Wednesday, 17 March 2021

Siapa Yang Perlukan Protein


Bagi wanita yang berkahwin, hamil adalah impian mereka. Dan sememangnya sudah menjadi lumrah seorang isteri berperasaan begitu.

Malah bukan sahaja sihat, malah mereka juga mengharapkan bayi mereka cukup sifat dan sihat fizikal dan mental bayi.

Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, pengambilan makanan secara sihat dan seimbang sangat memainkan peranan untuk memastikan ibu dan bayi yang dikandung sihat

Protein antara yang memainkan peranan terhadap badan kita, bermula dari penghasilan sel ke perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku.

Dan tidak ramai yang cakna betapa pentingnya protein kepada tubuh kita dan bayi akan tetapi masih ramai lagi tidak mengambil sumber protein yang mencukupi

Disini mommy nak kongsi, siapakah yang memerlukan sumber protein lebih dari biasa:

Siapa Yang Perlukan Protein
Siapa Yang Perlukan Protein

Siapa Yang Perlukan Protein | IBU MENGANDUNG
Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi.
Ambil lebih protein untuk:
1. Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
2. Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.

Sewaktu mengandung, apa yang baik ibu makan dan minum ianya juga baik kepada bayi yang dikandung.Pengambilan protein yang mencukupi ianya untuk memastikan bayi mendapat protein dan nutrient supaya ianya dapat berkembang dengan baik mengikut usia kandungan.

Protein juga adalah untuk menyokong pertumbuhan sel yang sihat dan

Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak yang mana .

Membantu wanita hamil kekal bertenaga dan cergas sepanjang kehamilan




Siapa Yang Perlukan Protein
Siapa Yang Perlukan Protein

Siapa Yang Perlukan Protein | IBU MENYUSU
Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi.

Ambil protein untuk:
1. Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu

2. Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu.

3. Ibu yang menyusu memerlukan 2 kali ganda lebih protein daripada wanita tidak menyusu

Susu ibu mengandungi banyak jenis protein yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi, juga mengaktifkan system imun.




Siapa Yang Perlukan Protein
Siapa Yang Perlukan Protein

Siapa Yang Perlukan Protein | AHLI SENAMAN
Otot perlukan sokongan semasa anda melakukan latihan
rintangan. Ambil lebih banyak protein untuk:
1. Membina semula dan memperbaiki otot.
2. Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas

Untuk individu yang rajin bersenam mereka memerlukan protein yang lebih untuk membina otot untuk kelihatan tegap.

Pengambilan protein penting untuk membina dan juga merangsang otot.

Mengambil protein yang lebih dan konsisten dalam diet harian selama 30hari  boleh beri kesan terhadap kekuatan otot

Untuk kekalkan berat badan dan komposisi badan yang sihat memerlukan protein yang lebih




Siapa Yang Perlukan Protein
Siapa Yang Perlukan Protein

Siapa Yang Perlukan Protein | JAGA BERAT BADAN
Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan orang yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah.

 Ambil lebih banyak protein untuk:
1. Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama.

2. Membantu mengawal pengambilan kalori2 untuk pengambilan makanan seterusnya.

3. Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggi
kadar metabolisme anda.



Siapa Yang Perlukan Protein
Siapa Yang Perlukan Protein

Siapa Yang Perlukan Protein | PENGGEMAR MANISAN
Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan. 

Ambil lebih protein untuk:
1. Menstabilkan paras gula dalam darah.

2. Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin.


Siapa Yang Perlukan Protein
Siapa Yang Perlukan Protein

Siapa Yang Perlukan Protein | PERTENGAHAN USIA
Apabila memasuki usia pertengahan, badan mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot adalah antara isu yang akan dialami.

Dan apabila kita semakin meningkat usia, otot semakin geleber dan tidak tegap seperti orang-orang muda lagi.

Jadi tubuh kita memerlukan protein untuk mengurangkan kesan-kesan penuaan yang kian ketara

Ambil lebih banyak protein untuk:
1. Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan.

2. Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.


Siapa Yang Perlukan Protein
Siapa Yang Perlukan Protein

Jom kita jaga diri kita supaya mudah untuk beribadah dan melakukan kerja-kerja harian dengan lancar

Baca juga




Siapa Yang Perlukan Protein



















 


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang anda beri :)