Saturday, 10 April 2021

Makan-makan Di Mios Kitchen Shah Alam


 Jenjalan ke Shah Alam teman adik ipar ambil Sijil Halal, jangan tanya kursus apa dia ambil ye, mami pun tak berapa nak faham sangat.

Ambil kursus tu dah lama katanya tapi disebabkan PKP baru tahun ni boleh ambil sijilnya, nasib baik kat Shah Alam je.

Lepas ambil sijil terus cari tempat makan, yela belum makan tengah hari lagi. Kul 4 petang baru makan tengah hari lagi tau, terus merangkap dinner. 

Tengah malam craving nak makan, mengorderla food panda. Hahaha

 
Menu Order Notes

Order kita kena order sendiri, macam yang kat Oldtown Cafe tu, lebih kurang macam tu la cara order depa. 

Spageti Oglio Olio

Sedap Oglio Olio dia ni, anak-anak suka makan, mak budak ni apatah lagikan, lagi la suka.
Depa tak habis makan, ni ha mak dia tukang perabis, nasib baik abiskan udang je. Besar portion dia. Abaikan tangan si cinonet tu, tak menyabo nak makan. Udang pun besar, rasa cukup sedap. Korang boleh cuba.


Nasi Chicken Butter

Jangan tertipu, nampak macam kecik je, tapi besar tau pinggan dia. Ni pun antara yang sedap, mami semua sedap, apa yang tak sedap. Hahaha, kalau jenis tak kisah makan kering macam ni ok la. Sebab sos dia pun cukup-cukup je. Lainla kalau kat rumah kan bila masak sendiri, sos butter tu kompem melimpah. Jangan nak kompelin tau, ni mami bagitau siap-siap. Ni portion adik ipar, tak abis aku jugak yang abiskan, orang dietkan dah rasa macam majlis bandaran aku ni, tukang perabis makanan budak-budak ni, tak habiskan membazir. Dah mami bile nak diet? Harini je tak diet,hahaha. Orang kat Syria tu tak makan tau. Pikir gitu je la.


Jus oren Dan Green Tea

Ni je air kami, 2 green tea 1 jus oren. Sebab apa, sebab senang mami nak abiskan, kang order air pelik-pelik pastu tak minum, kang mami jugak yang kena abiskan, memang sah aku majlis bandaran. Sumbat semua dalam perut aku. Bertuah betul budak-budak cinonet ni.


Interior Design

Ni kami duduk kat penjuru, meja ala-ala coffee table macam tu. Senang nak kontrol askar kecik 2 orang ni. Kalo tak berlari-lari depa dalam tu. Ini pun boleh lepas juga depa ni, keluar ikut bawah meja. Nampak akal dia kan, memang tak sangka, betul-betul bijak. Apapun alhamdulillah depa agak behave sepanjang makan.

Cantik interior design dia, mami suka. Boleh pergi lagi, yang dekat dengan rumah ni je. Hihihi.

Selamat mencuba, yang berhampiran Shah Alam dan juga Bandar Kinrara bolehla pergi terjah ye.

7 comments:

  1. follow sini.. sedapnya spaghetti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni sedap, setakat ni pegi mana-mana kedai western, yang ni kena dengan tekak rasa dia

      Delete
  2. Nanti boleh cuba ni kalau pergi area sana

    ReplyDelete
  3. Nasib kena dgn tekak kita. Kedai pun bersih

    ReplyDelete
  4. Suka konsep order macam ini.. Pelayan bagi kita kertas dan kita pilih.. selesai baru bagi pelayan.. Bolehlah bertenang-tenang memilih menu yang ingin dipesan..

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaaaa spaghetiii tuuu.nyummmmp

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang anda beri :)