Sunday, 14 March 2021

Aiskrim Godiva Penyejuk Tekak

 Berjalan-jalan di IOI City Mall Putrajaya dengan famili, mencari angin dan perbetulkan angin mood tak berapa nak helok, setelah beberapa bulan terkurung dirumah,

Pergi kerja dan balik kerja menjadi rutin harian sepanjang setahun yang lepas dan baru beberapa bulan bebas tanpa syarat, ehhh tetiba kes naik mendadak, tak lama tu Pkp balik.

Oi...la, tepu otak ni oi asyik bekerja sepanjang masa tanpa cuti, mana yang bekerja dari rumah tu alhamdulillah bersyukurlah.

Jadi hari ni setelah kelonggaran diberi boleh keluar dengan anak-anak, kesian depa duduk rumah tak keluar-keluar.

Keluar pun pergi taska itu sajalah, emaknya pun keluar bila pergi bekerja dan beli barang rumah sajalah.

Bila dah lama tak keluar berjalan di kawasan yang begitu luas dan besar macam pasaraya tu, asyikla mengeluh kakak tu, adik takpe dah selamat tidur dalam stroller tu.

Mommy penat nak duduk, mommy jom duduk, mommy jomla kita balik. Hai lah anak, mommy baru je sampai,berjalan pun tak sampai 30minit awak dah kata penat.

Mommy pun penatla nak bagi alasan apa kat awak ni, taknak bagi dia merungut.

Akhirnya terdudukla kami betul-betul depan kedai aiskrim Godiva ni, mommy pun tak perasan ada kedai aiskrim tu, janji boleh duduk dan supaya si kakak tak merungut lagi.

Tak lama tu dia dok bising lagi mintak aiskrim, mana pulak nak cari aiskrim kat sini kakak oii...

Selamba dia tunjuk, tu mommy kedai aiskrim.

Ah sudah, macam mana pulak boleh kita terduduk depan kedai aiskrim ni, tergaru kepala kejap mommy sambil termenung perhati kedai aiskrim tu.

Nak masuk ke tak, nak masuk ke tak? Si kakak punla minta aiskrim lagi tadi tak berhenti.

Tak beli serba salah, dah beli kang dia minta lagi.

Jadi belilah, dengan yakinnya masuk tanpa bertanya harga, kang kalau tanya harga tak beli, kecewa pulak si kakak ni.

Jadi mommy pun belilah, telan air liur juga la bila membayar, tapi berbaloi-baloi dengan rasa keenakkan aiskrim.

Dengan harga Rm23, rasa dia sangat-sangat sedap, puas hati dan berbaloi dengan aiskrim coklat belgium yang premium. Memang sedap hingga menjilat jarilah.

Lepas ni boleh pergi lagi. Bukan hari-hari makan aiskrim, sesekali lepaskan rasa teringin anak-anak ngan mak dia, pak dia toksah cakaplah memang hantu coklat, menurun kat anak-anak. Maknya kurang kalau coklat-coklat ni.

Bolehlah kalau nak merasa aiskrim Godiva ni, berbaloi-baloi dengan harga dia. 

Jadi bolehla korang cuba rasa aiskrim ni, memang sangat berbaloi bagi kurang stress. Coklat kan bagus dan elok untuk mood kita kan.

Jadi,selamat mencuba guys.

Aiskrim Godiva Penyejuk Tekak
Aiskrim Godiva Penyejuk Tekak

Aiskrim Godiva Penyejuk Tekak


2 comments:

Terima kasih atas komen yang anda beri :)