Resepi kuih lapis simple

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni rajin pulak nak share resepi tak tau kenapa.
Kali ni nak share resepi kuih lapis simple, ni resepi turun temurun yang mak mommy ajar kat mommy,memang sangat simple hanya menggunakan tepun gandum biasa je.
Takde nak mix ngan tepung beras ke..tepung jagung ke takde.
Semata mata hanya tepung gandum, bila da campur dengan tepung jagung dengan tepung beras,memang tak kena dengan selera mommy. Tekak tradisional sangat,lagipun jimat pun jimat kan.
Anggaran dia ikut suka korangla.
Mommy kalo masak memang tak suka ikut sukatan,main agak je.
Sebab bila mommy ikut sukatan rasa dan tekstur dia memang kelaut dalam jadinya. Tak pernah nak jadi 😆.
Ok ni resepi dia..memang sangat2 simple la

✔ tepung gandum
✔ sedikit gula
✔ sedikit garam
✔ santan (mommy guna santan fresh )
✔ air daun pandan ( optional ) tak nak letak pun boleh, ikut suka 😄
✔ sedikit air
✔ pewarna merah ( pastikan betul2 merah)

Kalo tak kang dapat gelaran kuih lapis pucat nanti (sebab mommy pernah kene)
Depa gelar kuih lapis kurang Hb (hemoglobin) tu bahasa medical.

Campur semua ni dan gaul kan, kalo mommy gaul guna whisk je senang dan mudah.

Lepas tu periksa la cair dia yang bersesuaian dengan tekstur kuih lapis yang korang nak.


Taraaaa...ha ni la hasilnya..
Kenyal dan sedap tanpa menggunakan tepung beras dan jagung.

Kalo tak jadi jangan putus asa ye..sila buat lagi sampai jadi 😄😄

Sekian

Selamat mencuba dan menjamu selera

Daaaaa

Post a Comment

0 Comments