Saturday, 22 September 2018

Tips drive seorang diri bersama anak2

Biasa balik kampung berempat dengan husband, kali ni mommy balik ber tiga saja dengan anak-anak.

Tawakal saja bila balik dengan anak-anak nih, dalam kepala dok pikir boleh ke tak balik dengan depa je ni?

Biasa kalo balik berempat mudah je...kalo menangis senang nak angkat, ni kalo nangis ni, tak tau la.

Sehari sebelum balik tu dah resah gelisah dah takut tak boleh nak handle, tapi ahhh, layan jela, tambah pulak hari hujan ni, lagi la berdebar-debar nak bawak anak-anak.

Kebetulan pada hari nak bergerak tu hujan lebat sejak pukul 3 pagi, pukul 12 tengah hari baru reda hujan.

Lega dah kat situ, tak perlu risau dah pasal hujan, ni risau pasal anak-anak pulak.

Alhamdulilah save and sound sampai kekampung, elok jejak masuk kampung je dua-dua pun bangun.

Perkara-perkara dibawah ni yang mommy buat bila drive sendiri dengan anak-anak, bukan bila balik kampung je tau,tapi bila drive bawak anak pegi jenjalan.

1)ISI MINYAK DAN TOUCH AND GO

Kalo drive sensorang atau bawak anak-anak ni mommy akan isi minyak kereta dan top up touch and go siap-siap

Mudah nanti tak perlu nak berhenti, bila dah berhenti nanti ade pulak yang mengikut.

Jadinya balik keje terus g top up semua dan check angin tayar jugak ye.

2) PERGI TOILET SEBELUM BERGERAK

Yang ini perkara wajib kena buat sebelum bertolak.
Dan sehari sebelum bertolak tu jangan pulak makan pelik-pelik yang perut korang tak tahan dan yang tak pernah makan.

Kang memerut kat tengah highway jenuh nak angkut askar-askar kecik masuk toilet.

Sadis nanti😁😁.

Dok pandang la mommy nye memerut kang
Saling pandang memandang nanti🤭🤭.

3) SEDIAKAN BARANG MUDAH CAPAI

Barang-barang macam purse, hand fon, touch & go,toys.

Yang ni korang letak je kat tepi, mudah nanti korang nak capai, takde lah tercari-cari barang kat mana.

Sebab mommy pernah kena, purse, touch & go and hand fon dekat bonet, time tu la menggelabah biawak.

Tapi mase tu masih pakai tiket tol lagi,jadinya masih lagi terkawal la. 😝😝

Tapi kene berhenti jugak sebelum sampai ke tol seterusnya..kang nak bayar pakai apa kalo tak amik purse tu.

4) CAR SEAT

Ini lah paling penting untuk yang ade anak kecik.

Mudah dan selamat, yang paling penting paling selesa untuk baby tido😴😴




5) BAWA BOTOL AIR SENDIRI

Mudah juga kalo letak tepi, mudah nak minum bila korang kering tekak bila tengah dodoikan baby.

Mommy punye style dodoi, sambil drive sambil selawat, tak lame tu dua-dua pun tido la, mommy pun krik-krik sensorang selawat la sampai ke destinasi.

Radio memang tak on lah kan,tak masal bangun pulak budak-budak tu nanti.

6) TUKAR PAMPERS

Yang ni paling seram kalo lupa nak tukar, elok tengah lena tiba-tiba nangis, boleh menggelabah biawak jadinye.

Time tu la nak carik hentian rehat nak tukar pampers.

Kalo yang tak pakai pampers tu, bawak la pegi toilet siap-siap sebelum berlepas ni pun faktor penyebab mak-mak bawak kete rasa nak tercirit bila anak nak kencing ( Lain macam Adrenaline Rush die tau )




7)BREASTFEED ATAU BOLEH BAGI SUSU

Mana yang breastfeed atau feeding through botol tu, bagi la minum dulu sebelum gerak

Bagi kenyang-kenyang pastu bolehla korang berlepas ye.

8) BERTOLAK WAKTU TIDUR ANAK-ANAK

Kalo taknak bertolak waktu depa tidur, bagi depa main sampai penat, bila mata dah kuyu nak tido percent untuk depa tido tu sangatlah tinggi, jadi jangan halang kalo depa nak main.

Jadi boleh la mulakan perjalanan tu, insha allah berkesan.


9)DOA MULAKAN PERJALANAN

Jangan lupa pulak sebelum mulakan perjalanan tu bacalah doa,semoga sepanjang pejalanan dilindungi Allah agar dapat berjumpa dengan orang yang tersayang.

Pesanan penaja HATI-HATI LAH MEMANDU


10) MAKAN MAKANAN YANG RINGAN

Maksud makanan ringan ni,jangan lah ambil makanan yang berat, segala jenis makanan yang berlemak kalo boleh elakkan

Bahaya oo,boleh jadi mengantuk tau.

Kalo mommy biasa mommy ambil segelas ESP bersama oat, atau bersama milo, insha allah kenyang, biasa elok sampai ke destinasi baru akan rasa lapar.

Terpulang uols selesa makan apa,janji tidak menyebabkan mengantuk.


Ok sekian saja perkongsian tip dari mommy yang tak seberapa ni,
Selamat mencuba :)




0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang anda beri :)