Friday, 20 September 2019

Makanan punca jerawat


Ramai yang menganggap makanan bukan punca masalah jerawat yang kita alami,tetapi ada juga yang bersetuju bahawa makanan ini merupakan punca jerawat.

Menurut Dr Haseenah Hassan yang merupakan pakar jerawat dan jeragat, kedua-duanya betul kerana ianya bergantung kepada bagaimana tubuh seseorang memberi reaksi terhadap makanan yang dimakan.

Menurut beliau, sesetengah individu menghadapi alahan kepada makanan berkacang dan ada pula yang alah terhadap makanan berminyak, tetapi tidak semua orang mempunyai kesan reaksi yang sama.

Jadi untuk mengetahui makanan apa yang memberi reaksi kepada kulit, kita perlu ingat apa yang kita makan dan peka kepada makanan tersebut agar kita tidak mengambil makanan itu lagi.

Jom kita lihat antara makanan yang menyebabkan reaksi kulit pada jerawat:-



1. UDANG DAN MAKANAN LAUT
  • Iodium yang terkandung dalam udang dan makanan laut dapat menghasilkan iritasi pada folikel rambut dan kelenjar Sebaceous ( Sebaceous Gland). Produksi minyak wajah jadi meningkat apabila diambil secara berlebihan


Makanan punca jerawat

2. MAKANAN SEGERA
  • Makanan segera biasanya mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi selain turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan bahan pengawet.


Makanan punca jerawat

3. KUNING TELUR
  • Kuning telur mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan pertumbuhan jerawat secara mendadak.


Makanan punca jerawat

4. MINUMAN BERALKOHOL
  • Minuman beralkohol akan mengakibatkan dehidrasi. Jerawat mudah tumbuh sekiranya badan kita mengalami dehidrasi dan kekeringan.


Makanan punca jerawat

5. MAKANAN BERGORENG
  • Bagi mereka yang mengalami kulit bermasalah atau berjerawat, makanan yang berminyak seharusnya dielakkan supaya tidak naik jerawat.


Makanan punca jerawat

6. GARAM BERLEBIHAN
  • Pengambilan garam secara berlebihan akan menyebabkan badan kehilangan banyak air sekaligus mengakibatkan kekeringan pada kulit.


Makanan punca jerawat

7. PRODUK TENUSU
  • Sesetengah susu lembu yang dijual mengandungi suntikan hormon oleh para penternak bagi menghasilkan susu dengan banyak. Hormon ini mampu memberi kesan kepada kulit kita


Makanan punca jerawat

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang anda beri :)