Thursday, 25 March 2021

Cari Makan Di Dubuyo Ioi Putrajaya



Biasalah hujung minggu sejak 2 menjak PKP dilonggarkan boleh keluar dan boleh dine in seisi keluarga, sampailah kami ke sini sambil-sambil mencuci mata dan terjebak sama.

Kebetulan pula ada sale di Brand Outlet, selamat duit melayang shoping barang anak-anak ngan keperluan suami isteri ni.

Disebabkan dah lama tak outing jadinya menjadi-jadilah outing kami, dah lari dari niat asal yang kononnya ingin mencuci mata terus jadi mencuci purse pula.

Seminggu sebelum tu dah datang, dan seminggu kemudian kami datang semula di IOI Putrajaya ni, gara-gara ternampak iklan promosi Brand Outlet ini di Facebook. Sememangnya dah lama sangat teringin nak makan di Dubuyo ni.

Walaupun ada Kyo Chon, Seoul Garden, Sukiya dan K-Fry tapi Dubuyo ni tetap dihati, sebab apa? Sebab dah jatuh cinta dengan Beef Sundobu Jigae dia, sedapnya. Ni sambil menulis pun rasa macam meleleh air liur ni.

Mujur tak mengidam je ni, kalau tak pening kepala husband melayan tekak isteri dia ni, boleh jadi 9 bulan 10 hari makan makanan kat Dubuyo ni, kang tak memasal jadi baby korea yang ke 2. Anak first suka tengok citer korea, jadi kulit ala-ala korea la, yang no 2 minat citer tamil kulit pun ala-ala tamil hindustan gak.

Ok la, mengarut pulak ni. 

Ada juga cuba beli makanan Dubuyo ni melalui Grabfood, tapi bila dah tiba dirumah dia jadi lain rasa dia, jadi tak berapa sedap sebab dah sejuk kan, jadi rasa dia lain.

Nak makan dia kena makan fresh dan panas-panas baru puas hati, sebab sedap. Makan hari-hari disini pun tak apa.

Apa yang mommy order haritu macam gambar kat bawah ni, ada Jajangmyeon, Beef  Sundobu Jigae dan juga Buldak Wing. Bunyi dia seakan-akan budak, ulang banyak kali perkataan tu sebelum nak order dia.


Dubuyo
JAJANGMYEON

Jajangmyeon ini sedap untuk tekak anak-anak sebab dia tak pedas langsung, mangkuk dia boleh tahan besar juga, habis kat anak sorang yang si kakak tu, sebab dia memang hantu mee dan tak gemar sangat makanan yang pedas. Lain pulak dengan adik dia, adik dia makan apa yang mak dia makan.


Dubuyo
BEEF SUNDOBU JIGAE

Yang ni Beef Sundobu Jigae, maafla gambar tu makanan dia dah kena usik, jadi tak nampak dah telur dia tu. Hiasan makanan yang dapat tu sama macam yang dalam gambar. Tetapi bila dah kena usik makanan tu jadi tak sama dahla jadi hilang dah telur tu, nampak nasi tu pun sama dah berusik. Lama dah tak makan kat sini punya pasal, jadi tak penyabor. 


Dubuyo
BULDAK WINGS

Yang ni nama dia Buldak Wings, korang boleh tengok kat menu bahagian Korean Gogi. Dia ada 4 jenis wings. Korean Spicy Wings, Honey Mustard Wings, Buldak Wings Dan juga Mayoyo Wings. Setakat ni baru rasa Buldak Wings. Yang lain-lain belum pernah rasa lagi. Itula cakap nak rasa semua menu dia kena datang hari-hari.

Oh lupa air dia, aloe vera punch dia sedap, tapi agak manis bagi yang tak minum manis, kalau nak minum juga kena tambah air lagila. Gambar air takde, sampai-sampai air tu dah kena sambar ngan anak minum dah separuh.

Budak-budak ni lagi suka minum aloe vera punch dia.

Mana nak cari Dubuyo ni? Korang Google je Dubuyo banyak tempat dia. Nak tengok menu dia, korang klik je link Dubuyo tu, ada macam-macam makanan dalam tu, boleh survey menu dulu sebelum korang pergi makan kat situ nanti.

Selamat mencuba you alls, dari peminat korean food.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang anda beri :)