Wednesday, 10 January 2018

Vita Lea Dan Sustained Release Vitamin C

Assalamualaikum

Terima kasih sudi membaca coretan mommy D arini..
So arini mommy D nak bercerita mengenai Routine Vitamine Intake sepanjang pregnancy mommy D ni.


Kenal tak apa ni 😆😆 ni la dia VITALEA dan SR VITAMIN C.

Dua supplement ni wajib mommy D amik sepanjang mommy D pregnant dan dua jenis ni tak pernah lagi mengecewakan mommy D.

Sebabnya,bacaan darah mommy D x pernah turun dari 11mMol..Alhamdulilah dan sehingga sekarang bacaan darah mommy D 13mMol dan mommy D kekal bertenaga sepanjang hari.

Vita lea dan vitamin C ni sesuai di ambil bersama sebab membantu penyerapan vita lea..if tak amik vitamin C boleh makan Vita lea dengan jus oren biasanya.

Ok setakat ni saja,nanti kita sambung lagi ye 😉😉



Continue Reading

Tuesday, 9 January 2018

Bengkak Kaki Di Hujung Kehamilan

Assalamualaikum

Arini mommy D nak bercerita mengenai bengkak kaki ketika di hujung kehamilan.
Benda ni mommy D sendiri alami,first pregnancy tak kena macam ni,tapi pregnancy kali ni mommy D alaminya.

Betapa susahnya nak bergerak,pergerakan pun sangat terhad dan jadi sangat perlahan,baru mommy D paham macam mana pregnant mommy yang lain bila kena bengkak kaki.

Last week mommy D still boleh lagi pakai kasut,tapi minggu ni memang tak boleh.
Masuk kereta pakai kasut dalam separuh perjalanan kaki da mula rasa kebas dan tak selesa dan sakit,penyudahnya sambil drive sambil buka kasut,Alhamdulilah nasib bail bawak auto..kalo manual...tak dapat nak bayangkan la.

Ok,kita tengok serba sedikit mengenai bengkak kaki ni atau medical term dia kita sebut pitting oedema 😉😉



Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. 

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. 

Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.

Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.



Tapi jangan risau insha allah lepas pantang akan hilang la bengkak kaki ni.

Mommy D sekarang ni tengah tunggy masa je nak bersalin,may be lagi 2 minggu..berdebar rasanya walaupun ni da kali ke 2,debaran tu masih ada ye..

Pilihan set pantang mommy D harusla set pantang shaklee..semua supplement da simpan siap2 dalam beg untuk bawa ke hospital..


Ubat tradisional mommy D pun ada standby jugak..tapi ubat dari kampung la..macam herba2 untuk letak di perut,pilis,param,bengkung,tukang urut tu pun penting jugak.
Cuma maajun je mommy D memang lagi dulu tak boleh nak telan,jadinya mommy D telan shaklee je la 😆😆


Continue Reading

Friday, 5 January 2018

YOUTH by Shaklee

Assalamualaikum semua di Jumaat yang barokah ni..

Lagi2 hujan..Alhamdulilah semoga semua di rahmati..

Ok jom nak bagi tengok New Produk dari shaklee..







Tergoda mommy D tengok product skincare shaklee ni.

Sekarang mommy D ni guna nutriwhite shaklee pun sangat berpuas hati,belum lagi cuba YOUTH ni..kompem bertambah jatuh cinta.

Jadinya kena lah kumpul duit,keluar je nanti harus beli,sebab di US da out of stock..laju betul,so bila keluar di Malaysia nanti perlu grab dengan cepat.

YOUTH ni akan keluar bulan March so bersiap sedia lah semua ye.termasuk yang menulis entry ni 😉😉😆

Yang berminat boleh contact mommy D ok
Klik link kat bawah ni ye

http://HidayahM.wasap.my
http://HidayahM.wasap.my
http://HidayahM.wasap.my

Continue Reading

Thursday, 4 January 2018

Kisah Bila Kene Warded

Assalamualaikum

Rasa macam lama tak update blog ni sebab agak busy jugak sebenarnya.

Jom mommy D nak cerita macam mana boleh kene warded lagi2 time tengah year end sale ni kan,baru je berhajat nak membeli barang2 baby dan yang lain2,sekali kene warded terkubur terus harapan.

Last friday mommy D keje malam,balik kerja malam tu brekfast dengan husband and makan ubat,sebab tak sihat berjangkit dengan si kakak,kebetulan malam jumaat tu sangat busy buat kes sampai ke pagi non stop.

Balik rumah brekfast makan ubat then tido. Tido dari pukul 9 sampai 2.30 ptg.tapi takda la nyenyak sangat.tido2 ayam je pun.

Biasa kalo tido sekalipun mommy D masih boleh rasa lagi baby dalam perut ni bergerak.
Tapi pada ari kejadian tu,tak tau la kenapa boleh tak perasan,mungkin letih sangat kot.
Lain rasanya tau tido malam ngan tido siang ni..sebab tido tak berkualiti kalo tido siang ni.

Plus mommy D memang bukan jenis tido siang.kecuali bila kerja malam je..memang kene tido siang sebab kene kerja balik malam tu kan,jadi perlukan rehat yang cukup la.

Ok bila bangun pukul 2.30 tu solat ape semua baru teringat " eh anak aku macam tak gerak je ni " sebab biasa kalo kita solat ke mandi or bergerak dia akan bergerak sama.tapi kali ni tak..gabra dia tak leh ckp la kan.

Ok observe jap dalam sejam 2 macam tu..still kurang movement dia.ada pergerakan tapi sangat halus dan perlahan.

Terus kol somi bgtau baby kurang gerak..and ajak dia g sepital g cek.nak tunggu dia balik pun 1 hal..sambil2 tu observe jugak la pergerakan baby..

Risau.kita tak nampak apa jadi kat dalam kan..biasa dia berkarate do kat dalam perut ni..tiba2 tak aktif..memang sangat risau.

G cek semua kat pac doc bgtau kene admit..ahlamak kene admit ke?
Memang kene admitla...elok je masuk wad, eh elok pulak dia bergerak..alhamdulilah la dia berkarate balik lega da rasanye bila dia start berkarate dalam perut ni..

Igtkan masuk kejap je sekali 3 ari jugak la kene admit..
Tepu otak mommy D masuk wad ni..walaupun cuma 3 ari je..
Tak boleh nak bayangkan yang kene tahan wad sampai berbulan2..and sampai bersalin sebab uri kat bawah..memang tak tercapai dek akal la..

Mommy D masuk 3 ari je da penin kepala..sebab kita jenis bila kat rumah sibuk..ngan keje lagi..ngan anak2 lagi..bila kene admit terus mati kutu tak tau nak buat apa..nak tido x boleh..sebab tak biasa..jadinye buat la apa yang patut..


Nasib baik 2 botol ni memang sentiasa ada dalam hand bag.
Penyelamat ni..

Terima kasih sudi baca nukilan yang tak seberapa ni..
Bai
Assalamualaikum..😊😊

Continue Reading