Friday, 24 August 2018

Hormon Ghrelin & Hormon Leptin

Memiliki bentuk badan dan berat badan yang ideal tentunya menjadi dambaan bagi semua orang,baik wanita dan juga lelaki. 

Sekarang terdapat pelbagai jenis diet sihat untuk menurunkan berat badan.

Pada prinsip setiap tubuh manusia memiliki sistem mekanismenya sendiri dalam mengendalikan tenaga sehingga tubuh tidak akan menjadi berat berlebih atau kurus berlebih. 

Di dalam tubuh manusia terdapat dua hormon yang memainkan peranan dalam menyeimbangkan berat badan yaitu hormone leptin dan ghrelin

Kedua hormone tersebut bekerja sama dengan otak terutama di hipotalamus. Hipotalamus sendiri merupakan bahagian yang ada di dalam otak yang berfungsi dalam mengatur nafsu makan.

Ketika tubuh badan memberi isyarat kepada hipotalamus. 
hipotalamus akan menggunakan pelbagai medium perantaraannya adalah melalui peredaran darah yang dilalui oleh sejumlah hormon pada jalur khususnya blood-brain barier. 

Isyarat ini turut disalurkan melalui saraf yang menuju ke otak 

Hormon Leptin adalah :

Hormon pertama yang boleh menurunkan berat badan

Hormon ini merupakan salah satu hormon yang terdapat di dalam tubuh yang keluarkan oleh tisu adipos.

Selain di bahagian tisu adipos, hormon leptin ini juga dihasilkan dibahagian tubuh yang lain seperti di dalam perut, jantung dan plasenta. 

Berikut adalah fungsi hormon leptin : 














1. Fungsi hormon ini sebenarnya adalah memberikan isyarat kepada otak mengenai berapa banyak jumlah lemak yang ada di dalam tubuh. Hormon ini juga boleh dipecahkan menjadi metabolisme tubuh. 

2. Semakin banyak jumlah hormone ini di dalam tubuh ianya dapat meningkatkan metabolisme tubuh badan kita, jika hormone leptin ini mengalami penurunan akan menyebabkan metabolisme tubuh turut berkurangan.. 

3. Cara bekerja dari hormone leptin ini dibantu oleh reseptor leptin supaya dapat melakukan tugasnya. Reseptor tersebut antara lain adalah LEPR, gen LEPR dimana reseptor tersebut berada di dalam kromosom 1 dimana di dalamnya mengandung 18 akson dan 17 intron. 

4. Reseptor tersebut juga boleh memberikan isyarat kepada hipotalamus. 

Hormone leptin ini dikeluarkan dalam sistem melalui tisu adipose tersebut. 
Hormone ini akan memberikan isyarat kepada otak berapa banyak jumlah lemak yang diperlukan di dalam tubuh, setelah otak menerima isyarat tersebut maka seterusnya otak akan memberikan arahan pada tubuh apakah sama ada untuk menambahkan tenaga atau mengurangkan tenaga d yang ada di dalam tubuh. 
Jika perlu menambah maka otak akan memberikan isyarat lapar dan haus ,jika tidak maka otak tidak akan memberikan isyarat apapun. 

5. Jumlah kadar leptin di dalam tubuh dipengaruhi oleh berbagai faktor termasuk persediaan tenaga, pengambilan makanan dalam tubuh, umur, jantina dan kadar gula darah dalam tubuh. semakin besar tenaga yang tersimpan di dalam tubuh akan membuatkan kadar leptin juga semakin besar. 


Hormone Ghrelin 

Selain hormone leptin,hormone yang mengawal nafsu makan juga adalah hormon ghrelin. Hormon ghrelin ini pertama kali ditemukan dalam hormone secretagogue receptors. 

Berikut adalah penerangan dari fungsi Hormon Grelhin : 





1. Ianya berfungsi sebagai sekresi GH. Hormone ini dihasilkan didalam kelenjar-kelenjar oxyntic mukosa yang berada didalam perut. 

Selain di dalam perut ternyata di dalam saraf neutron antara nucleus-nukleus di sekitar vertrikel III juga didapati boleh menghasilkan hormon ghrelin ini. 

2. Hormon ini merupakan percantuman peptide yang memberikan isyarat kepada otak mengenai keadaan pengambilan makanan di dalam tubuh adakah mencukupi (kenyang) atau sudah perlu mengambil makanan (lapar). 

Hormone ghrelin yang ada di dalam perut akan menuju ke hipotalamus melalui saluran darah. 

3. Pada ketika ini para saintis sedang menghasilkan ubat yang boleh menurunkan jumlah hormone ghrehlin dalam badan yang membolehkan nafsu makan berkurangan untuk mereka yang sedang berdiet untuk memudahkan proses penurunan berat badan.

Mereka juga sedang berusaha menghasilkan ubat yang boleh meningkatkan selera makan bagi mereka yang sedang berusaha menaikkan berat badan. 

4. Dengan adanya kedua ubat tersebut, masih belum diketahui kesan sampingannya namun ubat tersebut akan lebih optimal dan berkesan dalam menurunkan atau menaikkan berat badan. 

5. Tentu saja perkara ini menjadi harapan bersama supaya dapat membantu individu yang mengalami masalah berat badan .

Jadinya mereka tidak perlu lagi mengambil ubat diet yang memiliki ubat yang memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan 

Namun harus diingat bahawa untuk mendapatkan berat badan yang ideal harus seimbangkan dengan gaya hidup yang sihat 

Jadi lebih baik perbaiki gaya hidup anda terlebih dahulu ya!. 




Sekian sedikit perkongsian dari mommy:)

Location: Persiaran Lestari Perdana, Lestari Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang anda beri :)