Sunday, 27 June 2021

Resepi Lodeh Sardin

Pernah tak korang Lodeh Sardin?

Kalau pernah, boleh tak bagitau kat mana, 

Sebab tak pernah jumpe lagi orang buat lodeh sardin ni kat luar sana

Lodeh sardin ni resepi turun temurun keluarga kami, sebab arwah abah suka makan lodeh sardin ni,

Orang lain tak taula pernah buat ke tidak, tapi keluarga kami setiap kali raya menu ni wajib ada, walaupun arwah abah dah takde masih lagi teruskan jugak

Lodeh sardin ni memang favorite mami, pastu lawan dengan ayam goreng, tapi dalam menu ni ada rendang, sebab dah kahwin jadi kenalah ada makanan favourite suami jugak.

Ayam goreng untuk anak-anak.

Bahan kisar dan bahan tumis
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili kering

Bahan lain :
Sardin
Tempe digoreng
Tauhu digoreng
Suhun
Fucuk
Lobak
Kobis
Santan

Cara Memasak: 
-Tumis bahan kisar tadi hingga masak dan naik minyak, kalau tak masak cili kering tu nanti ada yang sakit perut.
-Dah masak cili masukkan sardin, kuah sardin dalam tin tu mami tak guna ye, jadi masukkan ikan die je
-Kemudian masukkan air dan tunggu mendidih, kemudian masukkan bahan-bahan lain tadi,perasakan dengan garam atau bahan perasa kesukaan korang dan masukkan santan.
-Bila dah mendidih santan tutup api dan periuk, jangan tutup penuh  sebab tak nak bagi suhun tu mengembang yang terlampau 

Selamat mencuba

Gigih tau anyam ketupat tu, alhamdulillah masih ingat lagi step nak buat ketupat tu, 3 jam rebus ketupat tu atas api.
Ada je pressure cooker, tapi nak ada feel raya ngan family kat kampung, ku gigih tunggu ketupat tu masak atas dapur

Resepi Lodeh Sardin
Resepi Lodeh Sardin

Resepi Lodeh Sardin
Resepi Lodeh Sardin

Resepi Lodeh Sardin
Resepi Lodeh Sardin


 Dah abis makan ni wajib makan Omega Guard, Lecithin, Alfalfa dan juga Herblax

Kalau musim perayaan atau kenduri confirm makan banyak sampai sebu perut kan,

Nak bagi hilang sebu tu wajib 4 sekawan kat atas tu

Nak cuba boleh hubungi mami ye

Terima kasih sudi baca


Continue Reading

Minum Petang Dengan Mykori

Teringin nak minum di petang hari, tapi tak tau nak makan dan nak masak apa,

jadi kita minta bantuan encik grab dengan encik foodpanda, maka terjumpalah waffle ni

Kemain belek satu-satu tekak nak makan apa

Akhirnya jumpa waffle aiskrim ni kat Mykori

Sesekali terasa nak makan, bukannya hari-hari, hari-hari biasa balik kerja dah fikir nak masak bila sampai rumah

Korang belekla menu Mykori tu macam-macam desert, aiskrim ada

Penuh pinggan tupperware tu, tebal pun tebal, puas hati makan

Kenapa amik gambar tak cukup sifat? Hahaha

Lagi suku tu dah takde, simpankan tuk laki. Simpan siap-siap, budak ni nampak terus serbu tak pandang kiri kanan dah, takkan nak bagi laki kita makan sisa kan, jadi simpankan siap-siap.

Tu pesan mak kita, apa-apa makanan, kalau laki takde kat rumah asingkan dulu bahagian dia

Minum Petang Dengan Mykori
Minum Petang Dengan Mykori

Apapun waffle ni rasa sedap dan menyelerakan anak tekak sendiri ngan anak-anak, puas depa makan.

Maknya setakat buat rasa je, takde la makan sangat, cuma lebih kepada nak lalu tekak je, takdela nak makan sampai kenyang

Minum Petang Dengan Mykori
Minum Petang Dengan Mykori

Bila tulis ni teringat kat churos la pulak, hahaha

Selamat berhujung minggu guys.

 

Continue Reading

Resepi Ayam Masak Kicap Simple

Selamat hujung minggu guys,

Hari minggu hari yang sangat sibuk bagi ibu-ibu, 

Bagi yang bekerja kena selesaikan kerja tertangguh untuk seminggu, 

Kena prepare barang keperluan masak untuk seminggu, supaya mudah untuk diuruskan selepas balik bekerja

Boleh terus campak-campak masuk dalam kuali

Wallah siap

Boleh juga dipraktiskan untuk surirumah tangga yang perlu handle anak-anak yang ramai

Yang ni lagi super sibuk, boleh tak cukup tangan wei

Jadi kena pandai uruskan masa

Kalau tak boleh stress tau

Jom tengok resepi Ayam Masak Kicap yang super simple

Bahan-bahanya : 
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Rempah 4 sekawan 
Asam jawa

Bahan kisar kering ( kalau yang ini tiada boleh gantikan dengan serbuk sup ) 
Sangai kering dulu baru blend
Biji ketumbar
Jintan manis
Jintan putih 

Bahan lain
Kicap pekat
Kicap lemak manis
Tepung jagung
Cili besar
Daun sup

Cara memasak
- Tumis 4 sekawan dan juga rempah yang diblend tadi ( atau serbuk sup )
- Masukkan blender, masukkan sedikit air, kicap pekat, kicap lemak manis, sedikit air asam jawa
- Biarkan mendidih baru masukkan tepung jagung yang dibancuh 
- Ikutla korang nak pekat likat macam mana
- Kemudian masukkan ayam, cili besar dan juga daun sup
- Kalau kurang rasa, letak la perasa atau garam sikit, yang ni ikut selera masing-masing

Selamat mencuba

Tumis 4 sekawan dan rempah sup, ni rupa dia bila ditumis
Resepi Ayam Masak Kicap Simple
Resepi Ayam Masak Kicap Simple


Dah siap, ni hasil dia, nampak simple kan
Resepi Ayam Masak Kicap Simple
Resepi Ayam Masak Kicap Simple

Lawan ngan sayur tauge goreng, padu rasa dia
Resepi Ayam Masak Kicap Simple
Resepi Ayam Masak Kicap Simple


Lepas makan berat, ambil alfalfa ni, memang buat perut rasa selesa
Alfalfa
Alfalfa

Alfalfa
Alfalfa

Alfalfa
Alfalfa


 


Continue Reading

Sunday, 13 June 2021

Testimoni Nutriferon

Antara testimoni-testimoni pelanggan yang telah mengamalkan pengambilan Nutriferon

1. Ciri birit semakin kurang selepas 24jam

Testimoni Nutriferon
Testimoni Nutriferon

2. Demam denggi tapi paltelet tinggi

Testimoni Nutriferon
Testimoni Nutriferon

3. Demam kebah keesokan hari

Testimoni Nutriferon
Testimoni Nutriferon

4. Kini, tiada laagi bersin dan juga gatal hidung

Testimoni Nutriferon
Testimoni Nutriferon

5. Sistem imun badan bertambah baik

Testimoni Nutriferon
Testimoni Nutriferon

6. Antibadan anak kuat

Testimoni Nutriferon
Testimoni Nutriferon

7. Badan semakin sihat dan jarang demam lagi

Testimoni Nutriferon
Testimoni Nutriferon

8. Jarang demam selsema

Testimoni Nutriferon
Testimoni Nutriferon

9. Tak jadi demam ketika umrah

Testimoni Nutriferon
Testimoni Nutriferon

10. Membantu meningkatkan sistem imun anak

Testimoni Nutriferon






 

Continue Reading

Tingkatkan Imun Badan Dengan Nutriferon

Imun badan yang kuat sangat-sangat diharapkan kala Virus Covid 19 merebak dengan pantas ketika ini.
Jika kita berasa demam, batuk dan selsema sedikit saja pun , kita sudah berasa amat risau dan banyak perkara yang menerawang di minda fikiran kita.

Subhanallah, jahat virus tu. Tapi Allah turunkan virus tu pasti ada hikmahnya yang kita tak tahu dan kita tak nampak.

Berbalik kepada imun badan ni, kita mengharapkan yang imun badan kita kuat, selain meminta dengan Allah supaya kita diberi kesihatan yang baik, kita juga perlu berusaha untuk mencari penyelesaian bagi tingkatkan imun badan kita.

Jika kita atau anak-anak kerap saja demam, batuk dan selsema sememangnya ianya sangat mengganggu prestasi dan kualiti kerja.

Dan kadang-kadang rasa serba salah untuk MC ataupun ambil emergency leave. Tapi apakan daya diri sendiri keluarga lebih utama. 

Lebih baik mencegah dari mengubati, daripada berjangkit ke orang lain, baik kita tak hadirkan diri ketempat kerja dan yang seangkatan dengannya.

  1. Buah-buahan jenis masam ( Citrus )
  2. Paprika merah
  3. Brokoli
  4. Bawang putih
  5. Halia
  6. Bayam
  7. Yogurt
  8. Cendawan
  9. Kerang
  10. Teh hijau
Shaklee juga mempunyai produk yang boleh membantu kita meningkatkan imun badan kita iaitu Vitamin C Plus dan satu lagi adalah Nutriferon.

Kita dah biasa dengar vitamin C membantu meningkatkan imun badankan, kali ini kita cerita mengenai Nutriferon pula.

Tak ramai yang tahu mengenai Nutriferon ini melainkan anda adalah pelanggan tetap Shaklee.

Nutriferon ini mengambil masa yang lama ya untuk dihasilkan sebelum ianya dilancarkan untuk kegunaan umum.

Kalau korang nak tau Nutriferon ini berbentuk Granules.

Nutriferon Granules ini adalah hasil daripada penyelidikan dan penghasilan yang mengambil masa bertahun-tahun.

Pada tahun 1970, Dr Yasuhiko Kajima iaitu ahli imunologi terkenal didunia bersama rakan-rakan penyelidiknya, menyaring, menguji dan menilai lebih dari 200 ramuan yang berbeza.

Akhirnya, gabungan 4 bahan iaitu biji labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga japanese honeysuckle dipilih untuk campuran Nutriferon Granules kerana keberkesanannya dalam mengekalkan kesihatan yang baik.



Tingkatkan Imun Badan Dengan Nutriferon
Keistimewaan Nutriferon
 Gambar dibawah merupakan 4 bahan yang digunakan dalam pembuatan Nutriferon Granules

Tingkatkan Imun Badan Dengan Nutriferon
Bahan Dalam Nutriferon
Antara manfaat bila mengamalkan pengambilan Nutriferon:
  1. Membantu mengurangkan hipertensi tahap kolesterol yang tinggi
  2. Merangsang pengeluaran microfog untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.
  3. Membantu mengurangkan simptom PMS.
  4. Membantu mengurangkan infeksi dan pesakit hepatitis B & C.
  5. Membantu meningkatkan imun
  6. Membantu melindungi tubuh dari virus, microb termasuk flu dan influenza.
  7. Menggalakkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi dengan baik untuk membunuh bakteria.
  8. Membantu mengurangkan masalah ketidakselesaan selepas rawatan kemoterapi.
Tingkatkan Imun Badan Dengan Nutriferon
8 Manfaat Nutriferon
Siapakah yang memerlukan Nutriferon?
  1. Individu yang kerap mengalami ulser mulut.
  2. Individu yang kerap mengembara.
  3. Yang gemar makan makanan manis.
  4. Yang kerap tidur lewat.
  5. Pekerja lewat malam
  6. Warga emas 
Cuba pastikan adakah kita tergolong dalam golongan yang diatas?
Jika ya, boleh ambil langkah berjaga-jaga

Tingkatkan Imun Badan Dengan Nutriferon
Siapa Yang Perlukan Nutriferon

Kesannya menjadi lebih baik bila kita upgrade imun badan kita dengan mengambil Nutriferon kerana ianya membantu kita
  1. Boost imun badan kita dan juga ahli keluarga
  2. Melindungi diri sendiri dan ahli keluarga dari jangkitan kuman dan bakteria
  3. Mengurangkan risiko jangkitan flu dan selsema
  4. Juga membantu penyembuhan luka dengan cepat.

Tingkatkan Imun Badan Dengan Nutriferon
Boost Sistem Imun
Boleh fahamkan gambarajah dibawah bagaimana Nutriferon berfungsi dalam badan kita

Tingkatkan Imun Badan Dengan Nutriferon
Bagaimana Nutriferon Berfungsi

Gambarajah dibawah merupakan perbandingan Nutriferon shaklee dan juga produk yang lain.

Tingkatkan Imun Badan Dengan Nutriferon
Perbandingan nutriferon

Harap entry ini sedikit sebanyak membantu kalian dalam memilih supplement tambahan untuk tingkatkan imun badan sendiri dan juga ahli keluarga.

Jika ada pertanyaan boleh hubungi saya di nombor yang tertera atau klik saja pada icon wasap yang tertera










 

Continue Reading

Testimoni alfalfa

 Ramai dah mencuba dan amalkan alfalfa Complex dari Shaklee dan ramai yang rasa kelainan dan perubahan setelah mereka amalkan Alfalfa ini

Jom baca testimoni-testimoni dibawah: 


Period Kembali Teratur Setelah Ambil Alfalfa Complex


Miss B Makin Tegang Dan susu Bertambah Banyak

Mudah Lawas, Sakit Tumit dan Kebas Jari Dah Hilang

Resdung Hilang, Muka Pun Dah Tak Kusam

Simptom Resdung, Gatal Mata & Hidung Berair hilang

Susu Badan Makin Banyak Sebagai Persiapan Nak Ambil Anak Angkat

Susu Banyak, Rasa Craving Makin Kurang Dan Perut Mudah Lawas

Tiada Gastrik, Badan Bertenaga, Dan Angin Dalam Badan Dah Kurang

Susu Semakin Bertambah Selepas # Hari Consume Alfalfa

Boleh baca juga Apa Itu Alfalfa Complex Shaklee



Continue Reading

Apa Itu Alfalfa Complex Shaklee

Korang pernah dengar alfalfa?

Atau ini kali pertama dengar perkataan afalfa?

Mengikut kajian alfalfa ini sudah lama digunakan, iaitu lebih kurang 1500 tahun sebelum masihi lagi dan semasa itu alfalfa banyak digunakan di China.

Alfalfa berasal dari bahasa arab yang bermaksud Raja Tumbuhan

Kenapa digelar Raja Tumbuhan? Kerana alfalfa ini tinggi kandungan vitaminnya dan juga kandungan mineral seperti vitamin B, vitamin C, vitamin D, vitamin E, serta kandungan kalsium dan protein yang tinggi.

Biasanya alfalfa digunakan untuk merawat arthritis, asthma dan juga allergy.

Alfalfa ini merupakan tumbuhan yang berupa rumput, bukannya tumbuhan yang berkayu.

Apa Itu Alfalfa
Apa Itu Alfalfa
Gambar dibawah merupakan produk Alfalfa yang dikeluarkan oleh pihak Shaklee.

Jom tengok apa yang ada

Apa Itu Alfalfa
7 Khasiat Alfalfa Shaklee

Apa Itu Alfalfa
Apa Itu Alfalfa

7 Khasiat Alfalfa Shaklee
  1. Menyahtoksin
  2. Bagus untuk penghadaman bagi yang ada masalah penghadaman makanan
  3. Meningkatkan sistem imun
  4. Bersifat alkali
  5. Kurangkan maalah sendi
  6. Milk Booster
  7. Bantu masalah keputihan

Siapakah yang memerlukan afalfa ini:

Antaranya ;
  1. Wanita dan para isteri
  2. Ibu-ibu yang menyusukan anak
  3. Lelaki dan juga para suami
Jom lihat antara khasiat-khasiat bila kita amalkan alfalfa ini

1. Mengawal Kandungan Kolesterol dalam darah
  • Alfalfa mempunyai fungsi untuk mengawal kandungan kolesterol jahat dalam darah dengan cara mengeluarkannya terus dari badan.
  • Insya allah paras kolesterol dalam badan akan terkawal.
  • Jadi ini dapat mengurangkan risiko untuk kita mendapat penyakit jantung.
Apa Itu Alfalfa
Khasiat Alfalfa

2. Menyingkirkan Toksin Dari Badan
  • Alfalfa mempunyai sifat ditoksifikasi.
  • Jadi dengan pengambilan Alfalfa kita dapat membuang toksin-toksin yang tidak diperlukan oleh badan.
  • Toksin ini kebanyakannya kit amabil dalam makanan seharian tanpa kita sedari.

Apa Itu Alfalfa
Khasiat Alfalfa


3. Mengatasi masalah pencernaan
  • Ia berkesan dalam menghapuskan masalah percernaan yan gtermasuk rasa loya, ulser perut, gastrik dan senak.
  • Ini selain, alfalfa juga boleh membantu meningkatkan selera makan.
  • Ia juga dapat mengubati penyakit sembelit kronik kerana kandungan serat yang terdapat didalamnya.

Apa Itu Alfalfa
Khasiat Alfalfa


4. Menghilangkan Ketagihan Alkohol
  • Menghadapi masalah dengan ketagihan alkohol atau penagihan dadah dan mencari solusi yang lebih baik untuk ketagihan? Alfalfa adalah sesuatu yang anda perlukan.
  • Terdapat satu fakta yang diketahui bahawa tumbuhan alfalfa boleh membantu orang yang mengalami ketagihan alcohol atau dadah.
Apa Itu Alfalfa
Khasiat Alfalfa




5. Melegakan Asthma
  • Sebenarnya orang dahulu kala telah menggunakan Alfalfa untuk memberi bantuan kepada orang yang menghidap asthma dan lain-lain penyakit pernafasan.
  • Menurut kajian, klorofil yang terdapat didalam Alfalfa dapat membantu mengatasi masalah ini.
Apa Itu Alfalfa
Khasiat Alfalfa


6. Tinggi Kandungan Vitamin K
  • Kegunaan Vitamin K seperti penggalak pembekuan darah.
  • Jadi jika kita ada luka ataupun pendarahan luka itu cepat sembuh.
Apa Itu Alfalfa
Khasiat Alfalfa




7. Mengurangkan Gejala Menopaus
  • Yang ini bagus untuk wanita, seba Alfalfa juga didapati membantu mengurangkan tanda dan gejala-gejala menopaus.
Apa Itu Alfalfa
Khasiat Alfalfa

Boleh juga baca Testimoni Alfalfa
Ok , setakat itu saja dulu nanti kita update lagi jika berkelapangan

Boleh hubungi saya di nombor yang tertera atau klik saja icon wasap yang tertera



 

Continue Reading