Susu Ibu

Susu Ibu





Assalamualaikum semua, Dayah nak bercerita mengenai susu ibu la arini.Persediaan yang sangat mudah sebenarnya susu ibu ni.😆😆
Dimana ade kemahuan di situ ada jalannya.giteww..
Kene ada persediaan bila kita nak menyusukan anak kita sebenarnya sejak awal kehamilan lagi,paling penting sekali adalah NIAT..Niat penting sebab takde niat pun tak menjadi,usaha pun perlu juga sebab kita nak mengadakan susu ibu ni bukan sekadar niat je perlu juga berusaha macam mana nak bagi susu ibu tu maintain pengeluaran die.





Sejak awal mengandung lagi kebiasaanya Dayah berniat nak bagi anak Dayah susu badan dan selepas solat doa untuk banyakkan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun.
Lepas bersalin pulak Dayah jugak turut serta kursus penyusuan by Pakar laktasi Puan Asiah Maharam,seronok bila pergi kursus dia aura sangat berlainan,banyak ilmu yang Dayah dapat,nampak macam remeh tapi sebenarnya sangat memerlukan kerajinan bila kita nak buat persediaan untuk bagi anak kita susu badan,tiada alasan untuk kita beri anak susu ibu,bak kata pepatah nak seribu daya taknak seribu dalih.
Letih memang letih dan memang tak di nafikan bila kita ebm kita memerlukan tenaga,mana taknya dengan kerja lagi kat ofis,kat rumah pulak dengan anak2,suami,kerja rumah lagi lepas tu kene bangun awal pagi lagi untuk ebm,memang memerlukan tenaga yang mencukupi.
Idola Dayah adalah kawan dayah sendiri kat tempat kerja,ibu kepada 3 orang anak,tido lewat dan bangun seawal 3 atau 4 pagi untuk ebm,sediakan makanan anak untuk ke sekolah,dan di tempat pengasuh lagi,memang salute.




Jom kita tengok kebaikan susu ibu dan persediaan yang perlu kita buat untuk adakan susu ibu ni,sama2 kita review Dayah pun boleh refresh balik sebab tak lame nak delivery dah ni ok la ,selamat membaca semua:

Kebaikan Susu Ibu

Untuk bayi:

*Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi kita dan iaa mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
*Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
*Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi kita
*Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
*Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
S*usu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.
*Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
*Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
*Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
*Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu:

*Ia membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
*Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
*Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Persediaan awal

Sebelum kelahiran
Semasa kelahiran
Selepas kelahiran

Sebelum kelahiran
*Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas – kelas antenatal bersama suami.
*Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
*Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja – kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.

Semasa melahirkan
*Sentuhan kulit
*Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.

Permulaan awal
*Ketika anda berada bersama – sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Selepas melahirkan
*Menyusu mengikut kehendak
*Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.

*Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming – in)
Rooming – in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila – bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila – bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.



Tiada puting tiruan
*Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.

Tidak cukup susu
T*idak cukup susu adalah alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk berhenti menyusukan bayi atau menambahkannya dengan susu botol *Kerap kali ini adalah tidak benar . 

*Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :

*Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap dan mengikut kehendak bayi.
*Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
*Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.
*Ibu memberikan makanan lain atau susu botol lebih awal.
*Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.
*Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.
*Ibu mengalami tekanan emosi.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tidak cukup susu :

*Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.
*Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
*Pastikan bayi melekap dengan betul.
*Menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
*Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
*Yakin pada diri sendiri . Anda boleh menyusukan anak anda.
*Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.

Untuk memastikan bayi anda mendapat cukup susu, perhatikan tanda-tanda berikut :

*Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam.
*Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan.
*Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat.
*Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kekuningan dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam.
*Berat badan bayi meningkat secara konsisten selepas berumur satu minggu dan mengikut graf pertumbuhan.
*Payudara anda mungkin rasa ringan selepas menyusu atau susu meleleh keluar dari payudara yang sebelah apabila bayi menyusu pada yang sebelah lagi.
*Bayi cergas dan kelihatan puas antara penyusuan.

cukupla setakat ni dulu,Insha Allah Dayah akan sambung semula ye..
ok la Assalamualaikum...

Post a Comment

0 Comments