Sunday, 22 April 2018

Selsema dan Vitamin C

Assalamualaikum

Hari ini mommy nak kongsikan cerita 2 hari lepas.
Mommy sebenarnya dalam proses untuk pindah rumah,dan sangat sibuk nak handle 2 rumah,new house perlu major cleaning sebab berhabuk giler,dan rumah yang sedia ada ni pula bila kita packing ada je habuk sana situ dan sini.
Memang totally terdedah dengan habukla.
Mommy memang jenis allergik dengan habuk,bila terkena habuk kompem tak sihat keesokan harinya paling cepat pun malam terus kena selsema dengan pakej bersin non stop n hidung berair lagi.
Totally out bila kena selsema ni.
Bila kena selsema ni keesokan harinya kompem demam dan tak boleh bangun.
Tapi tak boleh nak berehat sebab semua tak settle lagi.
Mommy bangun pagi keesokan harinya,terus mommy cari SR Vitamin C Shaklee,telan 3 biji terus dengan harapan sihat la.
Lepas telan tu husband ajak keluar,anak-anak hantar kat pengasuh sebab tak nak depa terdedah dengan habuk tu kan.
Kami pergi ke KL amik barang then patah balik ke serdang pegi kedai hardware lepas tu pegi cuci rumah baru,baiki kereta lagi.
Memang sampai kemalam la.
Sampai rumah baru teringat,bukan tak sihat ke semalam kan,tanda2 demam pun ada da. Bagitau kat husband yang mommy da rasa sihat.
Dia tanya makan ubat apa?
Mommy bagitau la yang mommy makan Vitamin C shaklee je,takde amik ubat ape2 pun.
Alhamdulilah terus sihat sampai sekarang, kalo tak kompem da melepek kat rumah sekarang ni layan demam.


Bagi yang berminat dengan produk shaklee bolehla hubungi mommy ye.

Insha allah kita sama-sama sihat untuk beribadah.






Continue Reading

Monday, 16 April 2018

Resepi kuih lapis simple

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni rajin pulak nak share resepi tak tau kenapa.
Kali ni nak share resepi kuih lapis simple, ni resepi turun temurun yang mak mommy ajar kat mommy,memang sangat simple hanya menggunakan tepun gandum biasa je.
Takde nak mix ngan tepung beras ke..tepung jagung ke takde.
Semata mata hanya tepung gandum, bila da campur dengan tepung jagung dengan tepung beras,memang tak kena dengan selera mommy. Tekak tradisional sangat,lagipun jimat pun jimat kan.
Anggaran dia ikut suka korangla.
Mommy kalo masak memang tak suka ikut sukatan,main agak je.
Sebab bila mommy ikut sukatan rasa dan tekstur dia memang kelaut dalam jadinya. Tak pernah nak jadi 😆.
Ok ni resepi dia..memang sangat2 simple la

✔ tepung gandum
✔ sedikit gula
✔ sedikit garam
✔ santan (mommy guna santan fresh )
✔ air daun pandan ( optional ) tak nak letak pun boleh, ikut suka 😄
✔ sedikit air
✔ pewarna merah ( pastikan betul2 merah)

Kalo tak kang dapat gelaran kuih lapis pucat nanti (sebab mommy pernah kene)
Depa gelar kuih lapis kurang Hb (hemoglobin) tu bahasa medical.

Campur semua ni dan gaul kan, kalo mommy gaul guna whisk je senang dan mudah.

Lepas tu periksa la cair dia yang bersesuaian dengan tekstur kuih lapis yang korang nak.


Taraaaa...ha ni la hasilnya..
Kenyal dan sedap tanpa menggunakan tepung beras dan jagung.

Kalo tak jadi jangan putus asa ye..sila buat lagi sampai jadi 😄😄

Sekian

Selamat mencuba dan menjamu selera

Daaaaa
Continue Reading

Sunday, 15 April 2018

Resepi sambal jawa

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu semua 😊😊

Harini mommy nak kongsikan resepi sambal jawa versi mommy.
Dah lama try and error sambal ni asik tak jadi je,jadi baru-baru ni mommy tanya kat anak buah mommy sebab die masak sedap dan jadi ngan tekak mommy.
Ikutkan sama je macam mommy buat tapi tak tau kenapa die punye lagi sedap.
Sangat simple dan mudah je sebenarnye hehehehe.Tapi di sebabkan asik tak menjadi kenalah bertanya kan. Ok ni resepi yang dia share ngan mommy.

Resepi sambal jawa:-
✔ bawang merah
✔ bawang putih
✔ cili padi
✔ ikan bilis yang telah dikopek
✔ sedikit garam, perasa dan sedikit gula

Semua bahan ni ikut anggaran sendiri ye. Ikutla banyak mana yang korang suka.

Kemudian tumbuk semua bahan2 ni bersama2 garam ,perasa dan gula.
Kemudian tumis sehingga cili betul2 masak.
Jangan tak masak pulak cili tu. Takut ada yang tak tahan perut nanti memudaratkan pulak.


Taraaa
Ni la hasilnya 😊 ikutkan kene lagi berminyak. Oelh kerana mommy kurang sikit makanan yang berminyak ni jadi nye ini la hasil yang mommy dapat. Yummeehh

Selamat mencuba dan menjamu selera 
Bye 😉😉



Continue Reading

Monday, 2 April 2018

Renungan

Assalamualakum semua

Pagi2 ni ramai kawan positif mommy buatkan ati mommy terbako..bukan terbako sebab marah ye..terbako sebab bagi2 kata semangat..penuh depa kongsi.
Alhamdulilah dapat kenal dan jumpa sahabat2 mommy ni.

Sejak mommy kenal mereka2 ni,alhamdulilah mommy berubah kearah yang lebih baik.
Bolehla daripada dok negatif je..asik dok ngumpat je jenuh gak..boring rasenye..boleh sakit jiwa lama2 asik nak marah orang,betul tak.

Allah jodohkan mommy dengan mereka ni tepat waktunya,dengan mereka la mommy lebih dekat dengan Allah,perbaiki diri sendiri topup mana yang kurang.

Insha allah
Hidayah itu milik Allah 😊


Continue Reading

Sunday, 1 April 2018

Vitamin C Shaklee ( SR VITAMIN C )

Assalamualaikum

Moga semua yang membaca blog mommy D sihat hendaknya dan ceria2 selalu 😊😊
Cer senyum sikit..ha..senyumkan sedekah..biasakan senyum ye..secara automatik orang yang melihat kita tersenyum akan turut senyum sama..

Ok la,harini mommy nak kongsikan sedikit mengenai SR VITAMIN C SHAKLEE

TAHUKAH ANDA?

Ha tajuk..korang tau tak..
⏰ tubuh badan kita ni mampu melakukan pelbagai perkara,tapi ia tak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C.
⏰ oleh itu kita perlu sentiasa mengambil Vitamin C untuk tubuh kita melalui pemakanan harian dan juga supplement.

Apa perbezaan SR VITAMIN C dengan Vitamin C yang lain..

Keistimewaan SR VITAMIN C shaklee ni:

🌽 diperolehi dari ekstrak jagung dan sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang 
sensitif.

🌽 mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg VITAMIN C dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penggunaan Vitamin C dan mengurangkan pembaziran.

🌽 sebiji vitamin C bersamaan dengan pengambilan1 1/2 biji oren setiap sejam selama 5 jam.

🌽 di perkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang berrindak secara sinergi dengan vitamin C untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.

VITAMIN C : 
🌽juga dikenali sebagai asid askorbik
🌽vitamin C memainkan peranan besar dalam fungsi serta penyelanggaraan tubuh terutamanya kulit kita.

Vitamin C juga : 
😊bertindak sebagai antioksida
😊melindungi kulit dari sinaran UV
😊bertindak sebagai agen pengurangan pigmentasi.
😊berfungsi sebagai agen anti radang.
😊molekul penting dalam penghasilan kolagen.
😊melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.

SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN C?

🌽 ibu hamil,ibu yang menyusukan anak dan selepas bersalin kerana pada ketika ini imun badan mereka kurang.

🌽 individu yang dalam proses penyembuhan atau selepas pembedahan

🌽 individu yang mudah selsema dan demam untuk meningkatkan imun badan.

🌽 individu yang anemia ( kurang sel darah merah )

🌽 individu yang ingin kulit gebu, anjal dan awet muda.

🌽 individu yang ingin mengurangkan berat badan.

🌽 individu yang selalu stress dan moody kerana stress akan menyebabkan Vitamin C 
dalam badan musnah.

🌽 mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat atau eczema memerlukan vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.

🌽 Perokok,kerana setiap batang rokok tang mereka hisap itu akan merosakkan sel-sel badan yang sihat.

Jadi mereka memerlukan vitamin bagi membolehkan sel-sel itu kembali pulih





Sekian coretan mommy hari ini.
Terima kasih sudi membaca.

Berminat boleh hubungi mommy

012 7630335 ( Hidayah )
Your Trusted Shaklee Indipendent Distributor
COD di Seri Kembangan,Serdang & Hospital Serdang
Pengeposan ke seluruh Malaysia


Continue Reading