Saturday, 29 September 2018

6 cabaran ketika hamil

Masih teringat-ingat lagi masa mengandung anak pertama dan anak kedua,semua ni mommy rasa tapi yang paling teruk sekali mabuk,uuiihhh lain macam die punya penangan,orang masak tak boleh bau,bau minyak wangi husband langsung tak boleh bau,terseksa die sebab tak boleh pakai minyak wangi,deodorant yang boleh pakai hanya deodorant pilihan mommy je kehkehkeh:)

Antaranya yang paling kerap bakal-bakal ibu alami ketika hamil seperti di bawah:

CABARAN 1:KEKEJANGAN KAKI

Yang ni biasa pada waktu malam dan hujung-hujung pregnancy macam tu,die punya tarik dari awal pagi tengah hari belum tentu hilang,masih teringat lagi sakit die,
Tapi mommy kene masa awal pregnant mase tu tak tau yang mommy ni pregnant, bila kene tarik tu terus check upt,hahaha positif.
Masa tu kurang ambil kalsium yang mana kat sini mommy consume ostematrix.

TIPS-TIPS UNTUK ELAKKAN KEKEJANGAN

1.) Alaskan kaki dengan bantal
2.) Buat regangan,gerakkan pergelangan kaki dan jari kaki
3.) Kekalkan hidrasi iaitu minum air yang cukup
4. ) Pastikan pengambilan kalsium dan magnesium yang mencukupi

CABARAN 2: BERAT BADAN BERLEBIHAN

Yang ni pun mencabar jugak kalau bab makanan ni,kalau boleh semua jenis makanan kita nak telan nak rasa.
Kawan punya makanan pun kita boleh ngap kihkihkih :)
Dah tak peduli masalah berat badan,tapi sebolehnya kawal la pengambilan makanan tu yang penting ada karbohidrat,protin dan fiber.

TIPS-TIPS UNTUK KAWAL MAKANAN

1.) Makan hidangan kecil dan kerap.
2.) Pilih makanan ringan yang sihat seperti protin dan buah.
3.) Anda hanya perlukan tambahan 300 kalori sehari.
CABARAN 3: KEGUGURAN RAMBUT

Yang ni alhamdulilah setakat dua kehamilan ni keguguran rambut takde, makin lebat ade la pengambilan protin cukup kot 😁
Dah hari-hari breakfast dengan ESP,alhamdulilah cukup.

TIPS-TIPS UNTUK ELAK KEGUGURAN RAMBUT

1.) Gunakan syampu dan perapi rambut yang lembut.
2.) Urutkan kulit kepala anda untuk mernagsang peredaran darah.
3.) Amalkan pemakanan sihat dan ambil vitamin pranatal anda seperti protin,zat besi,biotin,vitamin B dan Vitamin C.
CABARAN 4 : PRUBAHAN EMOSI

Perubahan emosi ni boleh disebabkan oleh peningkatan hormon,tekanan dan keletihan.
Lagi-lagi yang bekerja emosi dia lain macam, asik nak marah je.
Lepas tu hari-hari asik mood swing,tapi alhamdulilah dengan bantuan ostematrix dan b-complex kurang sikit mood swing nye.
Kesihatan mental juga sama penting ye dengan kesihatan fizikal ketika hamil.

TIP-TIP UNTUK KAWAL EMOSI

1.) Dapatkan tidur yang mencukupi.
2.) Luangkan masa dengan pasangan anda.
3.) Cuba senaman yoga untuk ibu hamil.
4.) Ambil makanan berkhasiat dengan GI rendah.
5.) Ambil vitamin pra natal anda seperti vitamin B,zat besi dan asid lemak.
CABARAN 5: JISIM TULANG BERKURANGAN

Semasa hamil,bayi dalam kandungan kita perlukan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan rangka tulang terutamanya pada 3 bulan yang terakhir.
Jika kita tidak dapatkan kalsium yang mencukupi,bayi kita akan menyerap apa yang diperlukan dari tulang kita.
Gitu,jadi kita akan mudah mendapat osteoporosis bila kita dah tua nanti.

TIPS-TIPSNYA

1.) Amalkan gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok atau minum minuman yang keras.
2.) Lakukan senaman ringan.
3.) Dapatkan kalsium dan mineral pembina tulang.
CABARAN 6: MABUK HAMIL

Cabaran yang dialami terutamanya pada peringkat awal kehamilan dan biasanya akan belalu pada akhir trimester pertama.
Ia disebabkan oleh perubahan hormon dan boleh menjejaskan pemakanan kita.
Masa ni la nak makan pun terasa seram,tengok semua makanan serba tak kena.
Lapar tapi tak berani nak makan sebab terfikirkan dok muntah tak berhenti.

Time ni rasa nak makan dan minum yang masam-masam je.
Makanan tambahan yang sesuai untuk minum dari product shaklee Performance drink dan juga Chewable Vita C plus,bila makan 2 ni insha allah tak berapa rasa nak loya.

TIPS-TIPS
1.) Makan sikit tapi kerap.
2.) Jika muntah,ambil air yang mencukupi.
3.) Cuba teh pudina halia.
4.) Ambil vitamin pra natal kita terutamanya Vitamin B6 dan megnesium untuk bantu mengurangkan mabuk hamil kita.


Jika berminat untuk mencuba set hamil shaklee boleh hubungi
012-7630335 ( Hidayah )
Shaklee Independent Distributor
COD area Seri Kembangan,Serdang
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Continue Reading

Saturday, 22 September 2018

Promosi sempena Malaysia Day


PROMOSI 1 HARI SAHAJA

SEMPENA MALAYSIA DAY

Jom rebut peluang ini pada hari ini sahaja, 22hb September 2018

Bermula jam 10 pagi hingga 7 petang

Untuk order secara online boleh di lakukan dari pukul 10 pagi hingga 11 malam

Boleh terus hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan

Hidayah 012.7630 335














Continue Reading

Tips drive seorang diri bersama anak2

Biasa balik kampung berempat dengan husband, kali ni mommy balik ber tiga saja dengan anak-anak.

Tawakal saja bila balik dengan anak-anak nih, dalam kepala dok pikir boleh ke tak balik dengan depa je ni?

Biasa kalo balik berempat mudah je...kalo menangis senang nak angkat, ni kalo nangis ni, tak tau la.

Sehari sebelum balik tu dah resah gelisah dah takut tak boleh nak handle, tapi ahhh, layan jela, tambah pulak hari hujan ni, lagi la berdebar-debar nak bawak anak-anak.

Kebetulan pada hari nak bergerak tu hujan lebat sejak pukul 3 pagi, pukul 12 tengah hari baru reda hujan.

Lega dah kat situ, tak perlu risau dah pasal hujan, ni risau pasal anak-anak pulak.

Alhamdulilah save and sound sampai kekampung, elok jejak masuk kampung je dua-dua pun bangun.

Perkara-perkara dibawah ni yang mommy buat bila drive sendiri dengan anak-anak, bukan bila balik kampung je tau,tapi bila drive bawak anak pegi jenjalan.

1)ISI MINYAK DAN TOUCH AND GO

Kalo drive sensorang atau bawak anak-anak ni mommy akan isi minyak kereta dan top up touch and go siap-siap

Mudah nanti tak perlu nak berhenti, bila dah berhenti nanti ade pulak yang mengikut.

Jadinya balik keje terus g top up semua dan check angin tayar jugak ye.

2) PERGI TOILET SEBELUM BERGERAK

Yang ini perkara wajib kena buat sebelum bertolak.
Dan sehari sebelum bertolak tu jangan pulak makan pelik-pelik yang perut korang tak tahan dan yang tak pernah makan.

Kang memerut kat tengah highway jenuh nak angkut askar-askar kecik masuk toilet.

Sadis nanti😁😁.

Dok pandang la mommy nye memerut kang
Saling pandang memandang nanti🤭🤭.

3) SEDIAKAN BARANG MUDAH CAPAI

Barang-barang macam purse, hand fon, touch & go,toys.

Yang ni korang letak je kat tepi, mudah nanti korang nak capai, takde lah tercari-cari barang kat mana.

Sebab mommy pernah kena, purse, touch & go and hand fon dekat bonet, time tu la menggelabah biawak.

Tapi mase tu masih pakai tiket tol lagi,jadinya masih lagi terkawal la. 😝😝

Tapi kene berhenti jugak sebelum sampai ke tol seterusnya..kang nak bayar pakai apa kalo tak amik purse tu.

4) CAR SEAT

Ini lah paling penting untuk yang ade anak kecik.

Mudah dan selamat, yang paling penting paling selesa untuk baby tido😴😴




5) BAWA BOTOL AIR SENDIRI

Mudah juga kalo letak tepi, mudah nak minum bila korang kering tekak bila tengah dodoikan baby.

Mommy punye style dodoi, sambil drive sambil selawat, tak lame tu dua-dua pun tido la, mommy pun krik-krik sensorang selawat la sampai ke destinasi.

Radio memang tak on lah kan,tak masal bangun pulak budak-budak tu nanti.

6) TUKAR PAMPERS

Yang ni paling seram kalo lupa nak tukar, elok tengah lena tiba-tiba nangis, boleh menggelabah biawak jadinye.

Time tu la nak carik hentian rehat nak tukar pampers.

Kalo yang tak pakai pampers tu, bawak la pegi toilet siap-siap sebelum berlepas ni pun faktor penyebab mak-mak bawak kete rasa nak tercirit bila anak nak kencing ( Lain macam Adrenaline Rush die tau )




7)BREASTFEED ATAU BOLEH BAGI SUSU

Mana yang breastfeed atau feeding through botol tu, bagi la minum dulu sebelum gerak

Bagi kenyang-kenyang pastu bolehla korang berlepas ye.

8) BERTOLAK WAKTU TIDUR ANAK-ANAK

Kalo taknak bertolak waktu depa tidur, bagi depa main sampai penat, bila mata dah kuyu nak tido percent untuk depa tido tu sangatlah tinggi, jadi jangan halang kalo depa nak main.

Jadi boleh la mulakan perjalanan tu, insha allah berkesan.


9)DOA MULAKAN PERJALANAN

Jangan lupa pulak sebelum mulakan perjalanan tu bacalah doa,semoga sepanjang pejalanan dilindungi Allah agar dapat berjumpa dengan orang yang tersayang.

Pesanan penaja HATI-HATI LAH MEMANDU


10) MAKAN MAKANAN YANG RINGAN

Maksud makanan ringan ni,jangan lah ambil makanan yang berat, segala jenis makanan yang berlemak kalo boleh elakkan

Bahaya oo,boleh jadi mengantuk tau.

Kalo mommy biasa mommy ambil segelas ESP bersama oat, atau bersama milo, insha allah kenyang, biasa elok sampai ke destinasi baru akan rasa lapar.

Terpulang uols selesa makan apa,janji tidak menyebabkan mengantuk.


Ok sekian saja perkongsian tip dari mommy yang tak seberapa ni,
Selamat mencuba :)




Continue Reading

Sunday, 16 September 2018

Banana Pancake



Assalamualaikum,hai

Harini mommy nak share resepi banana pancake simple yang mommy gunakan setiap kali mommy buat.

Last week buat yang kosong je tapi tak berapa nak jadi sangat sebab takde tepung penaik, semalam dah beli tepung penaik,makanya jadi la hasil yang canti dan sedap arini.

Ringkas dan mudah je,gunakan bahan yang ada kat dapur je

Resepi tengok kat bawah ye:

Mommy tak guna sukatan tau, masukkan agak-agak je

BAHAN A
1 mangkuk kecil tepung gandum
2 sudu kecil tepung penaik

BAHAN B
3 biji pisang
1 biji telur
2 sudu besar gula
garam sedikit
3 sudu besar butter atau minyak ( ikut korang nak guna yang mana )
susu atau santan ( mommy guna freshmilk je )

CARA
1.Masukkan bahan-bahan B tadi kedalam blender dan blend sekejap sahaja supaya pisang tidak hancur sangat.

2.Dalam mangkuk yang lain tuang bahan B yang telah di blend tadi

3.Masukkan bahan-bahan A ( ikut korang nak ayak ke tak,tapi mommy tak ayak )

4.Kacau bahan A dan bahan B hingga sebati.

5 Sendukkan kedalam non stick pan,kalo tiada non stickpan guna kuali biasa je pun boleh.

6.Hidang dengan susu,madu,coklat atau aiskrim pun sedap.

Sekian resepi ringkas dari mommy

Selamat mencuba gais :)




ini bahan-bahan yang mommy guna 




ini lah hasil kejadiannya 

Continue Reading

Saturday, 8 September 2018

LANDMARK STUDY SHAKLEE

Kajian Penting mengenai Suplemen Makanan: 

Corak penggunaan, kesihatan dan status pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan untuk jangka panjang: 
kajian keratan rentas Gladys Block, Christopher D Jensen, Edward P Norkus, Tapashi B Dalvi, Les G Wong, Jamie F McManus and Mark L Hudes. Nutrition Journal 2007, 6:30doi:10.1186/1475-2891-6-30 Diterbitkan pada 24 Oktober 2007 


LATAR BELAKANG 

Penggunaan suplemen makanan di Amerika Syarikat adalah amat tinggi dan ia mewakili sumber pemakanan yang sangat penting. 

Walau bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui mengenai individu-individu yang mengambil berbilang jenis suplemen pemakanan secara tetap. 

Kajian ini menyelidik corak penggunaan suplemen makanan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan; serta membuat perbandingan dengan bukan pengguna dan juga pengguna suplemen multivitamin/mineral tunggal. 

KAEDAH 

Melalui reka bentuk kajian keratan rentas, maklumat diperoleh melalui soal selidik dalam talian dan pemeriksaan fizikal (paras darah ketika berpuasa, tekanan darah dan berat badan) melalui sampel mudah dapat daripada pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen pemakanan Shaklee Corporation untuk jangka panjang (pengguna Berbilang Suplemen, n=278). 

Data untuk bukan pengguna (Tiada Suplemen, n=602) dan pengguna suplemen multivitamin/mineral (pengguna Suplemen Tunggal, n=176) diperoleh daripada Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (National Health and Nutrition Examination Survey, NHANES) 2001-2002 dan NHANES III 1988-1994. 

Kaedah regresi logistik digunakan untuk menganggarkan nisbah ganjil dengan selang keyakinan 95%. 

KEPUTUSAN 

Suplemen makanan yang diambil setiap hari oleh lebih daripada 50% pengguna Berbilang Suplemen merangkumi multivitamin/mineral, B-kompleks, vitamin C, karotenoid, vitamin E, kalsium dan vitamin D, asid lemak omega-3, flavonoid, lesitin, alfalfa, koenzim Q10 dengan resveratrol, glukosamina, dan suplemen herba untuk rangsangan imun. 

Kebanyakan wanita juga mengambil asid gamma linolenik dan suplemen probiotik, manakala kaum lelaki pula dilihat kerap mengambil zink, bawang putih, saw palmetto dan suplemen protein soya. 

Kepekatan nutrien di dalam serum secara amnya meningkat dengan penambahan suplemen. 

Selepas pelarasan umur, jantina, pendapatan, pendidikan dan indeks jisim tubuh, penggunaan suplemen yang banyak telah dikaitkan dengan bacaan yang lebih baik untuk serum homosisteina, protein C-reaktif, kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi dan trigliserida, serta pengurangan risiko tekanan darah tinggi dan diabetes. 




KESIMPULAN 

Kumpulan pengguna berbilang jenis suplemen makanan jangka panjang ini mengambil pelbagai jenis vitamin/mineral dan herba secara harian, di samping suplemen yang khusus untuk sesuatu keadaan tertentu. 

Mereka lebih berkemungkinan mempunyai paras biopenanda penyakit kronik yang optimum, dan kurang berkemungkinan mempunyai tahap nutrien di dalam darah yang berada di bawah paras optimum (suboptimum), tekanan darah tinggi dan diabetes berbanding bukan pengguna dan pengguna multivitamin/mineral tunggal. 

Penemuan ini perlu disahkan dengan mengkaji corak penggunaan suplemen makanan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan dalam kumpulan lain.



Continue Reading

Perbezaan Sustained Release Vitamin C Plus dan Chewable Vitamin C


Oh sekarang shaklee dah masukkan balik Chewable Shaklee kat Malaysia

Yang ni sesuai untuk dewasa dan juga kanak-kanak :)

Sedikit penerangan mengenai perbezaan Sustained Release Vita C Plus dan juga Chewable C Plus

Sustained Release Vita C Plus
1 tablet SR VITA C mengandungi 500mg
Sumber Sustained Release Vita C ni adalah dari ekstrak jagung
Kelebihannya ianya mempunyai sistem perlepasan berperingkat iaitu 500mg selama 5 jam.
Sesuai untuk individu yang berusia 12 tahun dan ke atas.
Dan ianya mampu bertahan untuk selama 6 bulan,sebotol Sustained Release Vita C Plus mengandungi 180biji ( 1 tablet sehari ) dan berharga RM97.
Kira-kira 1 tablet bernilai 54sen.
Chewable C Plus
1 tablet Chewable C Plus adalah 100mg sahaja.
Sumber Chewable C Plus ini adalah dari Ekstrak Lemon,Mixed Citrus, Orange dan juga Grape fruit,
Chewable Vita C Plus ini boleh di kunyah dan dihisap dan ianya sesuai untuk semua peringkat umur.
1 botol mengandungi 90biji dan mampu bertahan untuk 3 bulan dan mengambilnya 1 hari sebiji sahaja.
Kira-kira 1 biji sehari berharga 59sen sahaja
Untuk 1 botol ianya berharga RM53

Jika berminat boleh hubungi

012-7630 335 ( Hidayah )
YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT  DISTRIBUTOR
COD di Seri Kembangan dan Serdang
Pengeposan ke seluruh Malaysia

















Continue Reading

Tuesday, 4 September 2018

APA ISTIMEWANYA OSTEMATRIX SHAKLEE?


Ostematrix ini merupakan vitamin Jualan yang paling laris setakat ini,

Tertanya-tanya apa istimewanya Ostematrix ini?
Kenapa jadi hot item?

Jom kita lihat apa keistimewaan shaklee mengenai Ostematrix ini

KEISTIMEWAAN SHAKLEE
Ostematrix ini di formulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk 
  1. Kalsium
  2. Vitamin D
  3. Magnesium
  4. Zink
  5. Kuprum
  6. Mangan
  7. Boron
Pengambilan 2 biji Ostematrix menunjukkan peningkatan dalam paras kalsium darah yang signifikan,yang diukur dsalam tempoh 12 jam.

Kalsium perlu diserap terlebih dahulu supaya bdana boleh menggunakan untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.






UNTUK SIAPA OSTEMATRIX INI?

1 ) IBU HAMIL
   Kenapa ibu hamil memerlukan ostematrix?
   Kerana ostematrix ini adalah
  •  Mengelakkan cramp kaki ( simpul biawak )
  • Mengelakkan sembelit
  • Mengelakkan sakit-sakit dan lenguh badan.
2 ) PERIOD PAIN
Sangat sesuai untuk yang seringkali mengalami masalah period pain ( senggugut )

3 ) IBU MENYUSU
   Ibu yang sedang menyusukan anak sangat tepat jika mengambil ostematrix ini kerana
  • Mengelakkan kerapuhan tulang  dan gigi
  • Mengelakkan kelesuan tubuh badan
  • Mengelakkan lenguh badan akibat menyusu dalam tempoh yang panjang


4 ) INSOMNIA
  • Individu yang sering mengalami masalah untuk tidur.
  • Sering kali mengalami tidur yang tidak lena
  • Dan juga mengalami badan letih selepas bangun tidur
5 ) WARGA TUA
   Bagi warga tua yang seringkali mengalami sakit-sakit dibahagian sendi

6 ) AKTIVITI LASAK
  • Lenguh akibat aktiviti lasak
  • Badan seringkali mengalami keletihan selepas melakukan aktiviti
  • Jet leg 



KANDUNGAN TABLET OSTEMATRIX



OSTEMATRIX BUKAN SEKADAR KALSIUM

Tahukah anda bahawa tubuh kita sebenarnya memerlukan lebih daripada kalsium untuk tulang yang kuat?

KALSIUM - Bahan asas untuk membina tulang 
MAGNESIUM - Membantu menghantar kalsium kepada tulang
BORON - Membantu metabolisma tulang
VITAMIN D - Merangsang penyerapan kalsium

Boleh klik link dibawah untuk mengetahui lebih mengenai ostematrix






Jom dapatkan promosi ostematrix di bulan September ini sah sehingga 30hb September saja tau, lepas dari itu tiada dah.

Dapatkan diskaun 5% dengan pembelian 3 botol ostematrix

Berminat boleh hubungi
 012-7630 335 ( Hidayah )
YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
COD di Seri Kembangan dan Serdang
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Continue Reading

Set Vitamin Shaklee Untuk ibu mengandung

Alhamdulilah,masha allah

Jika pada bulan yang lepas shaklee buat promosi untuk ibu-ibu berpantang,pada bulan ini pula shaklee buat promosi untuk ibu-ibu hamil pulak.

Bertuah betul kamu semua dapat promosi yang menarik ini,

Ok berbalik kepada promosi pada bulan ini,bulan september SET UNTUK IBU MENGANDUNG

Betapa perlunya kita mengambil nya,

Macam mommy sendiri,ok mommy share pengalaman mommy sendiri dulu ye sebelum mommy lanjutkan dengan set ibu hamil ni.

Mommmy sendiri tidak mengambil vitamin yang di bekalkan oleh klinik kesihatan dan hospital, sebab mommy tahu mommy tak boleh telan, mommy fobia dengan ubat yang melekat di tekak, masha allah memang sampai sekarang ingat peristiwa tu.

Ok jadi masa hamil anak sulung,masa itu belum lagi mengenali shaklee,mommy just ambil ascorbic asid, itu pun beli di farmasi. Oleh kerana bentuk dia kecil,maka boleh telan lagi, jadi sepanjang hamil anak sulung untuk naikkan bacaan darah mommy makan kurma 10 biji setiap hari,setipa hari ye tiada tinggal satu hari pun,mase tu memang wajib ada stok kurma dirumah. Paling maksimum bacaan darah masa itu sehingga bersalin 12mmhg alhamdulilah.

Jadinya untuk hamil anak ke 2 ni,sepenuhnya mommy ambil set ibu mengandung ini sehingga bersalin,oleh kerana bacaan maintain setiap bulan 13mmhg,doktor tanya makan apa untuk kekalkan bacaan darah ni,sebab doktor tahu mommy tak mengambil vitamin dihospital,mommy terus terang je mommy ambil shaklee,dan alhamdulilah doktor suruh teruskan.Sampai la kebersalin bacaan darah mommy 13mmhg.

Ok mommy teruskan dengan set ibu mengandung ini ye.

Apa yang kita perlukan untuk ibu-ibu hamil ini?

Ha walaupun dah ada pengalaman,mommy masih lagi mencari di google keperluan untuk ibu-ibu hamil dan untuk baby.

Sebab perlu ingat semula keperluan-keperluan ini sangat penting untuk dua orang iaitu ibu dan bayi yang berada di dalam kandungan.

Ianya adalah untuk persediaan sepanjang kita dalam tempoh kehamilan itu sendiri dan juga selepas kita melahirkan bayi.

Untuk kekuatan diri sendiri dan juga kekuatan bayi.

Betapa pentingnya ia untuk ibu-ibu hamil juga kepada bayi itu sendiri.

Jom mommy mulakan,

NUTRISI SIHAT

Untuk anda berdua ( ibu & bayi )
Makanan yang kita makan merupakan sumber makanan bayi kita.
Oleh itu pilihlah pemakanan yang sihat untuk diri sendiri dan bayi bagi menggalakkan tumbesaran dan perkembangan bayi dalam kandungan
Pilih makanan yang sihat ye bakal-bakal ibu semua.

Jadi apa yang perlu dalam sumber makanan kita?


Kita perlukan:

1 ) PROTEIN:
   *Nutrien penting ini diperlukan untuk : 
  • Perkembangan tisu yang sihat,termasuk otak
  • Perkembangan payudara ibu dan tisu uterus ibu semasa hamil
2 ) KALSIUM:
   *Pengambilan kalsium meningkat semasa kehamilan hingga sekurang-kurangnya 3 hidangan sehari untuk:
  • Menghasilkan tulang bayi.
  • Mengawalatur penggunaan cecair badan ibu.
  • Mengembalikan simpanan kalsium ibu.
3 ) ASID LEMAK OMEGA-3
    * DHA & EPA adalah penting untuk perkara berikut:
  • Perkembangan saraf dan mata bayi
  • Meningkatkan fungsi otak
  • Mencegah keradangan
4 ) MULTIVITAMIN & ZAT BESI
   * Rangkaian vitamin dan mineral penting membantu:
  • Membantu membekalkan oksigen kepada bayi dan mencegah anemia dikalangan ibu.
  • Mengurangkan risiko Autisme bayi.
  • Menutup jurang nutrisi ibu supaya bayi mendapat nutrien penting
5 ) VITAMIN B
   * Vitamin B lengkap terdiri dari Vitamin B12, Folat , Vitamin B6, Biotin, Asid Pantotenik, Niasin,Tiamin, & Riboflavin.
   *Vitamin B yang lengkap membantu meningkatkan kesihatan ibu  dan bayi dengan :
  • Meningkatkan tenaga secara semulajadi untuk ibu dan bayi yang sedang berkembang.
  • Meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Mencegah kecacatan lahir seperti tulang belakang dan otak dengan asid folik terutamanya semasa peringkat awal kehamilan.
6 ) VITAMIN C
   *Selain dari melawan radikal bebas ia membantu :
  • Membentuk kolagen yang merupakan sebahagian daripada saluran darah.
  • Meningkatkan penyerapan zat besi.


Insha allah semua lengap ada dalam set untuk ibu-ibu mengandung ini

Untuk PROTEIN kita ada ESP
KALSIUM kita ada ostematrix
MULTIVITAMIN kita ada VITALEA
VITAMIN C kita ada SR VITAMIN C
ASID LEMAK OMEGA-3 kita ada OMEGA GUARD
VITAMIN B juga kita ada B COMPLEX

Insha allah lengkap semua keperluan untuk ibu dan bayi dalam kandungan
klik link ini untuk mengetahui mengenai Vitamin Lengkap tersebut.


TAPI, ade tapi dia juga,jangan bergantung harap dengan vitamin saja ya, kamu juga perlu makan, makanan harian seperti biasa, perlu jaga pengambilan makanan yang seimbang ya untuk mengelakkan tekanan darah tinggi,kecing manis dan juga obesiti ketika hamil :)

Jangan ingat makan vitamin sahaja sudah mencukupi,
Bukan begitu caranya, sayuran , buah-buahan sumber protein dari haiwan dan juga karbohidrat jangan tinggal tau :)



Ok itu sahaja,sebelum tu meh jemput tengok gambar ini, macam mana perkembangan bayi semasa dia berada didalam perut kita selama 40minggu.

Setakat itu dulu,nanti mommy sambung lain pula ye.

Sekiranya berminat nak beli set vitamin untuk ibu mengandung ni
Boleh la hubungi mommy di

012-7630 335 ( Hidayah )
YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
COD di Seri Kembangan dan Serdang
Pengeposa keseluruh Malaysia :)

Continue Reading