Monday, 15 October 2018

Status halal produk shaklee

 Mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada peroduk shaklee halal atau pun tidak? Selamat untuk di makan ke?

Bagi kita sebagai umat islam sangat menitikberatkan halalnya sesuatu makanan, kerana ia nya memberi kesan terhadap aktiviti kehidupan harian kita dan amalan kita juga.

Maka untuk mengambil sesuatu makanan kita perlu tahu juga mengenai produk tersebut itu halal ataupun tidak.

Bagi produk shaklee ini,insha allah produk ini telah diiktiraf bahawa ianya halal,jadi nya tak perlu lagi rasa ragu-ragu untuk membeli makanan tambahan keluaran shaklee ye :)

KESUCIAN makanan amat dititikberatkan masyarakat Islam. 
Isu ini amatlah sensitif kepada masyarakat Islam terutamanya di Malaysia.
 Bagi orang Islam sebarang isu mengenai halal atau haramnya sesuatu makanan perlu diberi perhatian serius kerana ia memberi implikasi terhadap amalan ibadah. 
Syariat Islam meletakkan piawaian tinggi dalam menentukan sesuatu makanan atau minuman itu halal ataupun haram. 
Piawaian dan garis panduan ditetapkan itu penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan umat Islam. 
Ini adalah kerana seorang Islam makan bukan sahaja kerana untuk menyihatkan tubuh dan fikirannya tetapi sebagai satu ibadah kepada Penciptanya dan memastikan ia berupaya melaksanakan suruhan dan meninggalkan tegahan agama.

Baca artikel penuh memastikan makanan suci dan halal 

Disini saya lampirkan sijil halal bagi produk shaklee yang dikeluarkan oleh ISA ( Islamic Service Of America )

Sijil ini akan diperbaharui setiap tahun ya,macam kita renew lesen jugakla,tiap-tiap tahun :)




Kenapa tiada sijil JAKIM?

Kerana produk shaklee ini bukan dikilangkan di Malaysia
Kesemua produk shaklee yang dipasarkan di Malaysia telah mendapat kelulusan halal di negara pengeluarnya iaitu di Iowa USA.JAKIM telah mengiktiraf kesemua produk-produk ini yang telah mendapat pengesahan halal di ISA.






Jadinya tak perlu ragu-ragu lagi dan berasa was-was nak ambil produk shaklee ni.
Alhamdulilah saya sudah 2 tahun consume shkalee ini,moga diberi kesihatan yang baik secara berterusan,insha allah.

Jika berminat boleh terus hubungi saya


6 comments:

  1. Bagus Shaklee, menitikberatkan isu HALAL dalam produk supplement dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..tak ragu2 nak makan dah sekarang 😁

      Delete
  2. Status Halal memang penting dan recommened sangat produk Shaklee ni.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang anda beri :)