Sunday, 10 November 2019

Resepi Sambal Ketuk Jawa

Mesti ramai pembaca blog mommy gemar makan yang pedas-pedas kan?

Nak tak kalau mommy kongsi resepi sambal ketuk jawa versi mommy, sedap mudah dan senang dimasak.

Ikut korangla, korang nak tumbuk ke, nak kisar ke, dua-dua boleh janji masuk perut dan sedap bila di makan.

Mommy hanya tumbuk bila mood rajin sampai dan tak kelam kabut bila nak sediakan makanan.

Kalau rasa nak buat niaga, boleh silakan tak kisah pun. Mommy hanya kongsi je dengan korang

Resepi Sambal Ketuk Jawa

- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili padi ( boleh campur)
- Ikan bilis
- Asam jawa
- Garam
- Perasa

Cara-cara memasak
- Tumbuk atau kisar semua bahan di atas
- Goreng dengan minyak yang mencukupi, dan pastikan betul-betul masak, bila dah yakin masak, masukkan sedikit asam jawa, garam dan perasa


Resepi Sambal Ketuk Jawa
Resepi Sambal Ketuk Jawa


Simple je kan, kenapa tak letak gula, kalau manis nanti hilang rasa sedap dia


Selamat mencuba

4 comments:

  1. Aslm sis..Sukatan bahannya byk mana ya.Tqq

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam, saya tak ikut sukatan, semua bahan campak2 je, ikut selera masing2, saya masak apa pun tak pernah sukat hihihi

    ReplyDelete
  3. Wahhhh! Da lama xbuat sambal niii.. dah terbayang2 rasa diaaaa 😋

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang anda beri :)