Tuesday, 25 December 2018

Restaurant Kari Kambing 40 Hari


Assalamualaikum,
Hai semua, lama mommy menyepikan diri. Jadi setelah lama menyepi mommy nak review sikit mengenai Restaurant Kari Kambing 40 hari.

Baru-baru ni mommy makan di Kari Kambing 40 hari ni, itu pun sebab husband mommy teringin sangat nak makan kat sana. Time mommy ngidam tak nak pulak die bawak, tapi boleh pula dia pegi time tekak die nak makan, nasib baik bawa mommy sekali, kalau tak memang sengaja lah kan.

Ok, dari highway memang akan nampak lah Restaurant ni, kalo dari arah utara nak masuk ikut Yong Peng pun boleh, masuk ikut Air Hitam pun boleh.

Oleh kerana hari tu mommy dari JB jadi mommy ikut Air Hitam. Jadi dari tol Air Hitam tu ke Restaurant Kari Kambing 40 hari ni, kira-kira 15km atau 10 minit macam tu. Korang waze je dapat la nanti. Sebab kiteorang pun waze je :)
Mana yang dah lama teringin nak bershopping kat Air Hitam tu boleh la singgah sekali di Pekan Air Hitam tu, orang kata menyelam sambil minum air lah kan.Banyak sangat bunga-bunga, pasu-pasu cantik mana yang nak beli cenderamata utnuk majlis kahwin ke, tunang ke, bolehla singgah :).

Ok sambung balik, sebaik saja mommy nampak  kedai ni, mak aih, giler ramai manusia, dia punya panjang bila beratur tak payah cakap lah kan, sepanjang-penjang kedai tu orang berbaris. Tapi kalau korang sanggup tunggu tak pe lah kan. Jadi tunggu jela, memang berbaloi tunggu dengan makanan die yang sedap tu.

Restaurant ni memang besar, nak makan duduk boleh ( tapi yang ni terhad, sebab tak besar pun ) yang meja punya banyak, tak cukup di dalam ada lagi kanopi di luar.

Parking pula, masha allah besar, ade 2 parking khas untuk kereta sebenarnya, tapi tak cukup jugak, sebab tu ramai yang parking di tepi jalan, dan ada RELA juga untuk kawal lalu lintas, sebab ini adalah laluan lori juga ye, jadi kalau parking di tepi jalan pastikan lepas untuk lori lalu tau. Kalau tak nanti kene hon pulak.

Ada 2 pilihan korang nak makan macam mana. Nak makan dalam pinggan pun boleh, nak makan dalam dulang pun boleh, untuk kami husband pilih untuk makan dalam dulang, macam tau-tau je husband mommy. Mommy lagi suka makan dalam dulang. Sebab kat kampung kalau kenduri selalu makan dalam dulang, rindu suasana macam tu.

Menu yang ada kambing dan juga ayam, mana yang tak suka makan kambing boleh la pilih menu ayam, nak campur kambing dan ayam pun boleh, tiada masalah. Untuk air minuman, jika kita pilih makan dalam dulang, kita akan dapat 1 jug air free. Puas makan, puas minum nak ke toilet pun dekat je.

Untuk sedulang makanan range harga dalam RM48 yang mana pada mommy berbaloi, murah dan sedap.
Untuk sepinggan dalam harga RM 18 itu untuk harga pada tahun 2018 ye, untuk tahun depan tak pasti ada kenaikan harga atau tidak.

Ok, itu bab makanan. Untuk korang membuang pulak toilet die besar dan bersih, juga selesa, itu toilet perempuan lah, toilet lelaki tak pasti.
Surau, untuk ruang solat pun juga selesa, luas dan tempat wudhuk juga bersih. Jadi tak perlu korang nak risau mana nak cari tempat untuk solat dan ke toilet, sebab pada mommy ianya sangat selesa.

Restaurant ini mula dibuka seawal 7.30 pagi hingga 3.30 petang .

Ok itu saja, mommy promote ni takde dapat pape tau, saje je nak share pengalaman, sebab ramai sangat orang makan kat situ, jadi mommy pun share lah dengan korang. Asyik lalu je, menyinggah nye tak. So hari kejadian kita bawa mak abah makan sekali, kalo tak kami laki bini dok berteka teki bila nak singgah, bila nak singgah, so dah singgah kite orang jadi wowww!! Ramai nye orang. 
Rasanya depa pun ada buat untuk katering juga, tapi mommy lupa nak amik fon number aritu.
Oklah bye. jumpa lagi


Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Parking motor 

Restaurant Kari Kambing 40 Hari

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Waktu berniaga jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Kena beratur tau, nak cuci tangan jangan risau, depa banyak provide sinki

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
2 lane orang beratur

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Makan dalam dulang, yang ni menu campur. Tak sempat snap ayam, dah kene cekau dulu:)

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Tempat wudhuk

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Surau

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Parking kete 1, yang ke 2 agak jauh sikit

Restaurant Kari Kambing 40 Hari
Ada 4 kanopi lagi di luar, penuh tau ni

Continue Reading

Friday, 23 November 2018

10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3

Omega - 3 sangat popular dikalangan kita yang mana terdapat banyak khasiat dan kelebihan2 bila kita mengamalkan omega-3 ini dalam diet harian kita.Sama ada kita mengambilnya dalam bentuk makanan betul atau makanan tambahan.

Omega-3 juga merupakan asid lemak yang penting yang diperlukan oleh tubuh badan kerana tubuh kita tidak mampu untuk menghasilkan omega-3 sendiri. Oleh kerana itu, kita perlu bergantung kepada makanan yang mengandungi omega-3 untuk mendapatkan khasiat omega 3 dalam diet harian kita.

Terdapat tiga jenis omega-3 iaitu

1.Alpha-linolenic Acid (ALA),
2.Docosahexaenoic Acid (DHA) dan
3.Eicosapentaenoic Acid (EPA).

Sumber yang lebih diperlukan ialah DHA dan EPA, yang terkandung dalam makanan laut seperti salmon dan sardin. ALA pula, terdapat dalam sesetengah makanan berasaskan tumbuhan seperti sesetengah jenis kekacang dan bijian, begitu juga dengan daging organik.Kebanyakan kita hanya mengetahui ikan salmon saja yang tinggi dengan omega dan juga telur. Tetapi pada entry ini , mommy akan tunjukkan apa lagi 10 makanan yang tinggi dengan Omega-3, tanpa kita sedar makanan ini merupakan makanan harian yang kita ambil hampir setiap hari

Jom kita lihat antara

10 MAKANAN TINGGI DENGAN OMEGA-3


10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3



1.IKAN MACKEREL : Mengandungi 4,107mg Omega-3 setiap hidangan (100 gram)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Ikan Mackerel (ikan kembung), adalah ikan kecil tetapi ianya sangat berlemak. Dan ianya sedap juga hanya memerlukan persediaan yang ringkas bila di masak.

Kandungan omega-3 ikan mackerel adalah 4107mg setiap hidangan (100gram)

2.IKAN SALMON: Ikan salmon mengandungi 4,023 setiap hidangan (200 hidangan)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Ikan Salmon sangat terkenal dikalangan kita,dan juga satu dunia tahu kelebihan ikan salmon ni, kerana ianya kaya dengan protin yang tinggi,terdapat pelbagai jenis nutrien didalamnya,juga mengandungi magnesium,potassium,selenium juga vitamin B. Kajian menunjukkan individu yang mengambil lemak ikan dengan kerap seperti ikan salmon ini, risiko untuk mendapat penyakit seperti sakit jantung, dementia dan juga depression adalah rendah.

Kandungan omega-3 ikan salmon adalah 4023mg setiap hidangan (200 gram)


3.IKAN HERRING : Mengandungi 4,023 setiap hidangan (200 gram)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Ikan hering ini merupakan ikan ternakan dan kebanyakannya tergolong dalam keluarga Clupeidae, dan biasanya ia bergerak dalam kawanan yang besar di sekitar tebing dan berhampiran pantai.

Ikan hering ini mudah dijumpai di perairan cetek dan bersuhu sederhana di Utara Pacifik dan Utara Atlantik. Ikan Hering ini menjadi ruji makanan sejak 3000SM lagi, dan ianya sangat tinggi dengan asid lemak Omega-3 EPA & DHA. 

Di negara Eropah ikan hering ini dekenali juga sebagai kipper.
Ikan hering ini mengandungi omega-3 4203mg setiap hidangan (200mg)


4.IKAN SARDIN: mengandungi 2,205 setiap hidangan (200gram)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Ikan sardin sangat kecil,berlemak dan sedap rasanya,tak sangka kan ikan sardin juga kaya dengan Omega-3, dan ianya sangat bernutrisi dan mengandungi hampir kesemua nutrient yang tubuh kita perlukan. 

Satu cawan ikan sardin yang ditapis mempunyai Vitamin b12, vitamin D dan juga selenium. Ikan sardin ini mengandungi 2205mg  omega -3 setiap hidangan (200gm)

5.KAVIAR : Mengandungi 1,086mg setiap hidangan (1 sudu besar)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Kaviar merupak sejenis telur ikan, juga dikenali sebagai roe. Kaviar di anggap makanan mewah dan di makan sebagai starter, untuk hiasan atau sebagai jem. Kebiasaannya ianya di hidangkan dalam kuantiti yang kecil saja

Kaviar Sturgeon Beluga adalah merupakan ikan yang paling mahal dan hampir pupus di Laut Caspia.

Kaviar mengandungi 1086mg setiap hidangan (sudu besar).



6. OYSTER: Mengandungi 565 mg setiap hidangan (6 ekor)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Oyster adalah makanan yang bernutrisi dan boleh dimakan begitu saja. Lagipun oyster mengandungi lebih zink berbanding makanan di atas muka bumi ini. Dan biasanya ianya di makan sebagai appetizer dan juga snek. Juga di hidangkan begitu saja tanpa memasaknya di kebanyakan negara.

Kandungan omega-3 oyster adalah 565mg setiap hidangan (6ekor)


7.FLAX SEED: Mengandungi 2,338 mg setiap hidangan (14 gram)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Falxseed merupakan biji-bijian yang berwarna coklat atau kuning, biasanya ia dikisar atau digunakan untuk membuat minyak.

Biji-bijian ini sumber makanan yang kaya dengan lemak omega-3 Alpha-Linolenic Acid. Oleh itu minyak flaxseed ini digunakan suplemen omega-3.

Flaxseed ini juga mengandungi serat yang tinggi, vitamin E, magnesium dan juga nutrient yang lain, ia mengandungi omega-6 yang besar nisbah kepada omega-3 berbanding dengan tumbuhan bijian yang lain.

Flaxseed mengandungi Omega-3 2388mg setiap hidangan (14gram)

8.CHIA SEED : Mengandungi 4,915 mg setiap hidangan
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Chia seed sangat bernutrisi kerana kaya dengan mangan, kalsium, phosphorus dan banyak lagi nutrisi lain. Satu hidangan 28gram chia seeds mengandungi 4 grams protin termasuk 8 asid amino penting.

Kandungan Omega-3 bagi chia seeds adalah 4915 mg setiap hidangan


9. KACANG WALNUT : Mengandungi 2,542 mg setiap hidangan (28 gram)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Kacang walnut ini bernutrisi dan kaya dengan serat didalamnya, ia juga mengandungi mangan, vitamin E dan sebatian penting didalam tumbuhan

Pastika tidak membuang kulitnya ( bukan kulit keras) kerana walnuts ini kaya dengan 'phenol antioxidant' yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Kandungan omega-3 bagi kacang walnut adalah 2542mg setiap hidangan (28gram)


10. KACANG SOYA : Mengandungi 2,542 mg setiap hidangan ( 86 gram)
10 Makanan Tinggi Dengan Omega-3
Kacang soya adalah sumber yang baik yang mengandungi serat dan juga protin sayuran. Ia juga kaya dengan nutrien lain termasuk riboflavin, folat, vitamin K, magnesium dan juga potassium.

Kandungan omega-3 kacang soya adalah 2542mg setiap hidangan (86 gram)

Ok,hanya itu saja yang mampu sediakan untuk bacaan kamu semua, ada banyak sebenarnya makanan yang kaya dengan omega-3, kita sendiri pun tidak perasan makanan harian yang kita ambil juga kaya dengan omega-3. 

Sekiranya tidak mampu untuk mengamalkan semua yang diatas ini dengan kerap, boleh mengambil supplement untuk bantuan bagi meningkatkan omega-3 didalam tubuh. Terdapat banyak sekarang  inyak ikan yang berada di pasaran. 

Tetapi untuk Minyak Ikan Shaklee OMEGA GUARD

Baca juga Siapa Yang Memerlukan Minyak Ikan Shaklee
                 Kebaikan Minyak Ikan Shaklee Pada Otak
                 Testimoni Omega Guard Shaklee 3
                 Kebaikan Minyak Ikan Omega Guard Shaklee Untuk Jantung



                



Continue Reading

Saturday, 10 November 2018

Kebaikan Minyak Ikan Shaklee Pada Otak

Minyak ikan sangat diketahu umum yang ianya sangat baik untuk kesihatan tubuh kita from head to toe. Yang mana ianya merangkumi untuk kesihatan otak, kesihatan dalaman, dan juga kesihatan jantung. Dengan mengamalkan pengambilan minyak ikan shaklee ini ianya boleh membantu kita mencegah penyakit diabetis, kolesterol, mencegah darah tinggi dan juga ianya meningkatkan daya ingatan kita, untuk fokus dan tahap kecerdasan otak.

Asid lemak ikan ini iaitu DHA & EPA ianya penting untuk perkembangan, pertumbuhan dan juga fungsi otak. Kira-kira 8% daaripada berat otak terdiri dari asid lemak omega 3, yang mana ianya terdiri dari pembinaan blok anggaran 100 bilion neuron.

DHA & EPA memainkan peranan penting dalam struktur dan fungsi neuron, yang mana ianya melindungi blok-blok neurin dsari kerosakan oksidatif, keradangan, dan kemusnahan kumulatif yang disebabkan oleh faktor luaran yang kronik.Omega-3 terkumpul didalam otak manusia sejak pembinaan janin lagi, Jumlah omega-3 DHA dikaitkan dengan kecerdasan otak dan prestasi kognitif terutamanya pada fasa bayi dan kanak-kanak.

Tetapi kandungan Omega-3 akan berkurangan bila umur kita meningkat, terutamanya dalam kawalam pemprosesan ingatan.

Jom kita tengok apa kebaikannya:

KEBAIKAN MINYAK IKAN SHAKLEE PADA OTAK

1. MENGUATKAN HUBUNGAN SEL OTAK
  • Omega-3 membantu menguatkan hubungan antara sei-sel otak untuk daya ingatan dan daya perhatian yang lebih baik.
Kebaikan Minyak Ikan Shaklee Pada Otak


2. MENGURANGKAN PLAK DI OTAK
  • Omega-3 membantu mengurangkan tahap plak yang menyebabkan penyakit Alzheimer

Kebaikan Minyak Ikan Shaklee Pada Otak


3. MENINGKATKAN ALIRAN DARAH

  • Omega-3 membantu meningkatkan aliran darah ke otak dan meningkatkan memori secara konsisten.



  • Kebaikan Minyak Ikan Shaklee Pada Otak



    4. MENGURANKAN TEKANAN
    • Omega-3 juga membantu mengaktifkan antioksidan yang membantu mengurangkan tekanan dalam sel-sel otak

    Continue Reading

    Friday, 9 November 2018

    Siapa Yang Memerlukan Minyak Ikan Shaklee?

    Minyak ikan atau fish oil bukan asing lagi bagi kita mengamalkannya, dan hampir seluruh dunia mengamalkan pengambilan minyak ikan untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.

    Kenapa minyak ikan ini istimewa? Kerana minyak ikan ini kaya dengan omega-3.

    2 komponen penting dalam minyak ikan ni adalah
    • DHA iaitu DocosaHexaenoic Acid dan juga
    • EPA iaitu EicosaPentaenoic Acid.

    SIAPA YANG MEMERLUKAN MINYAK IKAN SHAKLEE?

    1. IBU MENGANDUNG DAN IBU BERPANTANG
    • kerana ia dapat membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi yang menyusu susu ibu dan juga membantu dalam penyusuan badan.

    Siapa Yang Memerlukan Minyak Ikan Shaklee?


    2. NAK KURUSKAN BADAN
    • Omega Guard membantu meningkatkan hormone leptine yang berfungsi mengawal selera makan dan membantu membakar lemak lebih cepat.



    Siapa Yang Memerlukan Minyak Ikan Shaklee?


    3. KANAK-KANAK
    • Omega Guard juga bagus untuk kesihatan, membantu perkembangan otak, menguatkan sistem imunisasi juga mengurangkan gejala ekzema.
    • Juga membekalkan DHA yang tinggi untuk lebih fokus dan menguatkan daya ingatan



    Siapa Yang Memerlukan Minyak Ikan Shaklee?



    4. BAIK UNTUK KESIHATAN
    • Omega Guard Shaklee ini membantu kita mencapai tahap kesihatan yang paling optimum, ianya juga membantu mengurangkan sakit sendi juga membantu merendahkan kolesterol dalam badan kita.
    • Juga membantu dalam mencegah diabetes dan juga stroke


    Siapa Yang Memerlukan Minyak Ikan Shaklee?




    Siapa Yang Memerlukan Minyak Ikan Shaklee?
    Continue Reading

    Testimoni Omega Guard Shaklee 3

    Jom lihat beberapa testimoni yang mengamalkan Omega Guard ni.

    Bukan saja baik untuk jantung,tetapi juga dia membantu melawaskan pembuangan air besar dan juga memantapkan tubuh badan kita -Puan Suliana

    Selepas amalkan Omega,anak Puan Siti Zubaidah sudah jarang batuk selsema dan juga kahak nya juga hilang.




    Testimoni Omega Guard Shaklee


    Asma kurang menyerang selepas mengamalkan Omega dan juga sudah bebas menggunakan
    nebulizer -Puan Suhaila Johar
    Testimoni Omega Guard Shaklee

    Ubat demam selsema & batuk anak-anak Puan Nor Shafina Mohd Din

    Testimoni omega guard

    Berat badan tidak lagi naik seperti kandungan yang yang pertama,kandungan ke dua ini mengamalkan omega berat badan naik 1.9kg pada bulan ke 5-Puan Nor Syafiqah

    Testimoni Omega Guard Shaklee




    Omega menjadi pilihan saya kerana dapat membantu masalah asthma dan juga membantu dalam masalah endo pain (saya ada endometriosis)-Puan Aein Ibrahim
    Testimoni Omega Guard Shaklee


    Anak-anak saya lebih petah bercakap dan bila demam ianya tidak melarat dan saya makan untuk kawal  kolesterol dan elak tekanan darah tinggi semasa hamil- Puan Wan Nabighah


    Testimoni Omega Guard Shaklee

             

    Continue Reading

    Thursday, 8 November 2018

    Kebaikan Minyak Ikan Omega Guard Shaklee Untuk Jantung

    Umum sudah mengetahui bahawa minyak ikan kaya dengan DHA dan EPA yang baik untuk otak. Minyak ikan juga biasanya sinonim dengan kesihatan jantung kita.

    Sekarang, sakit jantung sudah lagi tidak mengenal umur, masa dan tempat. Oleh itu kita perlu menjaga kesihatan diri dengan memakan makanan yang sihat,bersenam dan baru amalkan supplement.

    Jika kita hanya memakan supplement tetapi tidak menjaga makanan dan juga kurang bersenam juga adalah tidak memadai.Jadinya ketiga-tiga itu perlu diseimbangkan semuanya. Barulah dapat mencapai hidup yang sihat dan berbahagia disamping keluarga, kan?

    Ok,sedikit penerangan mengenai jantung dan juga Omega-3 kat sini. Jom baca :)

    Kebaikan Minyak Ikan Omega Guard Shaklee Untuk Jantung


    Jantung adalah satu-satunya organ yang membekalkan darah keseluruh tubuh badan kita,jantung juga memerlukan nutrien tambahan untuk memastikan ianya mampu untuk memenuhi keperluan badan kita.

    Omega secara umumnya diketahui mempunyai ciri-ciri anti-radang,memainkan peranan penting dalam melindungi jantung.

    1.MENGEKALKAN PROFIL LIPID YANG SIHAT.

    • Profil lipid adalah bacaan merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolesterol.
    • Kolesterol HDL ( kolesterol baik)
    • Kolesterol LDL ( kolesterol jahat ) dan trigliserida
    • Merupakan satu penilaian untuk menentukan risiko kita terhadap penyakit jantung.
    • Pengambilan Omega3 secara teratur didapati dapat meningkatkan profil lipid secara positif dengan:
      • Meningkatkan paras kolesterol HDL
      • Mengurangkan tahap trigliserida ( iaitu LEMAK dalam darah )
      • Merendahkan penyakit jantung


    2. MENGAWAL TEKANAN DARAH YANG SIHAT

    • Semakin tinggi tekanan darah semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya,penyakit yang berkaitan dengan jantung.
    • Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah dan akan meningkatkan beban kerja pada jantung.
    • Kajian ini menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat.


    3.MEMBERIKAN RITMA JANTUNG YANG SIHAT

    • Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung berdegup (biasanya setiap minit)
    • Manakala ritma jantung adalah corak degupan jantung.
    • Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil dan penyelidikan telah menunjukkan Omega-3 dapat membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil juga dapat mengurangkan risiko kematian mengejut.


    4. MEMELIHARA SALURAN DARAH DARIPADA TERSUMBAT

    • Saluran darah yang luas adalah penting untuk kesihatan kerana,jantung mengepam kira-kira 2,000 gelen sehari dan ia membawa daarah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh.
    • Dengan Omega-3 ia membantu:
      • Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri,
      • Untuk pengaliran darah yang lancar.
      • Melegakan keradangan pada lapisan dalaman salur darah.

    5. MENYOKONG PEREDARAN DARAH YANG SIHAT.

    • Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ,tisu dan sel.
    • Dengan Omega-3dapat membantu:
      • Mengurangkan risiko pembekuan darah
      • Meningkatkan aliran darah dengan menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan salur darah.



    Jom dapatkan promosi OMEGA GUARD pada bulan ini.
    Jika berminat boleh terus hubungi saya
    Hidayah 012-7630335
    Your Trusted Shaklee Distributor
    Pengeposan ke seluruh Malaysia :)



    Continue Reading

    Tuesday, 6 November 2018

    Tips memilih minyak ikan berkualiti tinggi

    Assalamualaikum,hai semua

    Lately ni ramai pulak yang tanya mommy mengenai apa bagusnya minyak ikan ni,yela sempena mommy dok iklan promosi omega guard dari shaklee ni hihihi.

    Ada yang tanya boleh ke kalo gout makan omega?
    Boleh ke kalo budak2 makan minyak ikan ni?
    Boleh kurus ke kalo makan omega ni boleh kurus?
    Paling banyak sekali yang mommy terima soalan,bagus ke minyak ikan shaklee ni untuk kesihatan?

    Apa yang tak bagusnya minyak ikan ni?Bagus sangat-sangat minyak ikan ni untuk kesihatan,untuk otak,untuk kesihatan organ dalaman.

    Ni mommy nak share beberapa tips bila korang nak membeli minyak ikan ni.

    1.) PILIH SYARIKAT YANG BERKUALITI.
    * Tidak semua minyak ikan adalah sama. Cari syarikat yang anda boleh percayai,dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti.




    2.KETULENAN DAN KESELAMATAN
    *Yang ni kene tahu jugak sejarah pembuatan dia bagai mana,bagaimana depa proses ikan tu.
    * Penyulingan Molekul dimana merupakan proses meletakkan ikan di dalam keadaan vakuum yang membolehkan ia mendidih pada suhu yang sangat rendah untuk melindunginya dari rosak.
    *Ini membolehkan EPA & DHA dipisahkan daripada logam berat,yang membolehkan toksin disingkirkan.



    3.IKAN KECIL ATAU IKAN BESAR?
    *Kebanyakn minyak ikan diambil dari ikan yang kecil,kerana ikan yang kecil ni dia mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang begitu rendah.





    4.KELANGSUNGAN
    *Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan beri perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan penangkapan iakn pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa panjang sentiasa mencukupi.



    Ok itu sahaja perkongsian tips memilih minyak ikan berkualiti tinggi dari mommy.
    Sempena bulan November ni bulan promosi minyak ikan dari Shaklee ( Omega guard )
    Korang boleh dapatkan sebelum akhir bulan ni tau.

    Beli 2 botol diskaun 5%
    Beli 6 botol percuma 1 botol.

    Berminat boleh la korang hubungi mommy ye,untuk bulan ni je tau promosi ni.




    Continue Reading

    Promosi November Shaklee 2018


    Assalamualaikum,

    Pada bulan baru mestilah shaklee ade promosi yang baru jugak, ye tak?

    ok untuk bulan ni ada 1 produk yang di lanjutkan promosinya dan ada 2 produk lain menjadi pilihan shaklee untuk di promosi kan.

    Ok Promosi November Shaklee 2018yang pertama:

    1)Promosi Omega Guard dimana seperti biasa Shaklee membuat promosi yang berbeza iaitu
    • Beli 2 botol mendapat diskaun sebanyak 5%
    • Beli 6 botol dan mendapat percuma 1 botol lagi
    Apa istimewanya Omega Guard ni?
    1. Penyulingan Molekul 3 Peringkat untuk ketulenan dan kepekatan. Proses proprietari ini memekatkan omega3,dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa,plumbun,arsenik,kadmium,dioxin dan lain-lain bahan cemar.
    2. Kualiti terjamin-Minyak ikan bregred Farmaseutikal.
    3. Mempunyau DHA dan EPA yang tinggi-satu sajian memberikan 999mg asid lemak omega3     ( 546mg EPA , 360mgDHA)
    4. Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega tulen yang terhasil secara semulajadi seperti EPA,DHA dan banyak lagi.
    5. Bau dan rasa kesan hanyir yang minimum.
    6. Diiktiraf oleh Friend The Sea ianya untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar.



    2.Promosi Shaklee Baby

    Pada bulan ini,Shaklee menawarkan diskaun sebanyak 30% untuk shaklee baby. Dan yang menariknya shaklee baby ini boleh di beli secari berasingan dan masih mendapat diskaun tersebut tanpa membeli secara full set.

    Dan jika membeli full set akan mendapat lagi free bag dan juga microfibre towel.


    3.Promosi Skincare YOUTH
    Ini adalah promosi yang dilanjutkan lagi bagi yang tidak berkesempatan untuk membeli pada promosi yang lepas.
    Lagi menarik mendapat travelling bag secara percuma bagi pembelian setiap set YOUTH.
    1. STARTER SET RM 850
    2. RENEW AND MAINTAIN SET RM1262.50
    3. INTENSIVE TREATMENT AND REPAIR SET ( SEET LENKAP )RM 1675













    Continue Reading

    Monday, 15 October 2018

    Status halal produk shaklee

     Mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada peroduk shaklee halal atau pun tidak? Selamat untuk di makan ke?

    Bagi kita sebagai umat islam sangat menitikberatkan halalnya sesuatu makanan, kerana ia nya memberi kesan terhadap aktiviti kehidupan harian kita dan amalan kita juga.

    Maka untuk mengambil sesuatu makanan kita perlu tahu juga mengenai produk tersebut itu halal ataupun tidak.

    Bagi produk shaklee ini,insha allah produk ini telah diiktiraf bahawa ianya halal,jadi nya tak perlu lagi rasa ragu-ragu untuk membeli makanan tambahan keluaran shaklee ye :)

    KESUCIAN makanan amat dititikberatkan masyarakat Islam. 
    Isu ini amatlah sensitif kepada masyarakat Islam terutamanya di Malaysia.
     Bagi orang Islam sebarang isu mengenai halal atau haramnya sesuatu makanan perlu diberi perhatian serius kerana ia memberi implikasi terhadap amalan ibadah. 
    Syariat Islam meletakkan piawaian tinggi dalam menentukan sesuatu makanan atau minuman itu halal ataupun haram. 
    Piawaian dan garis panduan ditetapkan itu penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan umat Islam. 
    Ini adalah kerana seorang Islam makan bukan sahaja kerana untuk menyihatkan tubuh dan fikirannya tetapi sebagai satu ibadah kepada Penciptanya dan memastikan ia berupaya melaksanakan suruhan dan meninggalkan tegahan agama.

    Baca artikel penuh memastikan makanan suci dan halal 

    Disini saya lampirkan sijil halal bagi produk shaklee yang dikeluarkan oleh ISA ( Islamic Service Of America )

    Sijil ini akan diperbaharui setiap tahun ya,macam kita renew lesen jugakla,tiap-tiap tahun :)




    Kenapa tiada sijil JAKIM?

    Kerana produk shaklee ini bukan dikilangkan di Malaysia
    Kesemua produk shaklee yang dipasarkan di Malaysia telah mendapat kelulusan halal di negara pengeluarnya iaitu di Iowa USA.JAKIM telah mengiktiraf kesemua produk-produk ini yang telah mendapat pengesahan halal di ISA.






    Jadinya tak perlu ragu-ragu lagi dan berasa was-was nak ambil produk shaklee ni.
    Alhamdulilah saya sudah 2 tahun consume shkalee ini,moga diberi kesihatan yang baik secara berterusan,insha allah.

    Jika berminat boleh terus hubungi saya


    Continue Reading