Wednesday, 14 April 2021

Tanda-tanda Dehidrasi


Lagi-lagi ni bulan puasa kan, maka kurang minum air.

Jadinya perlu minum air dalam kuantiti yang banyak waktu bersahur dan juga waktu berbuka.

Korang kena plan macam mana nak minum air yang mencukupi dan kekalkan badan kita hidrat sepanjang hari.

Kalau nak minum air 8 gelas sehari korang perlu minum :

Sahur 2 gelas air

Berbuka 4 gelas air

Moreh 2 gelas air

Cukup dah 8 gelas sehari

Jom kita tengok tanda-tanda dehidrasi yang kita tak jangka akan jadi pada diri kita sendiri

Tanda-tanda Dehidrasi
Tanda-tanda Dehidrasi 


5 Tanda Dehidrasi Yang Tidak Dijangka
60% daripada badan anda terdiri daripada air, oleh itu pastikan badan sentiasa terhidrat untuk fungsi tubuh yang optimum. Teruskan membaca untuk mengetahui apakah kesan dehidrasi terhadap badan anda.

1.) Anda Tidak Boleh Fokus atau Berfikir Dengan Jelas
Otak memerlukan air yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya dehidrasi berlaku, anda akan sedar bahawa fungsi kognitif atau mood anda akan berubah dan mungkin menyebabkan anda menjadi keliru atau tidak fokus.

2.) Anda Mengidam Sesuatu Yang Manis
Apabila anda dehidrasi, anda mungkin mengidam sesuatu yang manis kerana tubuh anda memerlukan bantuan menghasilkan glikogen, suatu bentuk karbohidrat yang disimpan dan digunakan oleh tubuh sebagai bahan bakar.
*Minum air segelas besar atau makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air.

3.) Anda Merasa Letih atau Pening
Air membantu tubuh anda mengawal kadar gula dalam darah dan oksigen yang
membantu anda berasa bertenaga. Tanpa pengambilan air yang secukupnya, badan
anda tidak boleh memproses nutrien secara optimum, yang menyebabkan keletihan dan pening.

4.) Anda Tidak Dapat Melakukan Senaman Dengan Baik
Dehidrasi menurunkan tekanan darah, menjadikan jantung bekerja lebih kuat, dimana ia memberi kesan kepada seberapa banyak anda boleh melakukan senaman.
Dehidrasi melebihi 5 peratus menurunkan keupayaan bersenam sebanyak hampir
30 peratus!
Kekal terhidrat sebelum, semasa dan selepas bersenam!

5.) Anda Mengalami Jantung Berdebar-debar
Dehidrasi membuang elektrolit daripada badan menjadi tidak seimbang, mengakibatkan tekanan darah yang lebih rendah. Ini memberi ketegangan tambahan pada pelbagai bahagian badan termasuk jantung.
Akibatnya, anda mungkin berasa jantung berdegup kencang atau mempunyai kadar denyutan yang tidak normal.

Tahukah Anda?
Anda Cara pantas untuk mempunyai melihat sebanyak cecair yang mana anda terhidrat mencukupi adalah dengan memeriksa warna air kencing anda.

Jadi selepas ini bila selesai je boleh periksa air kencing masing-masing ye.




 

Continue Reading

Resepi Bubur Jagung Tin Bersama Sagu

Korang masih ok lagikan, awal lagi ni.

Harini nak share dengan korang resepi yang terpaling ringkas sekali 

Resepi Bubur Jagung Tin Bersama Sagu

Belum masuk tengah hari dah pening nak masak apa untuk berbuka, itu belum plan masak tuk sahur lagi.

Tapi kebiasaannya sahur makan, makanan berbuka hari semalam, cuma masak lebih jela, senang takkalut pagi-pagi nak masak.

Untuk desert ada dah menu nak masak apa, desert petang ni masak bubur jagung sagu. Ish terliur pulak, Sambil menulis ni, dok terbayang-bayang bubur jagung sagu. 

Resepi mudah dan bahan-bahannya

1. Jagung ( ikut suka korang nak guna jagung tongkol atau jagung dalam tin )

2. Santan

3. Daun pandan

4. Sedikit garam

5. Gula melaka atau gula biasa ( ikut suka korang )

6. Sagu, ikut korang nak letak ke tidak ( masak dan asingkan dulu )

Cara Memasak

Masukkan jagung tin, letak air dan daung pandan dan tunggu hingga mendidih

Bila mendidih masukkan santan kacau sekejap kemudian masukkan secubit garam dan gula 

Dah siap.

Simple je, selamat mencuba

Resepi Bubur Jagung Tin Bersama Sagu
Resepi Bubur Jagung Tin Bersama Sagu





Continue Reading

Saturday, 10 April 2021

Makan-makan Di Mios Kitchen Shah Alam


 Jenjalan ke Shah Alam teman adik ipar ambil Sijil Halal, jangan tanya kursus apa dia ambil ye, mami pun tak berapa nak faham sangat.

Ambil kursus tu dah lama katanya tapi disebabkan PKP baru tahun ni boleh ambil sijilnya, nasib baik kat Shah Alam je.

Lepas ambil sijil terus cari tempat makan, yela belum makan tengah hari lagi. Kul 4 petang baru makan tengah hari lagi tau, terus merangkap dinner. 

Tengah malam craving nak makan, mengorderla food panda. Hahaha

 
Menu Order Notes

Order kita kena order sendiri, macam yang kat Oldtown Cafe tu, lebih kurang macam tu la cara order depa. 

Spageti Oglio Olio

Sedap Oglio Olio dia ni, anak-anak suka makan, mak budak ni apatah lagikan, lagi la suka.
Depa tak habis makan, ni ha mak dia tukang perabis, nasib baik abiskan udang je. Besar portion dia. Abaikan tangan si cinonet tu, tak menyabo nak makan. Udang pun besar, rasa cukup sedap. Korang boleh cuba.


Nasi Chicken Butter

Jangan tertipu, nampak macam kecik je, tapi besar tau pinggan dia. Ni pun antara yang sedap, mami semua sedap, apa yang tak sedap. Hahaha, kalau jenis tak kisah makan kering macam ni ok la. Sebab sos dia pun cukup-cukup je. Lainla kalau kat rumah kan bila masak sendiri, sos butter tu kompem melimpah. Jangan nak kompelin tau, ni mami bagitau siap-siap. Ni portion adik ipar, tak abis aku jugak yang abiskan, orang dietkan dah rasa macam majlis bandaran aku ni, tukang perabis makanan budak-budak ni, tak habiskan membazir. Dah mami bile nak diet? Harini je tak diet,hahaha. Orang kat Syria tu tak makan tau. Pikir gitu je la.


Jus oren Dan Green Tea

Ni je air kami, 2 green tea 1 jus oren. Sebab apa, sebab senang mami nak abiskan, kang order air pelik-pelik pastu tak minum, kang mami jugak yang kena abiskan, memang sah aku majlis bandaran. Sumbat semua dalam perut aku. Bertuah betul budak-budak cinonet ni.


Interior Design

Ni kami duduk kat penjuru, meja ala-ala coffee table macam tu. Senang nak kontrol askar kecik 2 orang ni. Kalo tak berlari-lari depa dalam tu. Ini pun boleh lepas juga depa ni, keluar ikut bawah meja. Nampak akal dia kan, memang tak sangka, betul-betul bijak. Apapun alhamdulillah depa agak behave sepanjang makan.

Cantik interior design dia, mami suka. Boleh pergi lagi, yang dekat dengan rumah ni je. Hihihi.

Selamat mencuba, yang berhampiran Shah Alam dan juga Bandar Kinrara bolehla pergi terjah ye.

Continue Reading

Friday, 9 April 2021

Segment Bloglist Ramadhan 1442H/2021M

 Asasalamualaikum

Tinggal berbaki 3 hari saja lagi untuk kita menyambut bulan Ramadhan ni,

Ok nak bagi tau korang, kak Salatulzarida ada membuat Segment Bloglist Ramadhan 1441H/ 2021M, pada yang nak turut serta boleh je klik banner ni, akan terus ke link kak Salatulzarida.

Tarikh penyertaan bermula 5 April hingga 12 April ni ye, so jangan terlepas peluang untuk para blogger semua

Segment Bloglist Ramadhan 1442H/2021M
Segment Bloglist Ramadhan 1442H/2021M


Syarat penyertaan ikut je apa yang kak Saratulzarida bagitau, ringkas je syarat dia, korang boleh baca kat blog dia ok.

Salam Ramadha Kareem semua



Continue Reading

Wednesday, 7 April 2021

Perjalanan Menyusukan badan


Perjalanan menyusukan ini bukan sesuatu yang mudah, nampak mudah tetapi ianya sangat meletihkan dan mengganggu emosi si ibu. Terutamanya bila anak yang bangun menyusu setiap jam atau setiap 2 jam, letih. Bila pergi kerja esoknya memang bermata pandalah setiap hari.

Jadi untuk menyusukan badan sepenuhnya kita perlu bersedia dari segi fizikal dan mental dan juga kerjasama dari orang sekeliling.

Dari segi pemakanan perlu dijaga , tersalah makan je nanti akan beri kesan pada anak. Contoh, mommy ada kawan ramai la sebenarnya, salah seorang dari mereka, yang mana anak dia mempunyai ekzema, gatal tau ekzema tu sian baby kalau teruk ekzema tu, boleh sampai berdarah kalau digaru. Ok berbalik cerita tadi, kawan mommy ni ekzema anak dia akan teruk bila dia makan sumber protin yang datangnya dari ayam. Telur ayam dan daging ayam tu dia tak boleh makan, bila makan menggaru tak sudah anak dia tu.

Jadi bila kami makan ayam kat tempat kerja tu, tak sampai hati nak pelawa dia, sikit pun tak boleh makan. Krik-krik jela.

Baik apa dia yang kita perlukan sepanjang perjalanan menyusu badan ni?

Antaranya, jika kita merancang untuk menyimpan susu ibu, peralatan kena ada seperti 
Breast pump - sekarang ada banyak pilihan dan jenama breastpump yang semurah-murahnya dan semahal-mahalnya, pilih jela nak yang mana satu. Mommy dulu guna Autumnz je, ok alhamdulillah dapatla fully breastfeed kedua-dua anak.
Breast pump yang handsfree pun banyak dah sekarang, tengok mudah je kawan-kawan sekarang, sambil bekerja, sambil pump.
Sebelum pergi kerja, periksa dulu peralatan pump yang nak dibawa ye, jangan main rasa-rasa je, nanti jadi kelaut, sebab dah pernah kena. 1 items breast pump tu tak ada, langsung tak boleh pump. Sakit tau nak menunggu sampai balik kerja. Nak urut guna teknik marmet tak berapa nak pandai. Merana jadinya

Perjalanan Menyusukan badan
Breast pump



Storage liner atau beg plastik untuk simpan susu perahan yang ni sama penting juga macam breastpump diperlukan untuk kita menyimpan susu yang kita perah tadi, tak kisahla korang nak guna jenis yang botol atau plastik ni. Plastik ni lebih mudah untuk dibawa dan ianya pakai buang.

Perjalanan Menyusukan badan
Storage liner
Cara penyimpanan susu kena dan perlu tahu, salah simpan atau salah teknik penyimpanan terus susu tu tak boleh digunakan nanti, jadi kena ingat betul-betul cara penyimpanan dia. Korang boleh tengok pada jadual dibawah ni. Untuk yang fresh milk macam mana nak handle, yang dah beku macam mana nak uruskan, dan juga baki susu yang anak minum tak habis pun ada cara dia macam mana. Jadi kena ingat betul-betul jadual ni

Perjalanan Menyusukan badan
Panduan Menyimpan Susu

Ice brick atau ice pack dan beg susu diperlukan untuk bawa balik dari office ke rumah, supaya nanti susu yang kita dah perah tadi tidak rosak.



Perjalanan Menyusukan badan
Ice pack Dan Beg Susu

Sterilizer pilihan korang nak beli atau tidak, kalau tiada sterilizer ini korang kena rebus betul-betul guna air menggelegak tu. Cuma yang mudahnya guna sterilizer ini korang just on plug je. Sterilizer ini boleh guna untuk semua benda, bukan hanya untuk botol susu saja.

Perjalanan Menyusukan badan
Sterilizer

Selain dari semua diatas, supplement juga perlu untuk diri sendiri dan juga anak.
Kerana ketika inilah anak mendapat nutrisi terbaik dari ibunya.
Set Penyusuan Shaklee membantu ibu membina asas kesihatan fizikal dan juga emosi yang lebih sihat kerana ibu yang bahagia akan melahirkan anak yang bahagia. Ha Gitewww

Betul, bila kita menyusukan badan kita perlu stress free. Bila emosi kita terganggu anak kita boleh merasainya. Jadi kita tidak mahu anak merasai emosi yang negatif tu, jadi kita kena tenang setenangnya dan juga gembira.

Perjalanan Menyusukan badan
Perjalanan Menyusukan badan

Baik yang dibawah ni adalah antara supplement yang korang boleh ambil sepanjang dalam pantang juga sepanjang proses penyusuan.
Tujuannya dalah untuk menambahbaik badan kita setelah berhempas pulas, hamil sepanjang 36minggu ke 40 minggu dan juga ketika kita bersalin.
Jadi untuk rasa sihat , rasa segar korang, stress free korang boleh ambil supplement seperti yang dicadangkan dibawah.
Tak dapat amalkan semua tidak mengapa, boleh ambil yang mampu milik dan mengikut kemampuan masing-masing.

KEKAL SIHAT SEPANJANG PERJALANAN PENYUSUAN BADAN ANDA
1.) ALFALFA
Selain menjadi penggalak susu semula jadi yang hebat, alfalfa juga menawarkan pelbagai manfaat seperti:
Memberi nutrisi kepada badan ibu untuk
Menggalakkan penghasilan susu ibu secara semula jadi.
Seratnya membantu mengawalatur pembuangan air besar, selepas bersalin.

2.) ASID LEMAK OMEGA-3
Asid lemak perlu ini, biasanya dikenali sebagai asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA)adalah penting untuk anda dan bayi kerana ia:
Membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi yang sihat.
menyokong penyembuhan yang cepat.
Boleh membantu merendahkan risiko ibu mengalami simptom gangguan emosi selepas bersalin.

3.) VITAMIN C
Sarat dengan antioksidan, vitamin C menyokong pembentukan tisu baharu dan pemulihan sel yang membantu untuk:
Menghalang jangkitan terutamanya di sekitar luka untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
Menguatkan perlindungan imun ibu dan bayi.

4.) PROTEIN

Sebagai blok binaan sel, protein menyokong proses penyembuhan luka anda.
Malah, ibu yang menyusukan bayi memerlukan protein dua kali lebih banyak berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Protein membantu untuk:
Memberikan tenaga berpanjangan.
Menyediakan badan anda untuk penghasilan dan pengekalan susu badan.

5.)VITAMIN B Complex
Oleh kerana ia tidak disimpan dalam badan anda, maka amat penting bagi anda mengambil vitamin B setiap hari untuk:
Merangsang penghasilan tenaga ibu dengan menukarkan makanan kepada tenaga.
Menyokong perkembangan sistem saraf bayi termasuk mata dan otak.
Menggalakkan perkembangan fungsi motor bayi yang sihat.

6.) KALSIUM
Ketika anda hamil, bayi telah mengambil kalsium daripada tulang anda untuk membina tulangnya. Pengambilan kalsium yang mencukupi penting untuk:
Mengembalikan kepadatan tulang ibu dan mengurangkan risiko osteoporosis apabila tua kelak.
Menyokong pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat.

7.) MULTIVITAMIN + ZAT BESI

Anda memerlukan lebih banyak vitamin dan mineral untuk menyokong kesihatan selepas bersalin dan penghasilan susu badan:
Menghasilkan susu badan yang bernutrisi untuk menyokongpertumbuhan bayi.
Mengisi jurang nutrisi ibu untuk penyembuhan dan kesihatan yang lebih baik.

Boleh baca juga


Baik, jika korang berkenan boleh hubungi mommy di nombor yang tertera atau klik saja butang whatsapp yang tertera tu

Ok semoga bermanfaat dan selamat mencuba guys
Assalamualaikum

 



Continue Reading

Tuesday, 6 April 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

 6 hari lagi Ramadhan bakal tiba sudahkah anda bersedia?

Dah abis ganti puasa ke belum tu? Masih sempat lagi kalau nak kejar ganti puasa ni

Tapi yang menariknya belum puasa lagi, ramai yang dah menempah baju raya takut tailor tidak ambil tempahan jika lewat hantar, begitu juga untuk baju raya ready made ramai dah yang mencari dan membeli takut nanti bila lewat beli nanti tiada saiz dan yang berkenan dihati juga nanti tiada stok. Kuih raya pun macam tu juga, memasing diofis ni semua dah buat tempahan kuih raya tinggal, segala jenis kerepek pun ada yang dah tempah. Kang lambat tempah menyesal pulak nanti.

Kami sekeluarga? Seperti biasa semua last minit hahahahaha, kang mulala nanti beli baju ada yang tak sama warnala, tudung nak beli tiada yang sesuaila, macam-macamla ragam laki bini ni nanti, pakej siap gaduh hahaha, begitulah kami setiap tahun bila menjelang raya. Kebiasaannya malam raya baru mencari semua tu, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki dan juga kuih muih.

Untuk tahun ni tak tahula boleh balik beraya ke tidak, PKP tak habis-habis, sedih pulak rasa, sama-samalah kita berdoa ye supaya dapat balik kampung beraya tahun ni, cukuplah tahun lepas raya tak dapat balik, syahdu oiii, lagi-lagi bila dengar lagu dendang perantau..meleleh air mata sambil kerja. Aku kerja tau raya taun lepas. 

Rasanya kalau tahun ni tak dapat balik raya, boleh redha dah kot hihihi.

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog


Ok mommy tag 2 orang ni ye Ziana Eunos dan Aida ye..
Good luck you alls

Continue Reading

Monday, 5 April 2021

Giveaway Sampul Raya Hipster


Ada lagi 7 hari sebelum Ramadhan tiba, 

Selamat menyambut Ramadhan kareem pada pembaca blog mommy

Semoga kesemua yang membaca blog ni, sempat menggantikan puasa kalau tidak sempat tu, jangan lupa bayar fidyah ye.

Sempena bulan puasa ni, pastinya persediaan raya sebelum puasa lagi masing-masing dah mencari dan menempah. Tidak kirala baju raya ke, kuih raya ke semua sudah ditempah.

Tidak dilupakan juga sampul duit raya kan, masing-masing semua mencari sampul duit raya yang unik.




 azhafizah ada membuat Giveaway Sampul Duit Raya, bolehla mencuba nasib untuk dapatkan sampul duit raya yang hispter ni

Giveaway ini bermula 5 April 2021 hingga 12 April 2021, seminggu sahaja giveaway ni, jadi kena cepat ye dan dibawah ni antara hadiah yang disediakan

Hadiah untuk pemenang Giveaway Sampul Raya Hipster

Hadiah pertama
50 pcs Sampul duit raya hipster


Hadiah kedua
40 pcs sampul duit raya hipster


Hadiah ketiga
30 pcs sampul duit raya hipster

Untung siapa yang dapat hadiah sampul duit raya ni, harap mommy pun antaranya yang tersenarai sebagai pemenang tu, hihihi.

Selamat mencuba guys, ikut je syarat yang dia bagi itu ye



Continue Reading

Sunday, 4 April 2021

Tips Untuk Anak Yang Berpuasa Untuk Kali Pertama

Alhamdullillah, Ramadhan hampir tiba tak lama lagi, berbaki lagi 9hari untuk kita menyambut puasa,

Korang dah buat persediaan ke untuk puasa ni bagi yang dewasa dan juga anak-anak kita

Jika sudah bersedia, apakah persediaan korang buat untuk anak-anak?

Kena rancang betul-betul jika bagi anak-anak puasa cukup,

Perlu makanan yang berkhasiat , yang boleh membuatkan mereka puasa dengan lebih lama dan bertahan hingga berbuka , hidrasi yang mencukupi.


Tips Untuk Anak Yang Berpuasa Untuk Kali Pertama
 Tips Untuk Anak Yang Berpuasa Untuk Kali Pertama

Puasa di bulan Ramadhan adalah wajib untuk umat Islam termasuk kanak-kanak yang telah mencapai akil baligh. 
Ramai kanak-kanak Islam yang masih muda seawal umur tujuh mungkin ingin berpuasa pada bulan Ramadhan.

Adalah biasa untuk 2 hingga 3 hari pertama merupakan masa yang amat sukar bagi kanak-kanak yang cuba berpuasa buat kali pertama. 

Dari perspektif nutrisi, berikut adalah beberapa idea untuk ibu bapa bantu memudahkan perjalanan berpuasa mereka:

Tidur awal dan bangun awal.
Tidur yang mencukupi membantu
kanak-kanak untuk:
• Bangun pada waktu bersahur.
• Kekalkan tenaga mereka.
• Kekal fokus dan cerdas di dalam kelas.

Libatkan anak anda semasa persiapan iftar:
• Jadikannyanya aktiviti yang menyeronokkan untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan.
• Masak masakan dan pencuci mulut kegemaran mereka.
• Hasilkan resepi yang sihat.
(Tip: gunakan Meal Shakes untuk ais krim yang lazat dan shakes
yang penuh berkrim!).

Berikan anak anda permulaan hari yang sihat semasa bersahur:
• Diet yang tinggi tenaga. Susu dan telur adalah sumber tenaga yang bagus.
• Segelas Meal Shakes lazat yang penuh dengan vitamin dan mineral.
• Jus sihat dan minuman untuk pastikan mereka kekal terhidrat sepanjang hari.
• Berikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber serat yang penuh berkrim!

Galakkan pengambilan makanan sihat semasa iftar:
• Kurma dan air – cara mudah untuk berbuka puasa.
•Sup buatan sendiri dan stew kaya dengan mineral dan garam.
•Elakkan makanan tinggi karbohidrat, berminyak dan makan secara berlebihan.
•Berikan anak anda Meal Shakes semasa sahur!

Shaklee Meal Shakes
• Membantu memastikan si kecil rasa kenyang lebih lama.
• Sesuai untuk kanak-kanak dan remaja yang aktif.
• Rasa yang sedap apabila ditambah ke dalam shakes, sup berkrim dan ais krim!
• Ibu dan ayah juga pasti menyukainya!

Dengan berpuasa di bulan Ramadhan, anak-anak anda akan merasa mereka telah melakukan pencapaian yang hebat, dan pada masa yang sama, mereka telah belajar perkara penting mengenai pemilihan makanan yang bijak dan pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien.



Tips Untuk Anak Yang Berpuasa Untuk Kali Pertama
 Tips Untuk Anak Yang Berpuasa Untuk Kali Pertama

Continue Reading

Promosi Terbaru Shaklee April 2021

 


Promosi Terbaru Shaklee April 2021
Promosi Terbaru Shaklee April 2021


Sempena Ramadhan yang bakal tiba, set persediaan untuk berpuasa sudah berada dipasaran untuk dewasa dan juga kanak-kanak termasuk juga individu yang berusia.

Boleh baca nutrisi yang terdapat pada setiap makanan tambahan tersebut: 

Nutrisi Ramadhan

Vivix
Hidupkan Hari Anda dengan minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Res V
Nikmati Kebaikan Polifenol Dalam Setiap Softgel dari siang hingga ke malam, nikmati hidup sepenuhnya dengan tenaga dan kecergasan. Jalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bersemangat.

Cinch Shake
Shake Lengkap dan Pantas minuman yang lazat, pantas dan berkhasiat untuk anda. Ia membekalkan nutrien seumpama satu hidangan, tetapi rasanya enak seperti pemanis mulut.
Terdapat 3 jenis perisa iaitu;

Cinch Vanila Shake
Cinch Chocolate Shake
Cinch Cafe Latte Shake

ESP
Memberikan Tenaga secara Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan yang Berkualiti Tinggi
Makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein. Lengkap dengan 9 asid amino perlu.

Meal shake
Makanan Lazat Di Mana-Mana Sahaja
Minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja.

Performance Drink
Menyegarkan dan Menghilangkan Dahaga
Tingkatkan prestasi untuk mencapai kemenangan yang diimpikan. Serlahkan prestasi terbaik anda yang kekalkan momentum. Dengan proprietari OPTI-LYTE™ campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum.

Cinch Tea Mix
Minuman yang Menyegarkan
Lupakan kopi dan minuman manis. Ini cara yang selamat dan semula jadi untuk menceriakan hari anda dan menukar saiz pakaian anda. Campuran eksklusif teh hijau, putih dan merah, serta taurina untuk meningkatkan tenaga seharian agar anda sentiasa segar dan cergas. Nikmatinya pada bila-bila masa, panas atau sejuk.

Omega Guard
Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu yang anda tidak boleh kurangkan – asid lemak penting omega-3, dimana tubuh anda tidak mampu hasilkan sendiri. Dua jenis utama adalah EPA dan DHA, penting untuk kesihatan manusia. Bagus untuk meningkatkan metabolisma badan dan baik untuk jantung



Promosi Terbaru Shaklee April 2021
Promosi Terbaru Shaklee April 2021

Continue Reading