Sunday, 16 September 2018

Banana Pancake



Assalamualaikum,hai

Harini mommy nak share resepi banana pancake simple yang mommy gunakan setiap kali mommy buat.

Last week buat yang kosong je tapi tak berapa nak jadi sangat sebab takde tepung penaik, semalam dah beli tepung penaik,makanya jadi la hasil yang canti dan sedap arini.

Ringkas dan mudah je,gunakan bahan yang ada kat dapur je

Resepi tengok kat bawah ye:

Mommy tak guna sukatan tau, masukkan agak-agak je

BAHAN A
1 mangkuk kecil tepung gandum
2 sudu kecil tepung penaik

BAHAN B
3 biji pisang
1 biji telur
2 sudu besar gula
garam sedikit
3 sudu besar butter atau minyak ( ikut korang nak guna yang mana )
susu atau santan ( mommy guna freshmilk je )

CARA
1.Masukkan bahan-bahan B tadi kedalam blender dan blend sekejap sahaja supaya pisang tidak hancur sangat.

2.Dalam mangkuk yang lain tuang bahan B yang telah di blend tadi

3.Masukkan bahan-bahan A ( ikut korang nak ayak ke tak,tapi mommy tak ayak )

4.Kacau bahan A dan bahan B hingga sebati.

5 Sendukkan kedalam non stick pan,kalo tiada non stickpan guna kuali biasa je pun boleh.

6.Hidang dengan susu,madu,coklat atau aiskrim pun sedap.

Sekian resepi ringkas dari mommy

Selamat mencuba gais :)




ini bahan-bahan yang mommy guna 




ini lah hasil kejadiannya 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang anda beri :)