Sunday, 10 November 2019

Resepi Sambal Ketuk Jawa

Mesti ramai pembaca blog mommy gemar makan yang pedas-pedas kan?

Nak tak kalau mommy kongsi resepi sambal ketuk jawa versi mommy, sedap mudah dan senang dimasak.

Ikut korangla, korang nak tumbuk ke, nak kisar ke, dua-dua boleh janji masuk perut dan sedap bila di makan.

Mommy hanya tumbuk bila mood rajin sampai dan tak kelam kabut bila nak sediakan makanan.

Kalau rasa nak buat niaga, boleh silakan tak kisah pun. Mommy hanya kongsi je dengan korang

Resepi Sambal Ketuk Jawa

- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili padi ( boleh campur)
- Ikan bilis
- Asam jawa
- Garam
- Perasa

Cara-cara memasak
- Tumbuk atau kisar semua bahan di atas
- Goreng dengan minyak yang mencukupi, dan pastikan betul-betul masak, bila dah yakin masak, masukkan sedikit asam jawa, garam dan perasa


Resepi Sambal Ketuk Jawa
Resepi Sambal Ketuk Jawa


Simple je kan, kenapa tak letak gula, kalau manis nanti hilang rasa sedap dia


Selamat mencuba
Continue Reading

Monday, 14 October 2019

Mengenai ostematrix


Ostematrix merupakan salah satu produk shaklee yang mempunyai " Fast Result ", mengikut individu.

Terdapat sesetengah individu yang mengalami kesukaran untuk lena dan nyenyak ketika tidur bila mengambil Ostematrix akan terasa segar keesokan harinya dan juga mengalami tidur yang lena.Terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusu yang masa tidurnya sangat singkat.

Keperluan kalsium dalah berbeza mengikut umur sejak dari lahir hingga dewasa kita, boleh rujuk pada gambar dibawah untuk mengetahui keperluan kalsium kita.

Akan tetapi keperluan kalsium untuk ibu hamil dan menyusukan anak adalah lebih dari biasa iaitu 1000mg hingga ke 1300mg sehari kerana ibu hamil dan ibu menyusu berkongsi kalsium dengan bayi didalam kandungan dan juga anak yang disusukan.



Mengenai ostematrix
Mengenai ostematrix


Ostematrix juga bukan sebarang kalsium.
Setiap 1 biji kalsium mengandungi 7 nutrien perting termasuk

  1. Kalsium
  2. Vitamin D 
  3. Magnesium
  4. Zink
  5. Kuprum
  6. Mangan 
  7. BoronC

Jom lihat soal jawab yang sering ditanya mengenai Ostematrix ni


Mengenai ostematrix
Mengenai ostematrix

1.  Kalau kanak-kanak,umur nerapa boleh ambil Oste?
  • Ostematrix direka untuk individu dewasa ( 18 tahun dan keatas ) manakala kanak-kanak mengambil sumber kalsium daripada mealshake
2. Apakah had maksimum untuk mengambil Oste?
  • Bergantung kepada keperluan individu. RDA sarankan 1000mg sehari ( 4biji ). Jika ada masalah tulang rapuh/slip disc/patah dan lain-lain boleh ambil lebih.
3. Berapakah pengambilan yang sesuai atau had untuk wanita hamil mengambil Oste?
  • 4 biji secara tetap setiap hari dan juga ambil bersama ESP.
4. Masa terbaik untuk makan oste?
  • 3 biji sebelum tidur malam


Mengenai ostematrix
Mengenai ostematrix

5. Bagaimana Ostematrix membantu tidur dengan lena dan memudahkan pelawasan sehingga orang sembelit pun disarankan ambil Oste.
  • Kalsium diperlukan oleh otot manusia dalam setiap pergerakan, Jika orang itu stress,Ostematrix membantu untukn melegakan contraction of muscle. Dia akan dapat membantu tidur menjadi lebih lena.
  • Otot di bahagian usus yang mengawal pergerakan naji. Najis itu tidak berubah, tetapi otot itu lebih mudah dikawal. Maka kita akan senang membuang. Tetapi kita disarankan untuk mengambil makanan yang berserat juga.
6. Bagaimana Ostematrix membantu dalam mengurangkan masalah gastrik?
  • Gastrik disebabkan oleh acidity perut yang tinggi. Manakala kalsium adalah bersifat alkali maka ia kana meneutralkan perut. Ia juga akan melegakan otot-otot perut. Kalau gastrik dicadangkan untuk mengambil Ostematrix dan juga ESP.


Mengenai ostematrix
Mengenai ostematrix

7. Apakah vitamin yang TIDAK BOLEH diambil bersama Ostematrix?
  • Semua supplement Shaklee boleh diambil bersama. Makanan lain juga boleh.
8. Ada kesan sampingan tak jika Ostematrix diambil secara berlebihan?
  • Ramai pengguna Shaklee yang ambil 4 biji sehari selama berpuluh tahun. Mereka telah menjalani ujian dan tiada masalah batu karang dan sebagainya.
  • Cuma perlu jarakkan dengan pengambilan ubat doktor atau minuman berkafein

9. Berapa biji Ostematrix perlu diambil bagi ibu hamil dan ibu menyusu pada waktu yang sama?
  • Ambil 4 biji secara tetap setiap hari dan ambil bersama ESP.
Sekian saja mengenai Ostematrix, jika ada sebarang pertanyaan
Boleh hubungi Hidayah di 012-7630335
Pengedar Sah Shaklee
Continue Reading

Saturday, 12 October 2019

Siapa Perlukan Kalsium


Kalsium merupakan element penting yang tubuh kita sangat memerlukannya. Kalsium juga diperluakan untuk beberapa proses fisiologi pada tubuh kita dan juga sangat penting untuk pertumbuhan tulang dan juga gigi.Keperluan kalsium juga adalah berbeza mengikut individu dan juga umur seseorang.

Antara individu yang memerlukan kalsium adalah
  1. Ibu menyusu
  2. Yang mengalami senggugut
  3. Untuk kuatkan tulang
  4. Individu mengalami insomnia
  5. Ibu mengandung
  6. Individu mengalami sembelit




Siapa Perlukan Kalsium
Siapa Perlukan Kalsium

Jom kita lihat mengapa mereka ini memerlukan kalsium yang mencukupi dalam tubuh

1. Membantu Ibu Menyusu
  • Keperluan kalsium yang lebih tinggi daripada biasa buat si ibu yang menyusukan anak. Ostematrix membantu membekalkan kalsium yang mencukupi untuk si ibu.


Siapa Perlukan Kalsium
Siapa Perlukan Kalsium


2. Membantu masalah senggugut

  • Kalsium membantu masalah haid, meringankan sakit sewaktu haid, sakit kepala dan pitam. Malah ia juga menggalakkan tidur yang lebih selesa dan lena.

Siapa Perlukan Kalsium
Siapa Perlukan Kalsium


3. Membantu menguatkan tulang

  • Ostematrix membekalkan kalsium bagi membantu mengelakkan masalah osteoporosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf.

Siapa Perlukan Kalsium
Siapa Perlukan Kalsium


4. Membantu Masalah Insomnia

  • Ostematrix membekalkan kalsium dan magnesium yang mencukupi dengan membersihkan tidur yang lebih lena.

Siapa Perlukan Kalsium
Siapa Perlukan Kalsium


5. Membantu masalah sembelit

  • Magnesium di dalam ostematrix berperanan melegakan otot dalam usus dan juga mampu melembutkan najis bagi membantu melancarkan pergerakan najis.

Siapa Perlukan Kalsium
Siapa Perlukan Kalsium


6. Membantu ibu hamil

  • Ketika hamil, bayi akan mengambil sedikit kalsium dari ibu. Oleh itu, ostematrix membantu menambah kalsium dalam menu diet harian ibu.

Siapa Perlukan Kalsium
Siapa Perlukan Kalsium


Ostematrix bukan hanya mengandungi Kalsium tetapi ianya juga terdapat Magnesium, Vitamin D, Boron, Zink, Kuprum, dan Mangan

Dan setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza didalam tubuh badan kita.


Boleh hubungi Hidayah di 012-7630335 untuk maklumat lanjut
Continue Reading

MAKANAN TINGGI KALSIUM

Kalsium merupakan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita terutamanya tulang dan gigi. Umum juga mengetahui sumber paling dikenali adalah susu. Akan tetapi tidak ramai yang mampu untuk minum susu. Tetapi jangan risau terdapat makanan lain juga yang kaya dengan kalsium dan anda boleh mengambilnya dengan senang hati.

Kebanyakan kalsium ditubuh kita tersimpan ditulang dan juga gigi,dan hanya beberaapa peratus yang berada di dalam darah,sel-sel otot dan juga bahagian-bahagian yang lain.

Kalsium akan mulai berkurangan seiringan dengan umur yang semakin meningkat,semakin meningkat umur kita semakin berkurangan kalsium dalam tubuh badan kita. Jadi kita perlu memastikan kalsium dalam badan kita sentiasa mencukupi dengan pengambilan makanan yang tinggi kalsium dengan betul dan tepat.


SUMBER MAKANAN YANG TINGGI KALSIUM 

MAKANAN TINGGI KALSIUM
MAKANAN TINGGI KALSIUM

1. SUSU
  • Susu adalah salah satu sumber yang kaya dengan kalsium dan juga mengandungi vitamin A, B12 dan vitamin K dan beberapa unsur surih yang membantu mengimbangi elektrolit. Vitamin A membantu pertumbuhan tulang dan fungsi imun yang sihat yang diperlukan untuk membantu melawan bakteria dan virus. Vitamin B12 mengekalkan saraf dan sel darah merah sihat dan biotin atau B7 menguatkan rambut,kuku dan menurunkan kolesterol.


MAKANAN TINGGI KALSIUM
MAKANAN TINGGI KALSIUM

2. YOGURT
  • Tambahan kepada manfaat kalsium,probiotik dalam yogurt menjadikannya lebih mudah bagi mereka yang mempunyai sensitiviti laktosa untuk mencerna susu biasa. Yogurt juga mengandungi kalium, vitamin B6,B12 dan magnesium. Sebaiknya elakkan yogurt dengan menambah gula atau perasa tidak wajar. Kandungan protein tinggi yogurt menjadikannya makanan ringan yang meningkatkan tenaga


MAKANAN TINGGI KALSIUM
MAKANAN TINGGI KALSIUM
3.BAYAM
  • Bayam boleh dimakan mentah atau dimasak dan kaya dengan kalsium,kalium,besi dan vitamin A, C dan B6. Ia juga mempunyai antioksidan yang membantu mengurangkan kesan berbahaya radikal bebas - molekul yang mengganggu pertumbuhan sel yang sihat dan boleh menyebabkan pertumbuhan kanser.


MAKANAN TINGGI KALSIUM
MAKANAN TINGGI KALSIUM

4. BROKOLI

  • Brokoli yang mengandungi vitamin A, dan C, serta potassium dan besi. Satu cawan brokoli mengandungi kira-kira sepuluh peratus daripada jumlah kalsium yang disyorkan harian. Brokoli juga kaya serat, yang menjadikan tubuh berasa lebih kenyang dan mengekalkan pencernaan yang kerap.

MAKANAN TINGGI KALSIUM
MAKANAN TINGGI KALSIUM

5. BENDI

  • Satu cawan bendi mengandungi 8% keperluan harian kalsium. Bendi boleh digoreng ( walaupun ini mengurangkan nilai pemakanan ), atau sayuran boleh ditambah kepada sup tradisional.

MAKANAN TINGGI KALSIUM
MAKANAN TINGGI KALSIUM

6. SOYA

  • Kacang soya adalah bahan ramuan yang popular kebanyakan masakan Asia Timur dan penuh  dengan bnyak nutrien termasuk kalsium, magnesium dengan kalsium adalah penting, kerana kedua-duanya bekerja bersama untuk melaksanakan peranan penting dalam.

MAKANAN TINGGI KALSIUM
MAKANAN TINGGI KALSIUM

7. KEJU

  • Keju mengandungi kalsium, protein, fosforus dan zink. Ia juga merupakan sumber vitamin A dan B12 yang baik. Walaupun bagaimanapun, keju boleh beri kesan buruk kepada orang-orang yang ada alergi laktosa atau intoleransi.

MAKANAN TINGGI KALSIUM
MAKANAN TINGGI KALSIUM

8. IKAN SARDIN

  • Sodium berkhasiat tinggi juga merupakan sumber kalsium yang hebat. Ikan sardin mengandungi lebih dari 300mg kalsium setiap hidangan dan juga merupakan sumber vitamin A, C, D, B12 dan B12. Ia juga mengandungi sejumlah besar mineral besi dan magnesium. Asid lemak Omega -3 juga menonjol dalam sardin. Lemak ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

MAKANAN TINGGI KALSIUM
MAKANAN TINGGI KALSIUM

9. TELUR

  • Telur mengandungi jumlah kalsium yang sederhana ( kira0kira 50mg setiap 100mg) dan makanan yang kaya dengan protein ini adalah kebaikan pemakanan, menyediakan vitamin A, D dan B6, serta magnesium. Mereka meningkatkan tahap HDL ( kolesterol baik ) dalam darah yang meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

MAKANAN TINGGI KALSIUM
MAKANAN TINGGI KALSIUM

Jadi, buat anda tak berapa suka minum susu,jangan risau sebab terdapat banyak lagi makanan yang boleh memenuhi keperluan kalsium harian dalam tubuh kita.

Pengambilan makanan yang kaya vitamin terutamanya vitamin D juga membantu dalam meningkatkan penyerapan kalsium oleh tubuh dengan berkesan.

Jadi jom amalkan makanan sihat, bersenam dan pengambilan supplement yang baik untuk tubuh badan kita.


Promosi Shaklee Oktober 2019
Promosi Shaklee Oktober 2019
Boleh klik link ini untuk mengetahui mengenai Ostematrix, Testimoni Ostematrix
Juga boleh hubungi saya di talian tertera Hidayah 012-7630335


Continue Reading

Thursday, 3 October 2019

Promosi Shaklee Oktober 2019


Bulan Oktober ini ini sangat menarik dan terdapat 3 promosi barangan yang menarik dari pihak Shaklee. Jom tengok apa dia promosi kali ini:-


Promosi Shaklee Oktober 2019


1. PROMOSI SHAKLEE OKTOBER 2019: OSTEMATRIX
  • Ramai yang ternanti-nanti Ostematrix ni,jangan tak percaya cuba amalkan sangat berpuas hati.
  • Harga promosi kali ini RM174 haaa,murah kan kalau harga normal harga dia lain pula dia jadi RM183.

Promosi Shaklee Oktober 2019

PROMOSI SHAKLEE OSTEMATRIX


2. PROMOSI SHAKLEE OKTOBER 2019: YOUTH MASK

Dengan setiap pembelian Youth Mask Set ( mana-mana 2 mask) dengan harga RM 297,anda juga akan dapat:
  • FREE Youth Facial Brush  untuk mudah guna mask ini
  • FREE YOUTH organza bag
  • FREE Kad cara penggunaan Youth Mask

Promosi Shaklee Oktober 2019

3. PROMOSI SHAKLEE OKTOBER : CLEANSE SET & JANA PENDAPATAN

Unruk ahli yang baru daftar. Shaklee menawarkan Cleanse Set,bukan saja dapat kesihatan malah anda juga akan menerima cash reward dari pihak shaklee.

Terdapat 2 pilihan set yang anda pilih iaitu:
  1. JOM VIVIX SET ( RM590 )
  2. JOM DETOX SET ( RM 465)


Promosi Shaklee Oktober 2019

1. JOM VIVIX SET

VIVIX
.Membantu meningkatkan metabolisme badan.
.Meningkatkan sistem imun.
.Meningkatkan kesihatan mata.
.Menyokong kesihatan seluruh badan
.Menyokong kesihatan sendi.


CINCH VANILA
. Memberikan tenaga segera dan berpanjangan.
. Membantu meningkatkan jisim otot dan pembinaan otot baru.
. Membantu membakar lemak visceral.


2. JOM DETOX SET

HERB-LAX
. Membantu masalah sembelit.
. Mengempiskan perut
. Melancarkan proses penghadaman

PEPPERMINT GINGER PLUS
. Membuang angin dan mengurangkan masalah kembung perut.
. Melegakan perut

CINCH VANILA
.Memberikan tenaga segera dan berpanjangan
.Membantu meningkatkan jisim otot dan pembinaan otot baru.
. Membantu membakar lemak visceral.

DTX COMPLEC
. Melindungi dan meningkatkan fungsi hati daripada toksin
. Membantu membina semula sel-sel hati

ALFALFA COMPLEX
. Mencuci usus untuk membuang toksin
. Membantu masalah penghadaman

Berminat boleh hubungi saya Hidayah 012-7630335







Continue Reading

Friday, 20 September 2019

Makanan punca jerawat


Ramai yang menganggap makanan bukan punca masalah jerawat yang kita alami,tetapi ada juga yang bersetuju bahawa makanan ini merupakan punca jerawat.

Menurut Dr Haseenah Hassan yang merupakan pakar jerawat dan jeragat, kedua-duanya betul kerana ianya bergantung kepada bagaimana tubuh seseorang memberi reaksi terhadap makanan yang dimakan.

Menurut beliau, sesetengah individu menghadapi alahan kepada makanan berkacang dan ada pula yang alah terhadap makanan berminyak, tetapi tidak semua orang mempunyai kesan reaksi yang sama.

Jadi untuk mengetahui makanan apa yang memberi reaksi kepada kulit, kita perlu ingat apa yang kita makan dan peka kepada makanan tersebut agar kita tidak mengambil makanan itu lagi.

Jom kita lihat antara makanan yang menyebabkan reaksi kulit pada jerawat:-



1. UDANG DAN MAKANAN LAUT
  • Iodium yang terkandung dalam udang dan makanan laut dapat menghasilkan iritasi pada folikel rambut dan kelenjar Sebaceous ( Sebaceous Gland). Produksi minyak wajah jadi meningkat apabila diambil secara berlebihan


Makanan punca jerawat

2. MAKANAN SEGERA
  • Makanan segera biasanya mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi selain turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan bahan pengawet.


Makanan punca jerawat

3. KUNING TELUR
  • Kuning telur mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan pertumbuhan jerawat secara mendadak.


Makanan punca jerawat

4. MINUMAN BERALKOHOL
  • Minuman beralkohol akan mengakibatkan dehidrasi. Jerawat mudah tumbuh sekiranya badan kita mengalami dehidrasi dan kekeringan.


Makanan punca jerawat

5. MAKANAN BERGORENG
  • Bagi mereka yang mengalami kulit bermasalah atau berjerawat, makanan yang berminyak seharusnya dielakkan supaya tidak naik jerawat.


Makanan punca jerawat

6. GARAM BERLEBIHAN
  • Pengambilan garam secara berlebihan akan menyebabkan badan kehilangan banyak air sekaligus mengakibatkan kekeringan pada kulit.


Makanan punca jerawat

7. PRODUK TENUSU
  • Sesetengah susu lembu yang dijual mengandungi suntikan hormon oleh para penternak bagi menghasilkan susu dengan banyak. Hormon ini mampu memberi kesan kepada kulit kita


Makanan punca jerawat

Continue Reading

Wednesday, 18 September 2019

Pengalaman Mengandung


Setiap wanita yang berkahwin semestinya menginginkan zuriat dan itu adalah saat yang di nantikan oleh setiap wanita. Tiada kata-kata yang dapat digambarkan rasa kesyukuran dan kegembiraan saat yang di tunggu-tunggu hadir akhirnya.

Namun hakikatnya kehamilan bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang ibu hamil perlu hadapi selama hamil sembilan bulan.

Setiap kehamilan yang seseorang wanita mereka mengalami ragam yang berbeza-beza, dan tidak sama. Ini kerana setiap kali wanita itu hamil mereka akan mengalami perubahan hormon dan itu juga menyumbang kepada semua perubahan diri wanita hamil. Pada kebiasaannya perubahan hormon ini dialami hanya pada trimister pertama atau sehingga 10 minggu kehamilan. Dan ianya akan hilang bila masuk trimester ke dua dan sehingga bersalin. 

Jom kita lihat apa antara pengalaman-pengalaman atau cabaran-cabaran yang biasanya wanita hamil alami dan juga tip-tip untuk mengatasinya.


Pengalaman Mengandung

1. KEKEJANGAN KAKI
  • Biasanya berlaku pada waktu malam dan pada lewat kehamilan. Ia boleh disebabkan oleh berat badan yang berlebihan yang anda tampung, kekurangan nutrisi, terlalu aktif atau tidak cukup aktif.
TIPS UNTUK ATASI
  • Alaskan kaki dengan bantal
  • Buat regangan, gerakkan pergelangan kaki dan jari kaki anda.
  • Kekalkan hidrasi dengan mengambil air yang mencukupi
  • Pastikan pengambilan kalsium dan magnesium yang mencukupi

Pengalaman Mengandung

2. BERAT BADAN YANG BERLEBIHAN
  • Berapakah berat yang anda perlu tambah untuk sepanjang kehamilan.
  • Lihat pada BMI didalam gambarajah tersebut dan berapakah BMI anda sebelum hamil dan berapa jumlah berat badan yang perlu anda tambah untuk sepanjang kehamilan.
TIPS UNTUK ATASI
  • Makan hidangan kecil dan kerap
  • Pilih makanan ringan yang sihat seperti protein dan buah
  • Anda hanya perlukan tambahan 300 kalori sahaja sehari.


Pengalaman Mengandung
3. KEGUGURAN RAMBUT
  • Sesetengah wanita mengalami keguguran rambut akibat perubahan hormon atau nutrisi yang tidak seimbang
TIPS UNTUK ATASI
  • Gunakan syampu dan perapi rambut yang lembut.
  • Urutkan kulit kepala anda untuk merangsang peredaran darah pada kepala.
  • Amalkan pemakanan sihat dan ambil vitamin pranatal anda seperti protein, zat besi, biotin, vitamin B dan Vitamin C
TAHUKAH ANDA NUTRISI PRANATAL BOLEH MEMBERIKAN PERLINDUNGAN UNTUK FOLIKEL RAMBUT ANDA DAN MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN RAMBUT


Pengalaman Mengandung

4. PERUBAHAN EMOSI
  • Perubahan emosi boleh disebabkan oleh peningkatan hormon, tekanan dan keletihan. Ingat, kesihatan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal anda semasa hamil.
TIPS UNTUK ATASI
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Luangkan masa dengan pasangan nda.
  • Cuba senaman yoga untuk ibu hamil.
  • Ambil vitamin pranatal anda seperti Vitamin B, Zat besi dan asid lemak


Pengalaman Mengandung

5. JISIM TULANG BERKURANGAN
  • Semasa hamil, bayi dalam kandungan anda perlukan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan rangka tulang terutamanya pada 3 bulan yan g terakhir. Jika anda tidak mendapatkan kalsium yang mencukupi, bayi anda akan menyerap apa yang diperlukannya dari tulang anda.
TIPS UNTUK ATASI
  • Amalkan gaya hidup yang sihat, jangan merokok atau minum minuman keras
  • Lakukan senaman ringan
  • Dapatkan kalsium dan mineral pembina tulang


Pengalaman Mengandung

6. MABUK HAMIL
  • Cabaran yang dialami terutamanya pada peringkat awal kehamilan dan biasanya akan berlaku pada akhir trimester pertama. Ia disebabkan oleh perubahan hormon dan boleh menjejaskan pemakanan anda.
TIPS UNTUK ATASI
  • Makan sedikit tapi kerap
  • Jika muntah,ambil air yang mencukupi.
  • Cuba teh pudina halia
  • Ambil vitamin pranatal anda terutamanya vitamin B8 dan magnesium untuk bantu mengurangkan mabuk hamil anda


Pengalaman Mengandung

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera dibawah atau klik saja whatsapp tu

Cabaran ketika hamil





Continue Reading

Sunday, 15 September 2019

Minyak Ikan Omega-3 Membantu Menurunkan Berat Badan

Minyak ikan merupakan supplement yang sangat dikenali di pasaran. Dan hampir disetiap rumah mempunyai minyak ikan ini, yang mana ianya kaya dengan lemak ikan omega-3 dan ianya sangat bagus untuk jantung dan kesihatan otak, mengurangkan risiko depression juga emmberikan kita kulit yang sihat.

Kajian juga mendapati yang omega-3 ini juga membantu kita untuk mengurangkan berat badan dengan mudah.

Bagaimana?

1.Rasa kenyang yang lebih lama.
  • Omega-3 membantu kita mengurangkan berat badan salah satunya adalah mengurangkan rasa lapar dan tidak berasa nak makan, yang mana ianya sangat ebrguna untuk mereka dalam diet program
Minyak Ikan Omega-3 Membantu Menurunkan Berat Badan

2.Meningkatkan metabolisma badan.
  • Dengan pengambilan minyak ikan juga dapat membantu kita untuk meningkatkan metabolisma badan, yang mana dengan peningkatan metabolisma badan ianya membantu kita membakar kalori dengan lebih cepat. Lagi tinggi metabolik rate badan kita, lagi banyak kalori yang akan kita bakar dan lagi mudah untuk kita mengurangkan berat badan.
Minyak Ikan Omega-3 Membantu Menurunkan Berat Badan

3.Membakar lemak dengan cepat ketika bersenam
  • Kajian juga mendapati yang pengambilan omega-3 ini juga membantu pembakaran kalori  dan lemak dengan cepat ketika bersenam.
Minyak Ikan Omega-3 Membantu Menurunkan Berat Badan

4.Menghilangkan lemak dan ukuran inchi pada badan
  • Minyak ikan juga membantu mengurangkan ukur lilit pada badan kita. kadangkala berat pada penimbang boleh meragukan kita, jadinya kita digalakkan untuk membuat ukur lilit sebelum memulakan program diet, sesetengah orang turun berat badan tetapi ukut lilit statik saja, sesetnengah orang berat tidak turun akan tetapi ukur lilitnya berkurangan. Tidak semua orang sama. 
Minyak Ikan Omega-3 Membantu Menurunkan Berat Badan


Jom sama-sama sihat bersama omega-3. dan Omega-3 shaklee adalah Omega Guard.

Berita baiknya Omega Guard Shaklee ini juga sesuai diambil oleh ibu hamil, ibu berpantang dan juga ibu menyusu, kerana Omega Guard Shaklee ini sangat meluas manfaatnya.

Boleh hubungi saya di nombor yang tertera atau klik sahaja simbol whatsapp di blog ini
Terima kasih

Minyak Ikan Omega-3 Membantu Menurunkan Berat Badan

Continue Reading

Apa itu jerebu


Jerebu ialah satu keadaan atmosfera di mana debu, habuk, asap dan zarah-zarah mencemar langit dan ianya tidak jelas kelihatan. 
Pertubuhan Meteorologi Sedunia termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk, pasir dan salji. 
Keadaan atau situasi ini biasanya terjadi jika zarah habuk, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. 
Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin juga boleh menyebabkan masalah pernafasan seseorang.
Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.


Apa itu jerebu


Apabila partikel-partikel ini terjadi dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran matahari ke bumi. Oleh sebab itu keadaan jerebu ini mengurangkan atau mengaburkan pandangan mata kasar.

Apa itu jerebu


Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
Apa itu jerebu



JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit Asma
  • Pesakit Bronkitis
  • Radang paru-paru
  • Penyakit paru-paru yang kronik
  • Masalah jantung
  • Mengalami alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.


Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


Apa itu jerebu

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak iaitu 8 gelas sehari

Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )

Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Apa itu jerebu




Continue Reading