Thursday, 25 March 2021

Cari Makan Di Dubuyo Ioi Putrajaya



Biasalah hujung minggu sejak 2 menjak PKP dilonggarkan boleh keluar dan boleh dine in seisi keluarga, sampailah kami ke sini sambil-sambil mencuci mata dan terjebak sama.

Kebetulan pula ada sale di Brand Outlet, selamat duit melayang shoping barang anak-anak ngan keperluan suami isteri ni.

Disebabkan dah lama tak outing jadinya menjadi-jadilah outing kami, dah lari dari niat asal yang kononnya ingin mencuci mata terus jadi mencuci purse pula.

Seminggu sebelum tu dah datang, dan seminggu kemudian kami datang semula di IOI Putrajaya ni, gara-gara ternampak iklan promosi Brand Outlet ini di Facebook. Sememangnya dah lama sangat teringin nak makan di Dubuyo ni.

Walaupun ada Kyo Chon, Seoul Garden, Sukiya dan K-Fry tapi Dubuyo ni tetap dihati, sebab apa? Sebab dah jatuh cinta dengan Beef Sundobu Jigae dia, sedapnya. Ni sambil menulis pun rasa macam meleleh air liur ni.

Mujur tak mengidam je ni, kalau tak pening kepala husband melayan tekak isteri dia ni, boleh jadi 9 bulan 10 hari makan makanan kat Dubuyo ni, kang tak memasal jadi baby korea yang ke 2. Anak first suka tengok citer korea, jadi kulit ala-ala korea la, yang no 2 minat citer tamil kulit pun ala-ala tamil hindustan gak.

Ok la, mengarut pulak ni. 

Ada juga cuba beli makanan Dubuyo ni melalui Grabfood, tapi bila dah tiba dirumah dia jadi lain rasa dia, jadi tak berapa sedap sebab dah sejuk kan, jadi rasa dia lain.

Nak makan dia kena makan fresh dan panas-panas baru puas hati, sebab sedap. Makan hari-hari disini pun tak apa.

Apa yang mommy order haritu macam gambar kat bawah ni, ada Jajangmyeon, Beef  Sundobu Jigae dan juga Buldak Wing. Bunyi dia seakan-akan budak, ulang banyak kali perkataan tu sebelum nak order dia.


Dubuyo
JAJANGMYEON

Jajangmyeon ini sedap untuk tekak anak-anak sebab dia tak pedas langsung, mangkuk dia boleh tahan besar juga, habis kat anak sorang yang si kakak tu, sebab dia memang hantu mee dan tak gemar sangat makanan yang pedas. Lain pulak dengan adik dia, adik dia makan apa yang mak dia makan.


Dubuyo
BEEF SUNDOBU JIGAE

Yang ni Beef Sundobu Jigae, maafla gambar tu makanan dia dah kena usik, jadi tak nampak dah telur dia tu. Hiasan makanan yang dapat tu sama macam yang dalam gambar. Tetapi bila dah kena usik makanan tu jadi tak sama dahla jadi hilang dah telur tu, nampak nasi tu pun sama dah berusik. Lama dah tak makan kat sini punya pasal, jadi tak penyabor. 


Dubuyo
BULDAK WINGS

Yang ni nama dia Buldak Wings, korang boleh tengok kat menu bahagian Korean Gogi. Dia ada 4 jenis wings. Korean Spicy Wings, Honey Mustard Wings, Buldak Wings Dan juga Mayoyo Wings. Setakat ni baru rasa Buldak Wings. Yang lain-lain belum pernah rasa lagi. Itula cakap nak rasa semua menu dia kena datang hari-hari.

Oh lupa air dia, aloe vera punch dia sedap, tapi agak manis bagi yang tak minum manis, kalau nak minum juga kena tambah air lagila. Gambar air takde, sampai-sampai air tu dah kena sambar ngan anak minum dah separuh.

Budak-budak ni lagi suka minum aloe vera punch dia.

Mana nak cari Dubuyo ni? Korang Google je Dubuyo banyak tempat dia. Nak tengok menu dia, korang klik je link Dubuyo tu, ada macam-macam makanan dalam tu, boleh survey menu dulu sebelum korang pergi makan kat situ nanti.

Selamat mencuba you alls, dari peminat korean food.

Continue Reading

Saturday, 20 March 2021

Kuih Pulut Inti Kelapa Manis

 Kuih pulut inti kelapa manis, antara kuih tradisi kegemaran selepas tepung gomak. Dah pernah buat tepung gomak, kejadian dia hampir jadi tapi tak sempurna sangatla kejadian dia.

Kuih pulut inti kelapa manis ni, boleh cuba pula lepas ni.

Kejadian yang di ingini tejadi, sepatutnya pada hari kejadian terjumpa kuih pulut inti kelapa manis ni, nak berpuasa ganti.

Bangun awal pagi dan bersahur dengan Esp mix dengan rolled oat dan chia seed juga ratah ikan dan sayur, macam tu je pun dah kenyang tau.

Lepas hantar anak kesekolah, singgah beli nasi lemak untuk husband dan anak no 2. Eh ade pulak kuih pulut inti kelapa manis.

Okla kita simpan untuk berbuka puasa nanti, akan tetapi godaan kuih pulut kelapa manis ni sangatlah kuat.



Sebab kuih tu tersangat jarang ada kat gerai nasi lemak tu.

Hanya mampu bertahan sampai pukul 9 pagi je, hahaha pastu terus ngap kuih pulut tu, sape macam tu niat nak puasa tapi bila nampak makanan yang rare dan jarang orang jual, terus berbuka.

Ko bayangkanlah pukul 5 tu dan menelan esp mix chia seed dengan rolled oat, siap ratah ikan dengan sayur.

Betapa penuhnya perut, pastu pukul 9 membedal kuih pulut kelapa manis tu, kenyang beb kenyang.

Ku tersandar kekenyangan lepas tu.



So moral of the storynya, kena tahan lagi godaan tu. Jangan terjebak sangat

Sekian, eh kalau korang nak cuba Esp tekan je button whatsapp tu.

Puasa nak dekat dah ni, berbaloi-baloi beli, sesuai sangat untuk seisi keluarga

Continue Reading

Wednesday, 17 March 2021

Siapa Yang Perlukan Protein


Bagi wanita yang berkahwin, hamil adalah impian mereka. Dan sememangnya sudah menjadi lumrah seorang isteri berperasaan begitu.

Malah bukan sahaja sihat, malah mereka juga mengharapkan bayi mereka cukup sifat dan sihat fizikal dan mental bayi.

Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, pengambilan makanan secara sihat dan seimbang sangat memainkan peranan untuk memastikan ibu dan bayi yang dikandung sihat

Protein antara yang memainkan peranan terhadap badan kita, bermula dari penghasilan sel ke perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku.

Dan tidak ramai yang cakna betapa pentingnya protein kepada tubuh kita dan bayi akan tetapi masih ramai lagi tidak mengambil sumber protein yang mencukupi

Disini mommy nak kongsi, siapakah yang memerlukan sumber protein lebih dari biasa:

Siapa Yang Perlukan Protein
Siapa Yang Perlukan Protein

Siapa Yang Perlukan Protein | IBU MENGANDUNG
Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi.
Ambil lebih protein untuk:
1. Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
2. Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.

Sewaktu mengandung, apa yang baik ibu makan dan minum ianya juga baik kepada bayi yang dikandung.Pengambilan protein yang mencukupi ianya untuk memastikan bayi mendapat protein dan nutrient supaya ianya dapat berkembang dengan baik mengikut usia kandungan.

Protein juga adalah untuk menyokong pertumbuhan sel yang sihat dan

Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak yang mana .

Membantu wanita hamil kekal bertenaga dan cergas sepanjang kehamilan




Siapa Yang Perlukan Protein
Siapa Yang Perlukan Protein

Siapa Yang Perlukan Protein | IBU MENYUSU
Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi.

Ambil protein untuk:
1. Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu

2. Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu.

3. Ibu yang menyusu memerlukan 2 kali ganda lebih protein daripada wanita tidak menyusu

Susu ibu mengandungi banyak jenis protein yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi, juga mengaktifkan system imun.




Siapa Yang Perlukan Protein
Siapa Yang Perlukan Protein

Siapa Yang Perlukan Protein | AHLI SENAMAN
Otot perlukan sokongan semasa anda melakukan latihan
rintangan. Ambil lebih banyak protein untuk:
1. Membina semula dan memperbaiki otot.
2. Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas

Untuk individu yang rajin bersenam mereka memerlukan protein yang lebih untuk membina otot untuk kelihatan tegap.

Pengambilan protein penting untuk membina dan juga merangsang otot.

Mengambil protein yang lebih dan konsisten dalam diet harian selama 30hari  boleh beri kesan terhadap kekuatan otot

Untuk kekalkan berat badan dan komposisi badan yang sihat memerlukan protein yang lebih




Siapa Yang Perlukan Protein
Siapa Yang Perlukan Protein

Siapa Yang Perlukan Protein | JAGA BERAT BADAN
Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan orang yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah.

 Ambil lebih banyak protein untuk:
1. Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama.

2. Membantu mengawal pengambilan kalori2 untuk pengambilan makanan seterusnya.

3. Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggi
kadar metabolisme anda.



Siapa Yang Perlukan Protein
Siapa Yang Perlukan Protein

Siapa Yang Perlukan Protein | PENGGEMAR MANISAN
Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan. 

Ambil lebih protein untuk:
1. Menstabilkan paras gula dalam darah.

2. Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin.


Siapa Yang Perlukan Protein
Siapa Yang Perlukan Protein

Siapa Yang Perlukan Protein | PERTENGAHAN USIA
Apabila memasuki usia pertengahan, badan mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot adalah antara isu yang akan dialami.

Dan apabila kita semakin meningkat usia, otot semakin geleber dan tidak tegap seperti orang-orang muda lagi.

Jadi tubuh kita memerlukan protein untuk mengurangkan kesan-kesan penuaan yang kian ketara

Ambil lebih banyak protein untuk:
1. Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan.

2. Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.


Siapa Yang Perlukan Protein
Siapa Yang Perlukan Protein

Jom kita jaga diri kita supaya mudah untuk beribadah dan melakukan kerja-kerja harian dengan lancar

Baca juga




Siapa Yang Perlukan Protein



















 


Continue Reading

Tuesday, 16 March 2021

50 Soalan Mengenai ESP Shaklee

 

50 Soalan Mengenai ESP Shaklee
50 Soalan Mengenai ESP Shaklee



1. Apakah yang dimaksudkan Soya Non-GMO.

Soya Non GMO ialah soya yang tidak diubah genetiknya. Erti kata bahawa kacang soya ESP adalah bahan organik dan tidak mempunyai hormon tambahan. Jadi, ia dapat diserap oleh badan dengan sempurna

2. Bagaimana isoflavon dalam kacang soya dipercayai menyerupai hormon wanita?

Kerana bentuk molekul nya. Akan tetapi, tindak balas yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan jika dibandingkan dengan phytoestrogen.

3. Bagaimana ESP berfungsi untuk bantu ramai wanita yang mengandung?

ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi. Ia membantu dalam perkembangan bayi di dalam kandungan.

4. Bagaimana Soya ESP untuk bantu wanita yang ingin hamil.

ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi dan sangat diperlukan dalam memperbaharui sel-sel baru yang sihat (seperti Hormon untuk kesuburan & Sel-sel sistem pembiakan)

5. Soya tidak elok untuk lelaki. Adakah ia fakta atau auta?

Tiada kajian sahih yang membuktikan soya tidak boleh diambil oleh lelaki.

6. Bagaimana nak kenal pasti customer yang alergik kekacang sebab ada sesetengahnya tidak pernah tahu yang dia alergik soya? Selepas pembelian baru tau yang dia alergik soya

Sebaiknya buat pemeriksaan darah di klinik/hospital untuk mengesan elergik kepada sesuatu makanan

7. Dari segi perbidanan melayu, soya di katakan boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang sebab ia di kategorikan dalam kekacang. Betul ke?

Tiada kajian sahih yang membuktikan soya boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang.

8. Berapa sudu yg sepatutnya di ambil dalam sehari? Ada yang kata 3 sudu, ada kata 6 sudu sehari? Kalau melebihi kuantiti ESP yang di ambil, adakah ia memudaratkan?

Sukatan yang disarankan adalah 3 sudu besar setiap hari. Protein yang ada dalam ESP ialah 14gram bagi 1 hidangan. Individu biasanya memerlukan 50-60g protein setiap hari.Jadi, individu yang mengamalkan makanan sihat dan ditambah dengan ESP satu hidangan sudah mencukupi untuk keperluan badan.

9. Kenapa ambil ESP boleh jadi naik berat badan dan kenapa ada yang ambil boleh kurus?

Pengawalan berat badan perlu seimbang dengan kawal makan, senaman dan supplement berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengambilan supplement tanpa kawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurusnya dan menyebabkan berat naik. Jadi, kita perlu minum air banyak jika mengambil ESP agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik.

10. Untuk orang nak diet, bagaimanakah pengambilan ESP? Dan waktu bila perlu ambil ESP?

Boleh diambil sebagai meal replacement di waktu pagi , 3 jam selepas breakfast atau boleh diambil sebelum sarapan atau sebelum makan malam (pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah
dikawal).

11. Adakah ESP tidak boleh diambil bersama supplemen Shaklee
yang lain?

Boleh, tiada masalah.

12. Ada mitos kata soya tak bagus utk kesihatan lelaki dan perempuan, ada juga kata soya menyebabkan kulit bayi sensitif.

Tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan, malah, banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan.

13. Soya tidak baik utk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel-sel kanser (makanan sel kanser). Betul kah?

Soya dari sumber Non-GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak merbahaya. Soya ini juga dibasuh dengan air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat,
berkesan dan mesra alam

50 Soalan Mengenai ESP Shaklee
50 Soalan Mengenai ESP Shaklee


14. Bolehkan ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism, hyperthyroidism, pesakit buah pinggang yang belum atau sedang menjalani dialisis?

Untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doktor dahulu.

15. Adakah ESP penyebab bayi ruam?

Tidak

16. Adakah ESP menyebabkan tulang menjadi lemah. Jika ibu hamil mengambil adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?

Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium. Disarankan untuk ibu mengambil Ostematrix untuk menampung keperluan kalsium.

17. Sebenarnya, bolehkah wanita yang ada masalah Fibroid dan cyst mengamalkan vitamin berasaskan soya spt ESP? Jika tidak boleh, apakah cadangan terbaik untuk sumber protein mereka?

Untuk wanita yang mempunyai masalah cyst, sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen. Walaubagaimanapun, soya bukan penyebab kepada masalah cyst.

18. Bolehkah ibu yang menyusu anak g6pd ambil ESP dalam tempoh menyusu tu? Ada kesan sampingan pada bayi?

Ibu yang menyusu anak g6pd jika mengambil produk berasaskan soya hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Tidak digalakkan, kecuali di bawah kebenaran doktor.

19. Org gout boleh ambil ESP tak?

Boleh

20. Ibu menyusu yang minum ESP, adakah ia memberi kesan ke atas berat badan bayi? Adakah akan bertambah atau sebaliknya?

Bergantung pada pemakanan ibu dan anak

21. Bagaimana cara pengambilan ESP boleh membantu menaikkan berat badan?

ESP memberi kandungan amino asid yang lengkap kepada tubuh badan, dan ia dapat membantu dalam penghasilan otot. Kenaikan otot akan mempengaruhi berat badan.

22. Betulkah pada awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP kerana boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran.


Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatan hormon.

23. Apa kaitan minum ESP boleh putihkan kulit?

ESP adalah protein, asas pada bina sel. Apabila sel sihat, maka organ sihat, dan sistem tubuh badan akan turut sihat. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan positif pada sel-sel kulit.

24. Kanak-kanak boleh consume ESP tak? dan kalau boleh berapa sukatan sesuai untuk kanak?

Tidak digalakkan. Sebaiknya ambil Mealshake.

25. Berapa sukatan pengambilan ESP untuk pesakit diabeties?

Pengambilan seperti biasa. 1-2 kali sehari.

50 Soalan Mengenai ESP Shaklee
50 Soalan Mengenai ESP Shaklee


26. Apakah bukti yang soya ESP adalah non-gmo?

ESP dihasilkan di bawah Identity Preservative Program (IPP), dimana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga ke pemprosesan. Ia adalah pihak ke-3 yang akan memastikan.

27. Pengambilan Esp dikatakan bantu kenyang lebih lama, tapi kenapa ada yang lepas sejam dua dah lapar? Adakah ada kesilapan dalam pengambilan?

Pengambilan ESP adalah 3 sudu besar bersamaan 149 protein (105kcal). Proses penyerapan protein setiap individu berbeza. Sekitar 5-99 setiap jam. Jadi dlm masa 3-4 jam sudah berasa lapar jika individu itu hanya minum ESP semata-mata. Dinasihatkan makan pada kalori rendah dan ditambah dengan ESP.

28. ESP dikatakan bagus untuk pesakit gastrik. kenapa? Adakah ia disebabkan ESP mempunyai unsur kalsium ?

Ya betul. ESP mengandungi kalsium 500mg bagi setiap hidangan.

29. Bagaimana ESP dikatakan membantu wanita yang menopause.

Wanita menopause adalah disebabkan oleh level hormone estrogen yang turun secara mendadak. Soya yang mengandungi isoflavons dapat membantu dalam mengawal penurunan hormon ini.

30. ESP yang sudah expired sebab jarang ambil still boleh consume ke?

Disarankan untuk tidak minum selepas expiry date.

31.Betulkah kesesuaian pengambilan ESP adalah mengikut darah?Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?

Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh tidak membuktikan ia boleh menyebabkan kegemukan untuk orang berdarah B.

32. Betul ke ESP tak boleh di minum oleh pesakit Cyst disebabkan kandungan soya di dalam ESP?

Soya bukan penyebab kepada penyakit Cyst, tetapi pesakit Cyst hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa sulpemen.

33. Ibu yang tiada eczema masih menyusukan bayinya akan menyebabkan bayinya itu eczema sekiranya ibu mengambil ESP. Betul ke?

Tidak. Kecuali jika bayi tersebut mempunyai elergik kepada soya. Tetapi keberangkalian adalah rendah.

34. Adakan ESP mengandungi soy isoflavon yg boleh menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dalam badan wanita?

Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormon original yang terdapat dalam badan. Jadi, ia tidak mengganggu tahap keabnormalan hormon.

35. Betul ke ambil ESP berlebihan boleh rosak buah pinggang?

Kerosakan buah pinggang bukan disebabkan oleh factor pengambilan soya, tetapi daripada pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan di dalam badan

36. Siapa yang memang tak boleh ambil ESP?

Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu, bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor untuk pesakit yang menghidap kanser, g6pd, thyroid dan sebagainya.

37. Berapakah sukatan pengambilan ESP sehari bagi ibu hamil dan ibu
menyusu?

Disarankan pengambilan 3 sudu minimum sehari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu ikut keperluan badan.

38. Adakah kegatalan badan selepas consume ESP sebagai healing crisis?
Atau alahan kepada kacang soya? Berapa lama biasa nya healing crisis utk pengguna ESP?

Kebarangkalian itu ada. Pantau untuk 2-3 minggu. Banyakkan minum air. Sebaiknya buat pemeriksaan untuk lihat tahap alergik pada makanan. Jika tidak, minum air kosong secukupnya setiap hari

39. Betul ke ambil ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama makan boleh dapatkan kulit yang cerah?

ESP bukan ubat tapi supplement. Ia bertindak untuk bina sel dan apabila sel sihat, maka organ dan sistem badan turut sihat. Selain itu, boleh ambil vitamin C, E dan Kolagen untuk kulit.

40. Kenapa ada ESP berasa pahit?

ESP tidak pahit. Sila report kepada pihak Shaklee jika ada sebarang keraguan.

41. Adakah ESP boleh menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan demam
panas?

Bergantung pada individu. Tiada masalah setakat ini sejak ESP dikenalkan sejak 1961. Jika semakin teruk, disarankan untuk dapatkan rawatan dari doktor.


50 Soalan Mengenai ESP Shaklee
50 Soalan Mengenai ESP Shaklee


42. Bolehkah ESP diambil oleh pesakit yang disyaki denggi?

Boleh. Tiada masalah. Pada masa yang sama, pesakit denggi hendaklah minum air secukupnya.

43. Pesakit psiorisis perlukah ambil ESP dan apa kebaikannya?

Untuk autoimmune, perlu dapatkan nasihat doktor.

44. Kenapa selepas minum ESP, ada yang membuatkan orang rasa bloated
dan naik angin?

Dikhuatiri kurang makan dan kurang air. Banyak faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul, dan cukupkan pengambilan air kosong.

45. Sekiranya ibu hamil memang ambil ESP dari sebelum hamil, tapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu minum ESP lagi, adacara minum yang sesuai tak?

Minum ESP dengan mencampurkan dengan minuman lain seperti jus buah-buahan.

46. Protein dikatakan penggalak kanser. Bolehkah pesakit kanser minum
ESP?

Boleh atas nasihat doktor. Jika ada penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen.

47. Jerawat akan tumbuh setiap kali saya makan kacang. Adakah selamat sekiranya saya minum ESP?

Boleh buat pemerhatian terlebih dahulu, kerana mungkin ada healing crisisnya. Produk Shaklee sentiasa selamat. Namun penerimaan setiap individu kesannya berbeza mengikut tahap kesihatan setiap orang

48. Abang saya ada asthma. Ambik ESP terus trigger asthma.

Kemungkinan abang puan ada masalah alahan pada makanan tertentu juga, sila buat pemeriksaan doktor dahulu

49. Bagaimana cara makan ESP yang betul untuk elak berat badan naik?

Boleh diambil sebagai meal replacement di waktu pagi , 3 jam selepas breakfast atau boleh diambil sebelum sarapan atau sebelum makan malam (pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah dikawal).

50. Adakah ESP boleh menyebabkan kegemukkan setelah ditinggalkan atau apabila dah tak ambil?

Pengawalan berat badan perlu seimbang dengan kawal makan, senaman dan supplement berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengambilan supplement tanpa kawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurusnya dan menyebabkan berat naik. Jadi, kita perlu minum air banyak jika mengambil ESP agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik.




Continue Reading