Antaranya yang paling kerap bakal-bakal ibu alami ketika hamil seperti di bawah:
CABARAN 1:KEKEJANGAN KAKI
Yang ni biasa pada waktu malam dan hujung-hujung pregnancy macam tu,die punya tarik dari awal pagi tengah hari belum tentu hilang,masih teringat lagi sakit die,
Tapi mommy kene masa awal pregnant mase tu tak tau yang mommy ni pregnant, bila kene tarik tu terus check upt,hahaha positif.
Masa tu kurang ambil kalsium yang mana kat sini mommy consume ostematrix.
TIPS-TIPS UNTUK ELAKKAN KEKEJANGAN
1.) Alaskan kaki dengan bantal
2.) Buat regangan,gerakkan pergelangan kaki dan jari kaki
3.) Kekalkan hidrasi iaitu minum air yang cukup
4. ) Pastikan pengambilan kalsium dan magnesium yang mencukupi
CABARAN 2: BERAT BADAN BERLEBIHAN
Yang ni pun mencabar jugak kalau bab makanan ni,kalau boleh semua jenis makanan kita nak telan nak rasa.
Kawan punya makanan pun kita boleh ngap kihkihkih :)
Dah tak peduli masalah berat badan,tapi sebolehnya kawal la pengambilan makanan tu yang penting ada karbohidrat,protin dan fiber.
TIPS-TIPS UNTUK KAWAL MAKANAN
1.) Makan hidangan kecil dan kerap.
2.) Pilih makanan ringan yang sihat seperti protin dan buah.
3.) Anda hanya perlukan tambahan 300 kalori sehari.
CABARAN 3: KEGUGURAN RAMBUT
Yang ni alhamdulilah setakat dua kehamilan ni keguguran rambut takde, makin lebat ade la pengambilan protin cukup kot 😁
Dah hari-hari breakfast dengan ESP,alhamdulilah cukup.
TIPS-TIPS UNTUK ELAK KEGUGURAN RAMBUT
1.) Gunakan syampu dan perapi rambut yang lembut.
2.) Urutkan kulit kepala anda untuk mernagsang peredaran darah.
3.) Amalkan pemakanan sihat dan ambil vitamin pranatal anda seperti protin,zat besi,biotin,vitamin B dan Vitamin C.
CABARAN 4 : PRUBAHAN EMOSI
Perubahan emosi ni boleh disebabkan oleh peningkatan hormon,tekanan dan keletihan.
Lagi-lagi yang bekerja emosi dia lain macam, asik nak marah je.
Lepas tu hari-hari asik mood swing,tapi alhamdulilah dengan bantuan ostematrix dan b-complex kurang sikit mood swing nye.
Kesihatan mental juga sama penting ye dengan kesihatan fizikal ketika hamil.
TIP-TIP UNTUK KAWAL EMOSI
1.) Dapatkan tidur yang mencukupi.
2.) Luangkan masa dengan pasangan anda.
3.) Cuba senaman yoga untuk ibu hamil.
4.) Ambil makanan berkhasiat dengan GI rendah.
5.) Ambil vitamin pra natal anda seperti vitamin B,zat besi dan asid lemak.
CABARAN 5: JISIM TULANG BERKURANGAN
Semasa hamil,bayi dalam kandungan kita perlukan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan rangka tulang terutamanya pada 3 bulan yang terakhir.
Jika kita tidak dapatkan kalsium yang mencukupi,bayi kita akan menyerap apa yang diperlukan dari tulang kita.
Gitu,jadi kita akan mudah mendapat osteoporosis bila kita dah tua nanti.
TIPS-TIPSNYA
1.) Amalkan gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok atau minum minuman yang keras.
2.) Lakukan senaman ringan.
3.) Dapatkan kalsium dan mineral pembina tulang.
CABARAN 6: MABUK HAMIL
Cabaran yang dialami terutamanya pada peringkat awal kehamilan dan biasanya akan belalu pada akhir trimester pertama.
Ia disebabkan oleh perubahan hormon dan boleh menjejaskan pemakanan kita.
Masa ni la nak makan pun terasa seram,tengok semua makanan serba tak kena.
Lapar tapi tak berani nak makan sebab terfikirkan dok muntah tak berhenti.
Time ni rasa nak makan dan minum yang masam-masam je.
Makanan tambahan yang sesuai untuk minum dari product shaklee Performance drink dan juga Chewable Vita C plus,bila makan 2 ni insha allah tak berapa rasa nak loya.
TIPS-TIPS
1.) Makan sikit tapi kerap.
2.) Jika muntah,ambil air yang mencukupi.
3.) Cuba teh pudina halia.
4.) Ambil vitamin pra natal kita terutamanya Vitamin B6 dan megnesium untuk bantu mengurangkan mabuk hamil kita.
Jika berminat untuk mencuba set hamil shaklee boleh hubungi
012-7630335 ( Hidayah )
Shaklee Independent Distributor
COD area Seri Kembangan,Serdang
Pengeposan ke seluruh Malaysia
0 Comments
Terima kasih atas komen yang anda beri :)