Monday, 27 August 2018

SOLAT SUNAT YANG RUGI BESAR JIKA DI TINGGALKAN



 "Memang tidak wajib". Namun jika solat-solat sunat ini ditinggalkan,
 "kita boleh rugi besar".

 Sebab keutamaannya luar biasa dan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam (ﷺ) mewasiatkan agar kita selalu melaksanakannya. 

(1).Solat Tahajud

 "Solat tahajud" merupakan solat sunat yang "paling utama". 

 Rasulullah mensabdakan: 

 أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ قِيَامُ اللَّيْلِ 
 “Solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam” 
(HR. An Nasa’i) 

Solat sunat yang juga sering disebut solat malam (sholat lail, qiyamullail) ini sentiasa Rasulullah kerjakan. Sebab bagi beliau, solat ini wajib. Sedangkan bagi umatnya, sunat muakkad.

 *Tahajud* juga merupakan satu-satunya "solat sunat yang disebutkan dalam Al Quran" berikut keutamaannya. وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا 

“Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(QS. Al Israa’: 79)

 (2).Solat Witir
 Seperti solat tahajud, solat witir juga sentiasa Rasulullah lakukan. Beliau juga mewasiatkan agar kita memelihara solat ganjil tersebut.

 إِنَّ اللهَ زَادَكُمْ صَلاَةً، فَحَافِظُوْا عَلَيْهَا، وَهِيَ اَلْوِتْرُ
 “Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’alatelah memberi kalian tambahan solat, maka peliharalah dia, iaitu *Solat Witir*.” (HR. Ahmad)

*Solat witir* merupakan "salah satu dari tiga wasiat Rasulullah" kepada Abu Hurairah untuk sentiasa dikerjakan, "jangan sampai ditinggalkan".

(3).Solat Sunat Fajar

 *Solat sunat fajar* atau *solat sunat qabliyah* (Subuh) hendaklah kita upayakan sekuat tenaga untuk kita amalkan. Keutamaannya yang luar biasa, sungguh membuat kita rugi jika meninggalkannya.

 رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

 “Dua rakaat solat sunat subuh lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya.”(HR. Muslim)
 Dalam praktiknya, Rasulullah sentiasa menjaga solat sunat ini bahkan melebihi solat sunat lainnya.

 لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْر

 Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak melakukan satu solat sunat pun yang lebih beliau jaga dalam melaksanakannya melebihi dua rakaat solat sunat fajar.” (HR Bukhari dan Muslim)

 (4).Solat Dhuha
 Jika ketiga solat tahajud dan solat witir dikerjakan di malam hari dan solat fajar dikerjakan setelah terbitnya fajar,

 Solat dhuha
adalah *"Solat sunat di pagi hari"* yang keutamaannya luar biasa. 
 Kerananya, Rasulullah mewasiatkan Abu Hurairah untuk tidak pernah meninggalkannya.

 أَوْصَانِى خَلِيلِى -صلى الله عليه وسلم- بِثَلاَثٍ بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَىِ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

 “Kekasihku (Muhammad) shallallahu ‘alaihi wasallam mewasiatkan kepadaku tiga perkara: puasa tiga hari setiap bulan (ayyamul bidh), solat Dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Selamat beramal :) 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang anda beri :)