Saturday, 12 June 2021

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi

Udang galah masak lemak cili padi, memang ummphh rasa dia. Lagi-lagi kalau dapat udang galah yang fresh dari ladang, mau bertambah-tambah nasi kat pinggan tu.

Lagi-lagi kalau letak belimbing buluh atau nanas lagila, tapi oleh kerana kat rumah ni tiada belimbing buluh dan juga nanas, kita letak asam jawa dengan tomato la sebiji dua macam tu.

Sebelum itu udang tu kena siang bersihkan dan pottong janggut dia bagi handsome sikit untuk dimakan nanti.

Bahan-bahannya

  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Cili padi*
  • Serai*
  • Kunyit hidup*
  • Santan ( santan kotak atau santan fresh )
  • Asam jawa ( letak nanas atau belimbing buluh pun sedap )
  • Daun kunyit ( dicarik )
  • Kacang buncis atau kacang panjang pun boleh ( yang ni atas pilihan masing-masing ye )
  • Tomato
Mana yang mommy bintangkan ditepi, semua tu diblend ye, termasuk serai tu, tak terasa membazirla serai tu, kalau ketuk je nanti dibuang pula. Jadinya blend je sekali. Tapi tu atas orang la ye, ikut suka hati masing-masing.

Nak tumbuk je pun boleh

Cara Memasak;
  • tumis semua bahan yang di blend tu ( nak rebus je pun boleh )
  • bila dah agak masak cili , masukkan air, asam jawa dan juga daun kunyit
  • bila dah mendidih masukkan santan kacau jangan sampai pecah minyak, nanti tak sedap
  • masukkan garam, sayur kacang, tomato dan juga udang hingga mendidih
  • letakkan perasa, garam dan bila dah masak udang tu tutupla api
Dah siap, mudah je kan

Selamat mencuba you all, selamat menjamu selera

Ish Geram pulak tengok udang ni walaupun dalam gambar je

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi
Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi

1 comment:

Terima kasih atas komen yang anda beri :)