Friday, 20 September 2019

Makanan punca jerawat


Ramai yang menganggap makanan bukan punca masalah jerawat yang kita alami,tetapi ada juga yang bersetuju bahawa makanan ini merupakan punca jerawat.

Menurut Dr Haseenah Hassan yang merupakan pakar jerawat dan jeragat, kedua-duanya betul kerana ianya bergantung kepada bagaimana tubuh seseorang memberi reaksi terhadap makanan yang dimakan.

Menurut beliau, sesetengah individu menghadapi alahan kepada makanan berkacang dan ada pula yang alah terhadap makanan berminyak, tetapi tidak semua orang mempunyai kesan reaksi yang sama.

Jadi untuk mengetahui makanan apa yang memberi reaksi kepada kulit, kita perlu ingat apa yang kita makan dan peka kepada makanan tersebut agar kita tidak mengambil makanan itu lagi.

Jom kita lihat antara makanan yang menyebabkan reaksi kulit pada jerawat:-



1. UDANG DAN MAKANAN LAUT
  • Iodium yang terkandung dalam udang dan makanan laut dapat menghasilkan iritasi pada folikel rambut dan kelenjar Sebaceous ( Sebaceous Gland). Produksi minyak wajah jadi meningkat apabila diambil secara berlebihan


Makanan punca jerawat

2. MAKANAN SEGERA
  • Makanan segera biasanya mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi selain turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan bahan pengawet.


Makanan punca jerawat

3. KUNING TELUR
  • Kuning telur mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan pertumbuhan jerawat secara mendadak.


Makanan punca jerawat

4. MINUMAN BERALKOHOL
  • Minuman beralkohol akan mengakibatkan dehidrasi. Jerawat mudah tumbuh sekiranya badan kita mengalami dehidrasi dan kekeringan.


Makanan punca jerawat

5. MAKANAN BERGORENG
  • Bagi mereka yang mengalami kulit bermasalah atau berjerawat, makanan yang berminyak seharusnya dielakkan supaya tidak naik jerawat.


Makanan punca jerawat

6. GARAM BERLEBIHAN
  • Pengambilan garam secara berlebihan akan menyebabkan badan kehilangan banyak air sekaligus mengakibatkan kekeringan pada kulit.


Makanan punca jerawat

7. PRODUK TENUSU
  • Sesetengah susu lembu yang dijual mengandungi suntikan hormon oleh para penternak bagi menghasilkan susu dengan banyak. Hormon ini mampu memberi kesan kepada kulit kita


Makanan punca jerawat

Continue Reading

Wednesday, 18 September 2019

Pengalaman Mengandung


Setiap wanita yang berkahwin semestinya menginginkan zuriat dan itu adalah saat yang di nantikan oleh setiap wanita. Tiada kata-kata yang dapat digambarkan rasa kesyukuran dan kegembiraan saat yang di tunggu-tunggu hadir akhirnya.

Namun hakikatnya kehamilan bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang ibu hamil perlu hadapi selama hamil sembilan bulan.

Setiap kehamilan yang seseorang wanita mereka mengalami ragam yang berbeza-beza, dan tidak sama. Ini kerana setiap kali wanita itu hamil mereka akan mengalami perubahan hormon dan itu juga menyumbang kepada semua perubahan diri wanita hamil. Pada kebiasaannya perubahan hormon ini dialami hanya pada trimister pertama atau sehingga 10 minggu kehamilan. Dan ianya akan hilang bila masuk trimester ke dua dan sehingga bersalin. 

Jom kita lihat apa antara pengalaman-pengalaman atau cabaran-cabaran yang biasanya wanita hamil alami dan juga tip-tip untuk mengatasinya.


Pengalaman Mengandung

1. KEKEJANGAN KAKI
  • Biasanya berlaku pada waktu malam dan pada lewat kehamilan. Ia boleh disebabkan oleh berat badan yang berlebihan yang anda tampung, kekurangan nutrisi, terlalu aktif atau tidak cukup aktif.
TIPS UNTUK ATASI
  • Alaskan kaki dengan bantal
  • Buat regangan, gerakkan pergelangan kaki dan jari kaki anda.
  • Kekalkan hidrasi dengan mengambil air yang mencukupi
  • Pastikan pengambilan kalsium dan magnesium yang mencukupi

Pengalaman Mengandung

2. BERAT BADAN YANG BERLEBIHAN
  • Berapakah berat yang anda perlu tambah untuk sepanjang kehamilan.
  • Lihat pada BMI didalam gambarajah tersebut dan berapakah BMI anda sebelum hamil dan berapa jumlah berat badan yang perlu anda tambah untuk sepanjang kehamilan.
TIPS UNTUK ATASI
  • Makan hidangan kecil dan kerap
  • Pilih makanan ringan yang sihat seperti protein dan buah
  • Anda hanya perlukan tambahan 300 kalori sahaja sehari.


Pengalaman Mengandung
3. KEGUGURAN RAMBUT
  • Sesetengah wanita mengalami keguguran rambut akibat perubahan hormon atau nutrisi yang tidak seimbang
TIPS UNTUK ATASI
  • Gunakan syampu dan perapi rambut yang lembut.
  • Urutkan kulit kepala anda untuk merangsang peredaran darah pada kepala.
  • Amalkan pemakanan sihat dan ambil vitamin pranatal anda seperti protein, zat besi, biotin, vitamin B dan Vitamin C
TAHUKAH ANDA NUTRISI PRANATAL BOLEH MEMBERIKAN PERLINDUNGAN UNTUK FOLIKEL RAMBUT ANDA DAN MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN RAMBUT


Pengalaman Mengandung

4. PERUBAHAN EMOSI
  • Perubahan emosi boleh disebabkan oleh peningkatan hormon, tekanan dan keletihan. Ingat, kesihatan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal anda semasa hamil.
TIPS UNTUK ATASI
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Luangkan masa dengan pasangan nda.
  • Cuba senaman yoga untuk ibu hamil.
  • Ambil vitamin pranatal anda seperti Vitamin B, Zat besi dan asid lemak


Pengalaman Mengandung

5. JISIM TULANG BERKURANGAN
  • Semasa hamil, bayi dalam kandungan anda perlukan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan rangka tulang terutamanya pada 3 bulan yan g terakhir. Jika anda tidak mendapatkan kalsium yang mencukupi, bayi anda akan menyerap apa yang diperlukannya dari tulang anda.
TIPS UNTUK ATASI
  • Amalkan gaya hidup yang sihat, jangan merokok atau minum minuman keras
  • Lakukan senaman ringan
  • Dapatkan kalsium dan mineral pembina tulang


Pengalaman Mengandung

6. MABUK HAMIL
  • Cabaran yang dialami terutamanya pada peringkat awal kehamilan dan biasanya akan berlaku pada akhir trimester pertama. Ia disebabkan oleh perubahan hormon dan boleh menjejaskan pemakanan anda.
TIPS UNTUK ATASI
  • Makan sedikit tapi kerap
  • Jika muntah,ambil air yang mencukupi.
  • Cuba teh pudina halia
  • Ambil vitamin pranatal anda terutamanya vitamin B8 dan magnesium untuk bantu mengurangkan mabuk hamil anda


Pengalaman Mengandung

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera dibawah atau klik saja whatsapp tu

Cabaran ketika hamil





Continue Reading

Sunday, 15 September 2019

Minyak Ikan Omega-3 Membantu Menurunkan Berat Badan

Minyak ikan merupakan supplement yang sangat dikenali di pasaran. Dan hampir disetiap rumah mempunyai minyak ikan ini, yang mana ianya kaya dengan lemak ikan omega-3 dan ianya sangat bagus untuk jantung dan kesihatan otak, mengurangkan risiko depression juga emmberikan kita kulit yang sihat.

Kajian juga mendapati yang omega-3 ini juga membantu kita untuk mengurangkan berat badan dengan mudah.

Bagaimana?

1.Rasa kenyang yang lebih lama.
  • Omega-3 membantu kita mengurangkan berat badan salah satunya adalah mengurangkan rasa lapar dan tidak berasa nak makan, yang mana ianya sangat ebrguna untuk mereka dalam diet program
Minyak Ikan Omega-3 Membantu Menurunkan Berat Badan

2.Meningkatkan metabolisma badan.
  • Dengan pengambilan minyak ikan juga dapat membantu kita untuk meningkatkan metabolisma badan, yang mana dengan peningkatan metabolisma badan ianya membantu kita membakar kalori dengan lebih cepat. Lagi tinggi metabolik rate badan kita, lagi banyak kalori yang akan kita bakar dan lagi mudah untuk kita mengurangkan berat badan.
Minyak Ikan Omega-3 Membantu Menurunkan Berat Badan

3.Membakar lemak dengan cepat ketika bersenam
  • Kajian juga mendapati yang pengambilan omega-3 ini juga membantu pembakaran kalori  dan lemak dengan cepat ketika bersenam.
Minyak Ikan Omega-3 Membantu Menurunkan Berat Badan

4.Menghilangkan lemak dan ukuran inchi pada badan
  • Minyak ikan juga membantu mengurangkan ukur lilit pada badan kita. kadangkala berat pada penimbang boleh meragukan kita, jadinya kita digalakkan untuk membuat ukur lilit sebelum memulakan program diet, sesetengah orang turun berat badan tetapi ukut lilit statik saja, sesetnengah orang berat tidak turun akan tetapi ukur lilitnya berkurangan. Tidak semua orang sama. 
Minyak Ikan Omega-3 Membantu Menurunkan Berat Badan


Jom sama-sama sihat bersama omega-3. dan Omega-3 shaklee adalah Omega Guard.

Berita baiknya Omega Guard Shaklee ini juga sesuai diambil oleh ibu hamil, ibu berpantang dan juga ibu menyusu, kerana Omega Guard Shaklee ini sangat meluas manfaatnya.

Boleh hubungi saya di nombor yang tertera atau klik sahaja simbol whatsapp di blog ini
Terima kasih

Minyak Ikan Omega-3 Membantu Menurunkan Berat Badan

Continue Reading

Apa itu jerebu


Jerebu ialah satu keadaan atmosfera di mana debu, habuk, asap dan zarah-zarah mencemar langit dan ianya tidak jelas kelihatan. 
Pertubuhan Meteorologi Sedunia termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk, pasir dan salji. 
Keadaan atau situasi ini biasanya terjadi jika zarah habuk, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. 
Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin juga boleh menyebabkan masalah pernafasan seseorang.
Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.


Apa itu jerebu


Apabila partikel-partikel ini terjadi dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran matahari ke bumi. Oleh sebab itu keadaan jerebu ini mengurangkan atau mengaburkan pandangan mata kasar.

Apa itu jerebu


Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
Apa itu jerebu



JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit Asma
  • Pesakit Bronkitis
  • Radang paru-paru
  • Penyakit paru-paru yang kronik
  • Masalah jantung
  • Mengalami alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.


Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


Apa itu jerebu

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak iaitu 8 gelas sehari

Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )

Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Apa itu jerebu




Continue Reading

Apa Itu Mindful Eater

Makan adalah aktiviti ataupun rutin harian kita yang semestinya kita lakukan pada setiap hari, sarapan, minum pagi, makan tengah hari,minum petang dan makan malam.

Seringkali kali kita sedar apa yang kita makan dan berapa banyak kita makan ketika kita melakukan pelbagai kerja.

Keadaan ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang kita tidak sedari

Apa itu Mindful Eater atau makan secara sedar?
Kita perlu tahu bahawa makan merupakan sesuatu yang kompleks yang melibatkan fikiran dan organ pencernaan.
Dan kebiasaannya akan mengambil masa 20minit selepas makan untuk kita berasa kenyang,jika makan terlalu cepat ianya akan melambatkan rasa kenyang kita dan itu akan menyebabkan kita makan secara berlebihan

Oleh kerana itulah kita perlu makan secara sedar atau Mindfull Eater iaitu kita perlu makan secara sedar untuk kita menikmati dan memerhatikan apa yang kita makan,berapa banyak amaun makanan yang kita ambil.

Jika kita makan secara sedar kita mampu untuk mengenali dan mengatasi emosi dan sensasi seperti lapar atau kenyang.

Jom kita lihat antara langkah-langkah bagaimana untuk kita menjadi mindful eater atau makan secara sedar itu





1.MAKAN SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN DALAM MENU DIET
  • Amalkan pemakanan sihat dengan menambah menu syuran dan buah-buahan supaya badan kita mendapat khasiat yang sepatutnya.




2. HARGAI MAKANAN YANG DIHIDANGKAN
  • Mulakan dengan bacaan doa supaya segala apa yang dimakan diberkati dan membari manfaat kepada tubuh kita. Niatkan juga supaya tubuh menjadi sihat.



3. GUNAKAN 5 DERIA
  • Elakkan makn sambil menonton TV atau Handphone. Sebaiknya kita menggunakan 5 deria rasa untuk menikmati makanan yang dihidangkan. Ini salah satu cara utnuk kita menghargai makanan.



4. HIDANG SECARA SEDERHANA
  • Hidang makanan secara sederhana. Pilih bahagian yang lebih kecil bagi mengelakkan kita makan secara berlebihan. Ia juga membantu mengurangkan pembaziran apabila makanan tidak dihabiskan. Gunakan pinggan yang kecil, tidak lebih daripada 9 inci, dan hanya mengisi sekali shaja boelh membantu kita makan lebih sederhana.



5. MAKAN DENGAN PERLAHAN
  • Makan dengan perlahan membantu otak kita memberi seignal bahawa perut kita sudah "hampir penuh" supaya kita dapat berhenti makan terlalu banyak. Kita digalakkan berhenti makan sebelum kenyang supaya kita tidak terlebih makan.



6. MAKAN SEDIKIT DALAM SATU MASA
  • Memilih gigitan yang lebih kecil dan mengunyah dengan lebih kerap dapat membantu diri kita merasai apa yang kita makan. Ia juga boleh membantu meningkatkan pencernaan, kerana proses memcahkan makanan tadi bermula dengan enzim didalam mulut. Mengunyah dengan baik membolehkan lidah dan lelangit kita merasai makanan dengan lebih baik.



7. JANGAN SKIP MAKAN
  • Apabila kita skip makan, ia membuatkan otak kita sukar membuat pilihan yang bijak. Disaat kita rasa terlampau lapar, ia membuatkan otak kita untuk mengambil makanan secara berlebihan. Ini antara faktor kenapa kita terlebih makan




Bila kita mengamalkan mindful eating ini sebenarnya dapat membantu kita menurunkan berat badan,
Ubah cara kita fikir ketika makan dan makan secara sedar. Dengan cara ini kita akan dapat mengawal apa yang kita makan dan penurunan berat badan juga akan berkesan.

Sebelum makan fikir dahulu adakah kita betul-betul lapar atau sekadar teringin makan sesuatu atau melihat orang makan kita juga ingin makan walhal kita baru saja makan. Fikirkan sejenak.


Sekian perkongsian hari ini

Assalamualaikum

Continue Reading

Soalan Mengenai Vivix


Ramai yang tertanya-tanya dan kami kerap menerima beberapa soalan lazim mengenai Vivix dari para pelanggan-pelanggan kami. 

Jadi disini mommy letakkan antara soalan-soalan yang sering ditanya kepada kami dan kepada para agen-agen shaklee

Di bawah ini adalah antara soalannya dan jawapan didalam poster :-


Soalan Mengenai Vivix

1. Apa itu Vivix?
  • Vivix merupakan minuman botaninlazat yang mengandungi campuran botani anggur Muscadine,Ekstrak Elderberi Eropah, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Lobak Ungu.

2. Apa yang membuatkan minuman Vivix ini berbeza dengan produk lain?
  • Kemajuan sains Shaklee dan campuran proprietari berasakan anggur muscadine-salah satu daripada buah yang paling jarang didapati dan ahan lasak. Anggur muscadine mengandungi polifenol lengkap yang tidak terdapat dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain,muscadine mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang lebih baik, apabila digabungkan dengan polifenol lain akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa.
  • Di Shaklee, kami memanfaatkan kelebihan anggur muscadine dalam setiap botol vivix menggunakan proses pengekstrakan yang dipatenkan yang menumpukan dan mengekalkan kandungan bioaktif polifenol.

3. Siapakah yang boleh minum Vivix ini?
  • Vivix direka untuk orang dewasa yang mementingkan kesihatan penuaan secara sihat dan kesejahteraan, Vivix tidak disarankan bagi wanita hamil atau menyusui atau sesiapa yang berusia 18tahun kebawah.

4. Berapa banyak perlu diambil setiap hari?
  • Satu sudu teh sehari.


Soalan Mengenai Vivix

5. Apa yang membuatkan anggur muscadine berbeza dengan anggur yang lain?
  • Anggur Muscadine juga boleh membiak dalam persekitaran yang bahaya; profil fenolik mereka memberikan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, kelembapan yang berlebihan dan suhu yang melampau sementara anggur lain mudah rosak dalam persekitaran seperti ini

6. Apa itu polifenol ?
  • Istilah polifenol digunakan untuk menggambarkan sekumpulan sebatian semula jadi yang ditemui sebahagianbesarnya dalam buah-buahan, buah beri, dan sayuran yang mempunyai manfaat antioksida dan potensi kesan perlindungan terhadap penuaan sel. Malah, penyelidikan baru menunjukkan bahawa polifenol boleh memberikan pelbagai kesan biologi terhadap kesihatan manusia

7. Bilakah saya harus mengambil vivix?

  • Ambil vivix setiap hari, sebaik-baiknya dengan hidangan seperti sarapan pagi atau makan tengah hari. Goncangkan sebelum mengambil hidangan yang diyorkan setiap hari.

Soalan Mengenai Vivix

8. Bolehkah saya ambil lebih 1 sudu Vivix sehari?
  • Menurut penyelidikan terkini, tidak terdapat manfaat tambahan daripada mengambil lebih daripada hidangan yang disyorkan satu sudu teh setiap hari.

9. Bolehkah saya ambil Vivix bersama supplement shaklee yang lain?
  • Vivix bolehh diambil bersama semua makanan tambahan shaklee

10. Adakah terdapat langkah berjaga-jaga?
  • Tidak ada interaksi yang diketahui


Soalan Mengenai Vivix

11. Adakah Vivix mengandungi alkohol?
  • Vivix tidak mengandungi alkohol

12. Adakah Vivix disahkan halal?
  • Ya, Vivix diikitiraf halal oleh Islamic Services Of America ( ISA ), badan pemilihan halal asing yang diiktirafoleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia ( JAKIM )

13. Adakah Vivix didaftarkan dibawah  NPRA (Badan Pengawal seliaan Farmaseutikal Kebangsaan)
  • Tidak, Produk ini diklasifikasikan sebagai makanan dan berada dibawah seliaan Jabatan dan Kualiti Makanan Malaysia (FSQD ) 

14. Kenapa saya perlu simpan Vivix didalam peti sejuk selepas dibuka? 
  • Penyejukan selepas dibuka akan membantu mengekalkan kesegaran, warna dan bahan aktif yang optimum dalam produk


Soalan Mengenai Vivix

Harap jawapan yang diberi segalanya dapat menjawab segala persoalan yang terpendam selama ini,

Jika terdapat pertanyaan atau ingin membeli boleh hubungi saya Hidayah Mosni pada nombor yang tertera dibawah atau klik saja pada gambar whatsapp yang tertera, terima kasih

Soalan Mengenai Vivix




Continue Reading

Friday, 13 September 2019

Testimoni nutriferon


Di Shaklee Nutriferon ini adalah antara yang lama dikaji sebelum ianya dikeluarkan, selama bertahun-tahun Dr Yasuhiko Kojima dan rakan sejawatnya mencari bahan-bahan semulajadi yang berkesan untuk pengguna-pengguna Nutriferon Shaklee

Bahan-bahan Nutriferon terdiri dari Bunga Japanese Honeysuckle, Biji Labu, Biji Plantago dan Bunga Safflower

Para pengkaji ini mendapati dan telah mengenal pasti interferon sebagai komponen utama yang memastikan fungsi sistem imun yang kuat.

Jom lihat beberapa testimoni yang saya ingin kongsikan dengan anda : 



Testimoni Nutriferon

Testimoni Nutriferon

Testimoni Nutriferon

Testimoni Nutriferon

Untuk lebih lanjut sila klik Apa Itu Nutriferon dan Kenapa Kita Mudah Sakit 

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau untuk tujuan pembelian boleh hubungi nombor yang tertera dibawah atau klik pada gambar whatsapp tersebut

Testimoni Nutriferon






Continue Reading

Kenapa Kita Mudah Sakit


Kenapa kita mudah jatuh sakit?

Kerap demam

Kerap selsema

Kerap MC

Kerap berjangkit dari orang lain, kadang-kadang mak demam satu rumah pun semua terkena demam?
kenapa macam itu?

Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa sesetngah orang lebih mudah dan kerap jatuh sakit? Sedangkan ada yang jarang dijangkiti atau jarang sakit?

Sebenarnya badan kita bergantung kepada sistem pertahanan ( imun sistem ) untuk melindungi tubuh kita secara semula jadi daripada dijangkiti kuman seperti bakteria, virus seperti demam, selsema dan H1NI.

Allah telah menciptakan kita manusia dengan sistem pertahanan sendiri ynag mana tubuh kita mampu untuk melawan segala jenis virus, bakterian dan kuman yang masuk dalam tubuh kita.

Sekiranya kita mempunyai sistem imun badan yang tinggi, kita tidak perlu mengambil sebarang ubatan untuk melawan semua virus atau bakteria yang masuk ke dalam badan kita.

Jom kita lihat, anta faktor-faktor atau penyebab-penyebab yang menyebabkan kita mudah jatuh sakit, atau yang menyebabkan sistem imun badan kita lemah, jom baca






Kenapa Kita Mudah Sakit


Kenapa Kita Mudah Sakit

1.) MEREKA YANG KERAP MENGEMBARA
  • Pendedahan kepada kuman dari jarak yang dekat serta berada di dalam persekitaran yang tertutup, bernafas dalam udara yang sama, kesan jet lag dan keletihan daripada perjalanan pergi dan balik dari lapangan terbang " menghentikan " gen yang berkaitan dengan sistem imun. Ini bermaksud mereka yang kerap mengembara tidak mendapat perlindungan yang sempurna terhadap penyakit seperti mereka yang kerap mengembara.



Kenapa Kita Mudah Sakit

2.) PESAKIT ULSER MULUT
  • Kerap dijangkiti ulser mulut merupakan salah satu tanda kekurangan nutrien tertentu yang dapat melemahkan perlindungan imun badan anda.


Kenapa Kita Mudah Sakit

3.) JIWA  MUDA
  • Apabila umur semakin meningkat, sel-sel imun anda menjadi kurang aktif dan bertindak lebih lambat terhadap patogen, mendedahkan anda kepada jangkitan dan penyakit serta mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk penyembuhan yang menyeluruh.


Kenapa Kita Mudah Sakit

4.) PENGGEMAR MAKANAN MANIS 
  • Pengambilan gula yang berlebihan menghadkan sel-sel imun daripada melawan bakteria.Paras gula dalam darah yang tinggi daripada biasa akan memberi tekanan kepada badan dan menyebabkan sel-sel imun anda berada dalam keadaan "koma". Kesan ini berterusan selama eberapa jam selepas menikamati beberapa jenis minuman dan makanan yang manis.


Kenapa Kita Mudah Sakit

5.) PEKERJA SYIF MALAM
  • Bekerja pada waktu malam akan menjejaskan keupayaan jam biologi badan anda untuk mengawal tindak balas imun, menurut penyelidik di Institut Kesiahatan Mental Douglas University dan  McGill University. Gangguan pada jam biologi badan secara tidak langsung akan menyebabkan masalah kesihatan untuk jangka masa yang panjang.
Boleh juga baca tajuk  ini Apa Itu Nutriferon dan Testimoni nutriferon


Ok setakat ini itu saja, jom lihat video dari Youtube ini



Boleh hubungi nombor yang tertera dibawah atau klik saja gambar whatspp tu,jika anda mempunyai application whatsapp


Kenapa Kita Mudah Sakit


Continue Reading