Selamat berhujung minggu semua 😊😊
Harini mommy nak kongsikan resepi sambal jawa versi mommy.
Dah lama try and error sambal ni asik tak jadi je,jadi baru-baru ni mommy tanya kat anak buah mommy sebab die masak sedap dan jadi ngan tekak mommy.
Ikutkan sama je macam mommy buat tapi tak tau kenapa die punye lagi sedap.
Sangat simple dan mudah je sebenarnye hehehehe.Tapi di sebabkan asik tak menjadi kenalah bertanya kan. Ok ni resepi yang dia share ngan mommy.
Resepi sambal jawa:-
✔ bawang merah
✔ bawang putih
✔ cili padi
✔ ikan bilis yang telah dikopek
✔ sedikit garam, perasa dan sedikit gula
Semua bahan ni ikut anggaran sendiri ye. Ikutla banyak mana yang korang suka.
Kemudian tumbuk semua bahan2 ni bersama2 garam ,perasa dan gula.
Kemudian tumis sehingga cili betul2 masak.
Jangan tak masak pulak cili tu. Takut ada yang tak tahan perut nanti memudaratkan pulak.
Taraaa
Ni la hasilnya 😊 ikutkan kene lagi berminyak. Oelh kerana mommy kurang sikit makanan yang berminyak ni jadi nye ini la hasil yang mommy dapat. Yummeehh
Selamat mencuba dan menjamu selera
Bye 😉😉
0 Comments
Terima kasih atas komen yang anda beri :)