Wednesday, 18 September 2019

Pengalaman Mengandung


Setiap wanita yang berkahwin semestinya menginginkan zuriat dan itu adalah saat yang di nantikan oleh setiap wanita. Tiada kata-kata yang dapat digambarkan rasa kesyukuran dan kegembiraan saat yang di tunggu-tunggu hadir akhirnya.

Namun hakikatnya kehamilan bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang ibu hamil perlu hadapi selama hamil sembilan bulan.

Setiap kehamilan yang seseorang wanita mereka mengalami ragam yang berbeza-beza, dan tidak sama. Ini kerana setiap kali wanita itu hamil mereka akan mengalami perubahan hormon dan itu juga menyumbang kepada semua perubahan diri wanita hamil. Pada kebiasaannya perubahan hormon ini dialami hanya pada trimister pertama atau sehingga 10 minggu kehamilan. Dan ianya akan hilang bila masuk trimester ke dua dan sehingga bersalin. 

Jom kita lihat apa antara pengalaman-pengalaman atau cabaran-cabaran yang biasanya wanita hamil alami dan juga tip-tip untuk mengatasinya.


Pengalaman Mengandung

1. KEKEJANGAN KAKI
  • Biasanya berlaku pada waktu malam dan pada lewat kehamilan. Ia boleh disebabkan oleh berat badan yang berlebihan yang anda tampung, kekurangan nutrisi, terlalu aktif atau tidak cukup aktif.
TIPS UNTUK ATASI
  • Alaskan kaki dengan bantal
  • Buat regangan, gerakkan pergelangan kaki dan jari kaki anda.
  • Kekalkan hidrasi dengan mengambil air yang mencukupi
  • Pastikan pengambilan kalsium dan magnesium yang mencukupi

Pengalaman Mengandung

2. BERAT BADAN YANG BERLEBIHAN
  • Berapakah berat yang anda perlu tambah untuk sepanjang kehamilan.
  • Lihat pada BMI didalam gambarajah tersebut dan berapakah BMI anda sebelum hamil dan berapa jumlah berat badan yang perlu anda tambah untuk sepanjang kehamilan.
TIPS UNTUK ATASI
  • Makan hidangan kecil dan kerap
  • Pilih makanan ringan yang sihat seperti protein dan buah
  • Anda hanya perlukan tambahan 300 kalori sahaja sehari.


Pengalaman Mengandung
3. KEGUGURAN RAMBUT
  • Sesetengah wanita mengalami keguguran rambut akibat perubahan hormon atau nutrisi yang tidak seimbang
TIPS UNTUK ATASI
  • Gunakan syampu dan perapi rambut yang lembut.
  • Urutkan kulit kepala anda untuk merangsang peredaran darah pada kepala.
  • Amalkan pemakanan sihat dan ambil vitamin pranatal anda seperti protein, zat besi, biotin, vitamin B dan Vitamin C
TAHUKAH ANDA NUTRISI PRANATAL BOLEH MEMBERIKAN PERLINDUNGAN UNTUK FOLIKEL RAMBUT ANDA DAN MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN RAMBUT


Pengalaman Mengandung

4. PERUBAHAN EMOSI
  • Perubahan emosi boleh disebabkan oleh peningkatan hormon, tekanan dan keletihan. Ingat, kesihatan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal anda semasa hamil.
TIPS UNTUK ATASI
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Luangkan masa dengan pasangan nda.
  • Cuba senaman yoga untuk ibu hamil.
  • Ambil vitamin pranatal anda seperti Vitamin B, Zat besi dan asid lemak


Pengalaman Mengandung

5. JISIM TULANG BERKURANGAN
  • Semasa hamil, bayi dalam kandungan anda perlukan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan rangka tulang terutamanya pada 3 bulan yan g terakhir. Jika anda tidak mendapatkan kalsium yang mencukupi, bayi anda akan menyerap apa yang diperlukannya dari tulang anda.
TIPS UNTUK ATASI
  • Amalkan gaya hidup yang sihat, jangan merokok atau minum minuman keras
  • Lakukan senaman ringan
  • Dapatkan kalsium dan mineral pembina tulang


Pengalaman Mengandung

6. MABUK HAMIL
  • Cabaran yang dialami terutamanya pada peringkat awal kehamilan dan biasanya akan berlaku pada akhir trimester pertama. Ia disebabkan oleh perubahan hormon dan boleh menjejaskan pemakanan anda.
TIPS UNTUK ATASI
  • Makan sedikit tapi kerap
  • Jika muntah,ambil air yang mencukupi.
  • Cuba teh pudina halia
  • Ambil vitamin pranatal anda terutamanya vitamin B8 dan magnesium untuk bantu mengurangkan mabuk hamil anda


Pengalaman Mengandung

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera dibawah atau klik saja whatsapp tu

Cabaran ketika hamil





0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang anda beri :)