Sunday, 15 September 2019

Apa itu jerebu


Jerebu ialah satu keadaan atmosfera di mana debu, habuk, asap dan zarah-zarah mencemar langit dan ianya tidak jelas kelihatan. 
Pertubuhan Meteorologi Sedunia termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk, pasir dan salji. 
Keadaan atau situasi ini biasanya terjadi jika zarah habuk, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. 
Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin juga boleh menyebabkan masalah pernafasan seseorang.
Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.


Apa itu jerebu


Apabila partikel-partikel ini terjadi dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran matahari ke bumi. Oleh sebab itu keadaan jerebu ini mengurangkan atau mengaburkan pandangan mata kasar.

Apa itu jerebu


Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
Apa itu jerebu



JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit Asma
  • Pesakit Bronkitis
  • Radang paru-paru
  • Penyakit paru-paru yang kronik
  • Masalah jantung
  • Mengalami alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.


Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


Apa itu jerebu

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak iaitu 8 gelas sehari

Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )

Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Apa itu jerebu




0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang anda beri :)