Tuesday, 9 January 2018

Bengkak Kaki Di Hujung Kehamilan

Assalamualaikum

Arini mommy D nak bercerita mengenai bengkak kaki ketika di hujung kehamilan.
Benda ni mommy D sendiri alami,first pregnancy tak kena macam ni,tapi pregnancy kali ni mommy D alaminya.

Betapa susahnya nak bergerak,pergerakan pun sangat terhad dan jadi sangat perlahan,baru mommy D paham macam mana pregnant mommy yang lain bila kena bengkak kaki.

Last week mommy D still boleh lagi pakai kasut,tapi minggu ni memang tak boleh.
Masuk kereta pakai kasut dalam separuh perjalanan kaki da mula rasa kebas dan tak selesa dan sakit,penyudahnya sambil drive sambil buka kasut,Alhamdulilah nasib bail bawak auto..kalo manual...tak dapat nak bayangkan la.

Ok,kita tengok serba sedikit mengenai bengkak kaki ni atau medical term dia kita sebut pitting oedema 😉😉



Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. 

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. 

Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.

Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.



Tapi jangan risau insha allah lepas pantang akan hilang la bengkak kaki ni.

Mommy D sekarang ni tengah tunggy masa je nak bersalin,may be lagi 2 minggu..berdebar rasanya walaupun ni da kali ke 2,debaran tu masih ada ye..

Pilihan set pantang mommy D harusla set pantang shaklee..semua supplement da simpan siap2 dalam beg untuk bawa ke hospital..


Ubat tradisional mommy D pun ada standby jugak..tapi ubat dari kampung la..macam herba2 untuk letak di perut,pilis,param,bengkung,tukang urut tu pun penting jugak.
Cuma maajun je mommy D memang lagi dulu tak boleh nak telan,jadinya mommy D telan shaklee je la 😆😆


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang anda beri :)